61

63 3 3
                                        

Majlis resepsi akan berlangsung dalam masa dua minggu dari sekarang. Ini sebab Elias dan Indah perlu pulang ke Brunei terlebih dahulu untuk menyelesaikan beberapa urusan kerja.

Bila selesai urusan di Brunei, mereka berdua akan terus bergerak pulang ke Malaysia untuk membantu apa yang patut bagi majlis resepsi anak dan menantu mereka.

...

Tapi tiada apa sangat yang perlu dibuat sebab semuanya telah ditempah dan diuruskan oleh pihak yang terlibat.

...

Semakin hendak dekat dengan majlis, semakin sibuklah semua orang. Seperti lipas kudung. Semua bergerak dengan pantas.

...

"Laju-laju dah macam The Flash!"

Sarah mengungkapkan sebaris ayat bila melihat Event Manager yang dilantik itu kehulur-kehilir dalam dewan yang ditempah.

...

Nuh tidak dapat turun padang untuk meneliti hasil kerja wedding planner yang dilantik itu. Jadinya hanya Sarah sahaja yang mewakilinya saat itu.

...

Nuh pun sibuk kerana tidak lama lagi ada event lain yang harus dia kendalikan. Jadi dia juga sudah seperti sotong yang sesungutnya terkapai-kapai menyelesaikan banyak perkara dalam satu masa.

...

Tiba pada hari persandingan mereka. Semuanya berjalan dengan sangat lancar. Event Manager sangat membantu dan memberikan servis yang terbaik sepanjang majlis persandingan.

Tetamu juga hadir dengan mengikut tema yang telah ditetapkan. Semua nampak cantik di mata Sarah. Tidak lekang bibirnya daripada terus tersenyum.

...

Selesai majlis, masing-masing pulang ke bilik masing-masing dan berehat.

...

"Sarah dah tidur?"

Nih bersuara selepas beberapa minit mereka berdua merebahkan badan di atas tilam yang empuk itu.

...

Tiada sahutan daripada Sarah. Itu bermaksud tuan badan memanh sudah selamat berlayar. Kepenatan sangat nampak gayanya.

...

Nuh hanya diam sahaja dan tersenyum kecil melihat muka kepenatan isterinya.

...

"Tak apa, esok jelah aku cakap. Kesian isteri ya, penat sangat..."

Nuh baring mengiring ke arah Sarah. Dia menarik tubuh Sarah rapat dengan dirinya. Tangan kanannya mengusap lembut belakang badan isterinya.

...

Tidak lama selepas itu, dia juga turut sama-sama tidur sambil mendakap isterinya.

...

New achievement unlock!

Nuh sudah ada "bantal peluk" baharu!

...

Keesokannya harinya, semasa mereka sarapan bersama. Nuh memulakan bicara.

...

"Sarah, next week Sarah busy ke?"

"Hmm, tak rasanya. Kenapa tu?"

"Abang ingat nak ajak Sarah untuk teman abang pergi Majlis Penganugerahan Seni..."

"Wahhh abang akan dapat award ke?"

"Inshallah... itu sebab hasil-hasil seni yang abang dan team berjaya hasilkan."

"Wowwww! Inshallah Sarah akan lapangkan jadual Sarah untuk teman abang..."

"Thank you sayang..."

"..."

"Thank you sayangggg..."

"Okay. Welcome."

"Thank you sayangggggggg..."

"Eiiii kan Sarah dah jawab welcome?"

"Ya tapi tak lengkap. Sayangnya mana?"

"Sama jekan?"

"Nope. Thank you sayang..."

"Welcome sayang..."

Selepas itu mereka berdua sama-sama tergelak.

...

Majlis penganugerahan itu diadakan di PWTC. Yang datang semua orang-orang seni. Sarah memang tidak kenal sesiapa kecuali suaminya, Nuh.

...

Tempat duduk sudah diberikan. Sarah duduk bersebelahan suaminya.

Sedang Sarah memerhati keadaan sekeliling, Sarah melihat suaminya menghulurkan tangan. Seperti meminta sesuatu.

...

"Abang nak apa? Tisu ke?"

Sarah menghulurkan sehelai tisu yang dibawa di dalam tas tangannya.

...

Tangan suaminya masih lagi dihulurkan.

...

"Ohh, i think i know!"

Sarah tanpa berfikir panjang, dia menghulurkan onigiri berintikan salmon grill dan mayonnaise yang dibawa bersama.

...

Nuh yang menerima huluran itu tergelak.

'Ya Allah! Hahahah isteri siapalah yang innocent sangat ni?'

...

"I don't need all these, sayang..."

"Habis?"

"Your hand..."

"My hand?"

"Yes. Abang nak pegang tangan sayang..."

Terus sahaja Nuh merangkul tangan Sarah dan digengam kemas.

...

Tidak cukup dengan itu tetapi Nuh mencium tangan isterinya.

Sarah sudah panas mukanya.

...

Sarah berdoa agar Allah akan sentiasa menjaga hubungan perkahwinannya dan bantu dirinya menjadi isteri yang diredai seeta dirahmati.

...

Sewaktu Nuh menerima anugerah dan dia perlu memberikan sedikit ucapan.

Nuh berterima kasih kepada team yang sama-sama bertungkus lumus menghasilkan karya seni dan kepada artist-artist lain yang sudi bekerjasama dengan dirinya. Dan sokongan yang diterima daripada keluarga san orang sekeliling. Di akhir ucarapannya Nuh sempat mengaprisasikan kepada isterinya, Sarah.

...

"Dan sumber inspirasi utama saya ketika menghasilkan karya sudah tentu saya tak akan pernah lupakannya. Sarah, isteri saya... Pameran seni tempoh hari itu memang tercetus sebab saya tengah cuba untuk propose isteri saya.Untuk Sarah, saya nak ucapkan terima kasih untuk segalanya. I love you, wife..."

...

Sarah tersenyum sendirian mendengar ucapan daripada Nuh. Siapa sangka dari hanya menjadi "nanny" kepada "baby-tua" kini mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri. Walaupun Nuh tidak boleh mengingati segala memori mereka dulu, itu tidak menjadi masalah lagi buat Sarah. Sarah akan mencipta memori baru bersama-sama Nuh.

...

TAMAT

P/s: okay, tamat sudah! Terima kasih kepada para pembaca. Semoga berjumpa lagi 🧡

Baru perasan! Cerita ni aku start tulis 2021 dan aku berjaya tamatkan 2025 😂 lama gilAAAAAAA

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Feb 09, 2025 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

...UNTUK SARAHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang