"Jadi nama kamu sudah tukar Kautsar lah ye" kata Uncle Lee dan angguk faham setelah mendengar penjelasan daripada Kautsar tentang hidupnya. Yoongi yang terasa seperti orang luar hanya mendengar sambil meminum air, tak mahu ganggu mereka berdua.
"Ye uncle. Uncle apa khabar sekarang? Macam dah maju jeti ni" kata Kautsar.
"khabar baik. Biasalah dah dekat 10 tahun dah... ini suami kamu ke?" soal Uncle Lee sambil tunjuk kepada Yoongi yang terdiam dari tadi.
"eh tak tak, ni kawan saya" nafi Kautsar. Terus sahaja lelaki itu duduk tegak dan letakkan cawan di atas meja. Tangan kanan dihulurkan kepada Uncle Lee. "Min Yoongi, selamat bertemu"
Uncle Lee terus menyambut huluran tersebut. "Lee Hyun In, panggil je uncle Lee. Maaflah uncle ingat kamu berdua dah kawin" katanya dan memandang Kautsar kembali "lamanya kamu tak datang, buat apa?"
Kautsar terus tersenyum riang seperti kanak-kanak mendapat aiskrim "Saya dah buka butik baju"
Mata Uncle Lee membulat, wajahnya juga terikut ceria "Wahhh.. Tahniah!! Dah lama kamu asyik bagi tahu uncle kamu teringin nak buka butik baju sendiri" katanya, mendapat anggukan dari Kautsar.
Yoongi yang sambung berdiam diri melihat mereka silih berganti. Bibirnya kembali sibuk menghirup air oren dengan straw plastik. Dua orang di hadapan dia ini kelihatan sangat rapat ketika berbual, seperti anak beranak kandung. Terfikir seketika jika mereka ini betul anak beranak kandung, tetapi Kautsar panggil dia Uncle.
"Kamu datang sini nak balik rumah ke?" suara Uncle Lee kembalikan Yoongi dari lamunan.
, "Haah, mungkin tidur situ sekejap" kata Kautsar sambil angguk. Terus sahaja berubah air muka Uncle Lee.
"Kamu ada masalah?"
Dengan ini, air wajah Kautsar turut berubah. Dia memandang Yoongi serika, dan senyum kembali kepada Uncle Lee. Hal ini diperhati oleh Uncle Lee, tetapi dia senyap kan dahulu. "Adalah sikit, tapi uncle tak perlu risau saya selamat je"
"Yelah, kamu nak pergi sekarang ke?"
"Kalau boleh"
~._.~
"Kau biar betul ni rumah kau?" soal Yoongi tak percaya memandang rumah yang besar seperti istana di hadapan dia.
"Betullah, ni rumah peninggalan omma aku. Tutup mulut tu, kang masuk lalat pula. Dah jom" dia yang tak perasan mulutnya terbuka terus sahaja mulutnya ditutup, mengikuti Kautsar yang telah berjalan di hadapan membuka pintu.
Belum lagi masuk, mulut Yoongi terbuka kembali. Luar sahaja nampak megah, di dalamnya lagi luar biasa. Kakinya menapak masuk, mata memerhati sekeliling dengan kagum.
Seperti di luar, seperti di dalam. Nampak seperti istana tetapi versi kecil, nak kata banglo pun tak cukup. Masuk sahaja sudah nampak tangga dan berpecah dua hala ke kiri dan kanan. Di bawah tangga seperti ada laluan dan pintu. Dindingnya pula dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang dia agak adalah dilukis dengan tangan dan bukannya sekadar wallpaper. Ini semua baru sahaja setapak dia melangkah, belum lagi 10 ataupun 2 dan 30. Tak dapat dijangka.
"Kemas lagi rumah ni..." omel Kautsar secara perlahan, tetapi didengari Yoongi. Kautsar terus membuka kast, dan letakkan di dalam almari kasut. Yoongi terus mengikuti perbuatannya, sebelum itu meletakkan beg dahulu atas lantai.
Matanya sambung memerhati, akan tetapi berhenti pada satu gambar besar yang tergantung di dinding sebelah tangga. Gambar tersebut ada seorang wanita yang begitu cantik sedang mendukung budak perempuan kecil di pinggang yang Yoongi agak ialah Kautsar kerana wajah hampir sama. Tetapi yang menganggunya ialah disebelah dua wanita itu berdiri ya lagi seorang yang pasti adalah seorang lelaki dari segi pemakaian, tetapi gambar wajah seperti dikoyakkan.
Kautsar yang sedar Yoongi sedang merenung gambar tersebut tersenyum tipis,"aku nak masak Maggi, kau nak?"
~._.~
"
aku still tak percaya ni rumah kau" kata Yoongi entah ke berapa kalinya.
Kautsar yang sedang minum air hanya mampu tergelak kecil setelah menelan "jangan cakap kau, masa omma aku bagi rumah ni dekat aku, aku pun tak Percaya" balasnya dan mengambil Maggi dengan chopstick.
Manggi yang tergantung di chopstick jatuh di mangkuk kembali. Mulutnya ternganga sedikit. "omma kau? Wau.." katanya dengan terpegun. Tak disangka rumah sebesar begini dimiliki oleh wanita sahaja.
Kautsar mengungkit bahu. "Act aku tak tahu tah wujudnya rumah ni, tetapi bila lepas omma aku meninggal baru aku tahu, tu pun sebab Uncle Lee bagitahu" katanya seperti ianya hanyalah berita biasa.
"Oh sorry--"
"Pehal kau minta maaf?"potong Kautsar yang pelik dengan Yoongi. Lelaki itu yang sedar kelakuan bodohnya mengemam bibir.
Kautsar yang meletakkan chopstick atas mangkuk kembali menarik tatapan. "Well, since kita pun kena buru and bila-bila masa saja aku boleh mati.."
"omma aku kena bunuh depan aku" kata Kautsar dengan wajah yang kosong. Terkebil-kebil Yoongi dengan riaksi Kautsar seperti ini hanyalah berita biasa.
" Dari kecil, aku tak pernah keluar. Aku homeschooled and tak pernah ada kawan,yang ada pun maid dengan Uncle Lee. Masa tu Uncle Lee ni bodyguard, cuma dia cover-up sebagai tukang kebun. Bila aku tanya appa kenapa tak bagi aku keluar, dia cakap sebab aku terlalu berharga, and sebab terlalu bahaya. Aku okay je tak keluar, tetapi appa aku tak pernah luang masa dengan aku. Yang ada cum aomma, Uncle Lee dengan maid-maid ja.
Appa aku, dia ada buat sesuatu kerja yang bahaya I think.. And omma aku dapat tahu, so dia minta cerai. Tapi appa aku taknak, dia kata dia sayang sayang dekat omma aku. Since omma aku dapat tahu, diorang asyik gaduh tiap-tiap hari sampai aku dah terbiasa. Then one day, ada orang pecah masuk rumah. Masa tu appa aku tak ada, dia pergi kerja. Omma aku suruh aku menyorok dalam almari, sempat dia pesan suruh aku lari jauh dari appa. then.. "
Kautsar menggantungkan ceritanya, tak mampu sambung perkataan tersebut, melihat Yoongi. Lelaki itu mengangguk faham, dan wanita itu sambung cerita kembali.
" lepastu aku terus lari rumah jauh dari situ , tumpang rumah orang sini sana. Cari kerja, hidup kais pagi makan pagi. Sampai one day, Uncle Lee jumpa aku"
"Masa tu aku berontak, sebab aku fikir dia nak bawa aku balik dekat appa, tapi rupanya Uncle Lee berhenti kerja then cari aku. Rupanya dia pegang amanah omma. Dia bagitahu omma aku ada simpankan duit untuk aku dan ada duit insurans. Rumah ni pula, dia suruh orang bina sebab dia nak pindah sini, tetapi lepas dia dapat tahu pasal kerja appa, dia terus bagi aku"
YOU ARE READING
[C] Gangster-myg
FanfictionIf you need to choose between a villain or superhero as a lover, always choose villain. Because superhero will sacrifice you to save the world, while villain doesn't give a fuck about the world and only save you. Btw, sila faham masalah typo.