37 End

15 1 0
                                    

Yoongi melihat si isteri yang disebelah sedang sibuk melakar sesuatu di iPad, sedangkan dia sedang menonton televisyen.

Wanita itu seperti tak sedar dirinya sedang diperhatikan. Keningnya bertaut, tangan memegang pen lukis khas, melakar design baju terbaru di iPad. Hoodie miliknya yang di sarung wanita itu membuatkan dia nampak gebu, seperti Teddy bear.

Pencil yang cucuk di sanggul rambut, Yoongi tarik dengan perlahan. Rambut Kautsar yang tadinya elok bersanggul kini sudah terurai.

"what?" soal Yoongi dengan muka tak bersalah apabila Kautsar menjeling dia.

"Yoongi bagi lah balik, aku rimas la rambut tak ikat" kata Kautsar dan hulurkan tangan kepada Yoongi, ingin meminta kembali pencil tersebut.

Sebaliknya, Yoongi tersenyum sinis, pencil tersebut dilempar ke belakang. Bunyi benda terjatuh menandakan pencil tersebut telah berada di atas lantai, di belakang sofa.

"too damn bad, siapa suruh kau cantik sangat" kata Yoongi dengan senyuman sinis yang setia di bibir.

Kautsar yang malas bergaduh, berdecit perlahan. Walaupun Yoongi memujinya cantik, dia terlalu stress untuk ambil peduli. Perhatiannya dikembalikan kepada iPad di tangan. Rambut yang mengurai ke depan menghalang pemandangan, diselit ke belakang telinga.

Yoongi berdecit perlahan apabila tak berjaya mendapat perhatian wanita itu. Bibirnya dicebik, cuba untuk membuat wanita itu memandangnya tetapi tetap tak diperhatikan. Disebabkan tak berjaya, Yoongi cuba lagi dengan menghembus nafas kasar. Tetapi, sama juga.

"Kautsar"

"hm"

"Datang sini kejap"

"bukan aku sebelah kau ke?" soal Kautsar kembali, mata khusyuk memandang iPad.

"right here"kata Yoongi, tangan menepuk pahanya. Kautsar mengalihkan perhatian, dan memandang perbuatan Yoongi sekilas lalu kembali melukis.

"malas"

Kautsar tersentak apabila satu tangan menarik iPad daripada genggaman. Semakin terkejut apabila sepasang tangan melingkar pinggang miliknya, dan badan ditarik sehingga dia terbangun dan mendarat di atas Yoongi, seperti yang lelaki itu inginkan. Kedua belah kaki berada di sisi pinggang Yoongi.

"Kau yang tak bangun, jangan salahkan aku" kata Yoongi yang tersenyum puas melihat wajah Kautsar yang masam mencuka, tidak puas hati.

Kautsar mengeluh perlahan, tangannya melingkari ke belakang leher Yoongi, memeluk leher lelaki itu. Kepalanya terbenam di leher Yoongi, menghidu aroma lelaki tersebut. Yoongi yang sedar isterinya seperti kepenatan memeluk erat wanita itu kembali, mengusap belakangnya lembut.

Walaupun baru semalam mereka kahwin, wanita itu perlu kerja kerana ada tempahan baju pengantin. Pagi-pagi lagi Cherry sudah call untuk beritahu tentangnya. Terpaksa la Kautsar perah idea keluar daripada otak,sampai penat jadinya.

Sesuatu ingatan yang menjengah otak membuatkan Yoongi tersenyum. Dia menggerakkan badan kehadapan, mengambil kotak hitam yang hampir dilupakan di atas meja coffee. Tangan kiri mengambil, tangan kanan memeluk Kautsar, memastikan wanita itu tidak terjatuh.

"Kautsar" panggil Yoongi setelah bersandar ke sofa kembali. Wanita itu hanya berdehem, tak bergerak langsung dari posisi.

"Tengok ni" kata Yoongi, dan membuka kotak tersebut. Kautsar menjauhkan wajah daripada leher Yoongi, melihat apa yang ingin ditunjuk lelaki itu

"apa--Yah Min Yoongi. Kau jumpa mana benda ni?" soal Kautsar dengan terkejut, tangan melepaskan leher Yoongi untuk ambil sesuatu yang bersinar di dalam kotak tersebut.

[C] Gangster-mygWhere stories live. Discover now