2

8 1 0
                                    

Yoongi terjaga sebaik terdengar bunyi yang kuat. Mata dibuka perlahan, tangan menghalang sinaran mentari yang menyilaukan mata.

Bunyi enjin kereta yang dinyalakan membuatkan Yoongi tersentak. Matanya membuka lias,melihat sekeliling. Alangkah terkejutnya apabila tersedar dia telah tertidur di dalam kereta entah siapa. Lagilah dia terkejut tatkala kereta sudah pun bergerak. Terus sahaja Yoongi bangun dengan perlahan, cuba untuk tak membuat suara dan menyorok di celahan kerusi. (Lupa gitau, kereta tu jenis yang 7 seat). Beg galas turut diambil dan dipeluk erat di dada, terlalu takut kehilangannya.

Di dalam hati sudah memaki diri sendiri kerana tertidur. Dengan hati-hatu, Yoongi menjengukkan kepala sedikit, cukup hanya matanya melihat siapa yang sedang membawa kereta. Tetapi kepadanya ditunduk kembali tatkala orang yang sedang memandu itu sedang memandang cermin pantulan belakang.

Tangan kanan diletakkan pada jantung yang mengepam laju. Hampir sahaja dia ditangkap tadi. Apabila teringatkan sesuatu, Yoongi cuba menyeluk tangan ke dalam poket seluar dengan perlahan dan mengambil telefon bimbit. Silent mode terus di-on, dan messege bossnya,Tiger untuk beritahu bahawa dia telah selesaikan misi.

Selesai sahaja, dia teringat akan hal lain. Tangan membuka zip beg galas dengan perlahan. Mata menjenguk disebalik kepala seat untuk lihat sama ada pemandunya sedar atau tidak. Apabila berjaya, Yoongi mengeluarkan satu kotak hitam yang kecil. Senyuman puas terbit bibir tatkala melihat sesuatu yang berharga di dalamnya. Tanpa membuang masa, dia menutup kembali kotak tersebut dan menjenguk pemandu sekali lagi dan menyumbat kotak tu masuk dalam beg ke dan menutup zip tanpa melihat. Tanpa disedari, kotak tersebut tak berjaya masuk dalam beg, sebaliknya terjatuh di atas lantai kereta.

~._.~

Mata Yoongi melilau melihat sekeliling apabila terasa kereta sudah berhenti. Bunyi pintu kereta yang dibuka membuatkan Yoongi sedikit terkejut . Badannya terus disorokkan di celah kerusi sedaya upaya setelah sedar kereta ini diberhentikan di stesen untuk mengisi minyak.

Beg galas diletakkan atas kepala, cuba sorok diri. Matanya mencuri lihat ke luar ditangkap, di mana seorang wanita yang dia pernah nampak, memakai seperti tuala di kepala sedang berdiri di hadapannya. Well, not berdiri. But berdiri di tempat tangki minyak berada di mana betul-betul hadapan tempat yang Yoongi menyorok.

"Hi, maaf mengganggu" satu suara menjengah buatkan Yoongi tersedar ke realiti. Matanya membulat melihat lelaki tersebut yang berdiri dekat dengan wanita itu. Dia berlawan lelaki tersebut ketika dia sedang cerobohi rumah Mr.Hong. Katakan ending lelaki itu tak berapa baik kerana diakhiri dengan muka yang lebam yang mana masih jelas kelihatan di wajah.

"nampak tak orang ni?" Soal Jack dan hulurkan telefon ke wanita di hadapannya. Disebabkan dia dalam kereta dan mereka di luar, Yoongi hanya mampu dengar samar-samar. Tetapi sudah cukup .

"Sorry, saya tak nampak"Kata wanita itu dan menggeleng kepala perlahan, dan mengundurkan diri supqyq dapat jauhkan diri dari lelaki itu. Lelaki itu tampaknya tak sedar dan mendekati wanita yang nampak sangat tak selesa. Yoongi yang dalam kereta terdecit dengan perangai lelaki itu langsung menutup mulut dengan tangan setelah sedari kesilapan.

"Oh okay.. btw nama saya Jack" kata lelaki itu dan hulurkan tangan. Kini, Yoongi dah semakin menyampah dan menggulingkan biji mata. Di dalam minda sudah fikir jika dia ialah wanita itu dia akan terus tendang arah kemaluannya, nampak sangat miang.

Tetapi balasan yang diberi perempuan itu buatkan Yoongi tersenyum.

"Ok"Wanita itu yang sedang isi minyak hanya melihat lelaki itu dari sisi mata dan angguk perlahan, membuatkan Yoongi menepuk tangan secara mentally sambil dalam hati bersorak bangga. Lelaki itu tampaknya sedar tetapi hiraukan kesombongan itu dan senyum lebar. Badan disandarkan ke kereta, buatkan wajah Yoongi mengerut geli sambil tak puas hati. Beg galas yang sepatutnya melindung diri kini sudah dipeluk di dada, sebagai tempat lepas geram.

"Your name miss?"

"Sorry busy"

[C] Gangster-mygWhere stories live. Discover now