Suara lembut yang memanggil dan terasa tangan ditarik membangunkan Yoongi dari lena. Matanya dibuka, melihat samar-samar ke arah suara tersebut.
Mata yang kabur, dikerlip berkali-kali untuk kembalikan pandangan. Sebaik sahaja penglihatan kembali normal, matanya disapa dengan senyuman oleh seorang wanita yang memandangnya.
"Jom lah turun, aku dah jumpa tempat nak tidur malam ni" kata Kautsar lalu hilang dari penglihatan. Bunyi pintu yang dibuka diagak Yoongi bahawa wanita itu telah turun dari kereta.
Tangan dinaikkan ke atas kepala, merenggangkan badan. Keluhan lega dilepaskan. Dia duduk menegak, dan melihat sekeliling. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sekeliling merupakan tanah lapang yang berwarna coklat, seperti rumput yang telah kering. Mulutnya terbuka sedikit tanpa sedar memerhati.
Knock knock
Ketukan pintu di kiri mengejutkan Yoongi. Dia memandang Kautsar yang senyum kepadanya dan menyuruh dia keluar dengan isyarat tangan. Dengan anggukan, Kautsar berlalu pergi menuju ke satu rumah tidak jauh dari dia.
Matanya ternampak satu botol minuman. Tanpa berfikir dia mencapai tangan kanan untuk mengambil, tetapi berhenti sejenak tatkala melihat ada lain yang menggulung tangan. Terbit lah senyuman tampa disangka kerana terimbas memori semalam.
Dengan gelengan kecil, dia menanggalkan kain tersebut dan mencapai botol mineral dan meminumnya. Pepper mint yang dalam poket dikeluarkan dan memakan sebiji lalu meminum air lagi sekali.
Sebaik sahaja kaki menjejak tanah, Yoongi merenggangkan badan dengan lebih kuat. Senyuman kecil terbit di bibir sambil menghirup udara segar.
Kakinya menuju ke arah rumah kecil di tengah sawah padi. Kautsar yang sedang bersandar di tiang rumah tersebut senyum kepada Yoongi yang kelihatan masih mamai dengan mata yang di kecilkan melihat sekeliling.
"Aku jumpa halmoni ni masa aku nak bertanya jalan. Dia kata kita boleh tumpang rumah dia" kata Kautsar dan tunjuk kepada seorang wanita tua di dalam rumah.
Dahi Yoongi berkerut. "habis kau terima ja?"
Mendengar soalan Yoongi, Kautsar gulingkan biji mata lalu menjawab, "Mana ada. Aku bagi tahu dia kita ni boleh ja tidur dalam kereta depan rumah, tapi dia berkeras minta kita tumpang"
Baru sahaja lelaki itu membuka mulut ingin menjawab, suara memanggil dari dalam rumah memaksa dia menutup kembali menutup mulut. Dengan hinjutan di bahu, dia masuk ke dalam rumah diikuti Kautsar.
~._.~
"Yang kau bagi tahu halmoni tu kita kahwin kenapa?!" bisik Kautsar dengan geram sambil menjeling Yoongi tajam. Di tangan memeluk kain tebal yang baru sahaja diberi oleh halmoni yang begitu baik sudi menumpang kan mereka.
Yoongi, yang kelihatan serabut menjawab, "aku panik tahu tak. Yang kau tak fikir dulu kenapa?!"
Kini, kedua-dua mereka terdiam. Tetapi di dalam fikiran mereka berdua memikirkan benda yang sama,macam mana mahu tidur.
Ceritanya begini, ketika mereka makan makanan yang dihidangkan halmoni baik itu, dia bertanya kepada mereka dari mana mereka datang dan apa hubungan mereka. Yoongi yang masa itu panik tak mahu identiti mereka terbongkar terus berkata dia ialah suami kepada Kautsar dan sekarang mereka tersesat dalam perjalanan ke honeymoon.
Pada mulanya Kautsar hanya ikut sahaja. Tetapi kini dia mula marah dengan respon Yoongi apabila halmoni memberi dua helai selimut yang tebal dan memberi mereka satu ruang untuk tidur bersama.
"Habis kita nak tidur macam mana ni?" soal Kautsar dalam keadaan berbisik dan melihat sekeliling bilik yang kosong. Yoongi yang melihat keresahan wanita itu hanya mengeluh dengan idea yang menjengah di fikiran. Kalau boleh dia boleh sahaja tidur di dalma bilik ini bersama Kautsar, tetapi dia tahu wanita itu tidak selesa dan tak suka.
"macam ni, kau tidur sini biar aku tidur dalam kereta" bisik Yoongi lalu menoleh untuk membuka pintu dengan perlahan tanpa menunggu Kautsar menjawab. Tetapi wanita itu lebih laju, dia berdiri di tepi pintu dan memandang Yoongi dengan risau.
"sejuk sangat la kat luar" bisik Kautsar dengan perlahan. Perasaan marahnya telah hilang sebaik sahaja lelaki itu memberi idea mahu tidur luar.
"Habis kau nak aku tidur dalam ni?" soal Yoongi kembali, mendapat keluhan dari Kautsar.
Kain selimut yang lembut, mendarat selamat atas lantai. Kautsar yang membuka hoodie hitam yang terpakai dan hulurkan kepada Yoongi yang memandangnya terkebil-kebil. Kening kiri diangkat, mata memandang berulang-alik antara hoodie tersebut dan Kautsar.
"jaket kau tak mampu nak tahan sejuk semalaman." bisik Kautsar dan hulurkan lagi dekat. Tetapi lelaki itu memikirkan idea lain, matanya tertumpu kepada selimut di atas lantai. Kautsar yang nampak pergerakan mata lelaki tersebut mengambil selimut tersebut dengan tangan lagi satu.
"Yelah yelah. Nah kau ambil selimut ni" kata Kautsar dan menolak selimut tersebut ke dada Yoongi sambil menolak perlahan lelaki itu ke belakang. Yoongi yang terkejut hanya mampu memangku selimut tebal tersebut dan berundur ke belakang sehingga dia berdiri di luar pintu bilik.
Mata memandang Kautsar yang telah berhenti menolak dia, dan berdiri di dalam bilik. Hoodie di tangan diletakkan atas selimut, menutup wajah Yoongi. Lelaki tersebut terus menggerakkan kepala ke kiri dan melihat wanita itu dengan tanda tanya, tetapi wanita itu menjeling dia sebagai balasan.
"diam. Kat luar tu sejuk" bisik Kautsar dan terus menutup pintu.
YOU ARE READING
[C] Gangster-myg
FanfictionIf you need to choose between a villain or superhero as a lover, always choose villain. Because superhero will sacrifice you to save the world, while villain doesn't give a fuck about the world and only save you. Btw, sila faham masalah typo.