Perjalanan mereka diteruskan tanpa berbual. Well, bukan tak nak berbual. Tetapi Kautsar terlalu marah dengan situasi yang sedang dihadapi sehingga mukanya merah menyala. Yoongi yang nak mulakan perbualan pun jadi sedikit takut.
Kereta diberhentikan apabila lampu traffic sudah berwarna merah. Yoongi mencuri lihat Kautsar, yang masih dalam emosi sendiri. Tangan disilang di dada sambil menyandar. Mukanya walaupun tak ada reaksi tetapi warna merah cukup untuk Yoongi tahu wanita di sebelahnya masih lagi marah. kalau dia pun marah. Hidup aman damai dengan tenang, tiba-tiba dikejar oleh orang entah mana.
Pergelangan tangan Kautsar dilihat sejenak. Lalu tangan menyeluk ke poket dan mengeluarkan satu tiub kecil lalu dilempar ke Kautsar, membuatkan tiub tersebut mendarat di paha wanita itu.
"Tangan kau" kata Yoongi dan menunjuk ke pergelangan tangan Kautsar. "Masa kau pengsan aku dah tolong sapu, now kau dah bangun sapu sendiri"
Kautsar terus melihat pergelangan tangannya dan menyelak sedikit handsock yang dipakai, disorok sedikit supaya Yoongi tak nampak. Baru dia perasan tangan dia sudah lebam. Patutlah dia rasa tak selesa. Dengan bisikan terima kasih, dia terus ambil tiub tersebut dan memicit perlahan, sehingga keluar kream putih.
Badan digerakkan menghadap tingkap, membelakangi Yoongi. Handsock terus di selak dan menyapu kream itu di kedua belah pergelangan tangan. Yoongi yang sedar perbuatan Kautsar hanya diam, tak mahu bertanya. Kang kena marah pula.
Kereta bergerak tatkala lampu sudah berwarna hijau. Kautsar yang sudah selesai menyandarkan badan kembali ke seat dan memandang Yoongi yang fokus dengan jalan.
"Togey" panggil Kautsar dengan senyuman. Moodnya tiba-tiba baik sekarang.
Yoongi menoleh ke arahnya, kening bertaut dengan riak pelik"Apa kau panggil aku?"
Kautsar tersenyum mengusik. Badan dihadapkan ke Yoongi. "Togey? Ala takkan tak kenal. Yang putih lepas tu macam --"
"Aku kenal. Yang kau panggil aku togey pehal" potong Yoongi dan pandang perempuan tu sekilas.
"Lah, dah kau putih. Lepastu nama kau Yoongi, jadi yoongeh lepastu jadi togey" balas Kautsar dengan senyuman. Mata dikerlip berkali-kali tatkala Yoongi memandangnya.
"Tahi kau, penat-penat omma aku bagi nama kau panggil togey"kata Yoongi. Kautsar terus menekup mulut dengan kedua belah tangan. Suara tersentak dibuat dengan begitu kuat.
"Omo omo, togey merajuk kerrr.. alo lolololo" usik Kautsar, jari telunjuk digoyang di hadapan muka lelaki itu
"Ee dah la"Yoongi mendengus menyampah dan menghalau tangan Kautsar, tetapi tak dapat menyembunyikan senyuman. Mata kembali fokus ke jalan.
"Togey"
"Togey"
"Togey"
"Yoongi"
"Pe"
"Berhenti kejap mana-mana,persimpangan ke" kata Kautsar.
Yoongi menoleh ke arahnya, tangan kanan menongkat badan di atas dashboard dengan senyuman. "And kenapa aku kena dengar cakap kau?"soalnya.Jalan yang kosong tanpa kereta membuatkan dia berani tak pandang jalan.
Kautsar turut membalas pandangan lelaki itu. Tangan masih setia bersilang di dada "Sebab ni kereta aku. Jangan ingat aku dah lupa"
Terus hilang senyuman sinis. Decitan perlahan dilepaskan dan meletakkan kedua belah tangan kembali ke stereng.
"Fine"
YOU ARE READING
[C] Gangster-myg
FanfictionIf you need to choose between a villain or superhero as a lover, always choose villain. Because superhero will sacrifice you to save the world, while villain doesn't give a fuck about the world and only save you. Btw, sila faham masalah typo.