11

9 1 0
                                    

"Kenapa tak makan dekat kedai tadi je?"

"Kedai ni halal. Jom" kata Yoongi dan menutup enjin kereta lalu turun.

Kautsar yang terpinga-pinga turut turun dari kereta dan mengikuti lelaki di hadapannya memasuki sebuah kedai makan jalanan. Masuk sahaja di dalam, mereka berdua terus disapa mesra dan diberi salam oleh pekerja. Kautsar turut membalas sapaan mereka, tetapi mata melihat Yoongi hadapan yang hanya jalan menghiraukan mereka. Di dalam hati berdecit dengan perangai lelaki di hadapannya yang berjalan menuju ke meja yang terpaling hujung dalam kedai sekali.

"k now, explain dekat aku. Kenapa aku kena culik dengan kau?" soal Kautsar sebaik sahaja selesai order makanan. Badan disandarkan ke kerusi, memandang Yoongi.

"first of all, aku tak culik kau" kata Yoongi dan menongkat badan atas meja.

"habis--"

"aku terpaksa bawa kau sekali dengan aku. Sebab kalau tak kau dalam bahaya"kata Yoongi. Kautsar yang tak faham meneleng sedikit kepala ke sisi, memandang Yoongi dengan kening sebelah yang diangkat.

"k dengar sini, aku malas nak explain banyak kali. Kalau kau dengar, dengar. Tak dengar aku malas ulang" Kautsar terus mengikut posisi Yoongi, menongkat badan di atas meja.

Yoongi tanpa membuang masa terus menjelaskan situasi yang sedang di hadapi mereka. Disebabkan dia telah tertarik wanita di hadapannya ke dalam jurang maut, dia menceritakan semuanya. Dari Tiger menyuruhnya mencuri dokumen penting dari rumah Mr.Hong, kemudian dikejar oleh pekerja Mr.Hong. Kemudian di mana dia masuk dalam kereta Kautsar apabila dapati kereta tersebut dibuka dan tak dikunci.

Pada masa tersebut Kautsar menepuk meja dengan kuat secara tiba-tiba membuatkan Yoongi terkejut dan menyuruhnya senyap kerana tertarik perhatian orang ramai. Kautsar meminta maaf kepada orang sekeliling dan membuktikan kepada diri sendiri dia memang betul terlupa untuk menutup pintu. Selepas itu diikuti Yoongi masuk dalam kereta dia dan tertidur, terikut dia balik ke rumah. Kautsar yang mendengar sempat memberi pandangan 'kau pervert?' tetapi di hirau Yoongi. Sambungnya, Yoongi terpaksa menunggu dia di hadapan kedai selama sehari kerana tertinggal beg di dalam seat belakang kereta Kautsar. Dan akhir sekali ialah tentang Tiger menelefon dia dan memberitahu tentang keadaan bahaya mereka berdua.

"So you mean... Kau dah curi sesuatu.. And now disebabkan kau naik kereta aku.. And aku dalam kereta masa tu diorang assume aku partner kau?" soal Kautsar setelah lama senyap untuk proses apa yang didengari. Yoongi menangguk, dan menyandarkan diri di kerusi. Tangan dimasukkan ke poket jaket.

"bapak bodoh" carut Kautsar tanpa memandang Yoongi. Matanya menjeling geram meja makan di hadapan. "inilah orang zaman sekarang. Tak dengar explanation terus buat keputusan melulu. Tak dengar dah dua dua pihak, yang tahu dengar berita yang entah betul ke tak. Sekarang ni---"

"kuat membebel EH kau" potong Yoongi dan tersenyum sinis kepada Kautsar membuatkan wajah wanita itu merona merah menahan marah. Mulut dibuka, bersedia untuk berlantang suara buatkan Yoongi sedikit seram, tetapi di tutup semula sambil tangan kanan diangkat dan menggepalnya perlahan.

"Aku ada hak nak bebel tau! Aku hanya orang awam yang tak bersalah. Now aku pula kena buru dengan orang yang aku tak kenal langsung!" kata Kautsar dalam keadaan bisik dengan geram. Matanya tajam mencerlung milik Yoongi. Di wajah, seperti tiada reaksi. Namun cukup untuk buatkan Yoongi meremang. Baru sahaja lelaki itu mahu tenangkan si wanita yang sudah marah, pelayan yang meletakkan makanan di hadapan mereka membatalkan niatnya.

[C] Gangster-mygWhere stories live. Discover now