5

7 1 0
                                    

"Cherry, bawa la perlahan sikit. Sakit kepala aku" suara dari belah kanan membuatkan Yoongi tersentak. Secara drastik, brek kereta ditekan mengejut membuatkan orang yang berada di tempat penumpang merungut. Hon kuat dari belakang membuatkan bahu Yoongi terhinjut. 

Kereta yang baru sahaja melalui kereta yang dinaiki, menurunkan tingkap dan tampaknya seperti sedang memaki Yoongi. Tetapi lelaki itu sangat terkejut untuk proses tentangnya. Dadanya menaik turun, terlalu terkejut. Mata melihat sekujur tubuh yang terbaring di bahagian penumpang.

"Shit..macam mana aku terlupa" bisik Yoongi dengan perlahan sambil memandang wanita itu yang sepertinya sudah tertidur kembali. Badannya kini sudah baring mengiring menghadap Yoongi, membenarkan lelaki itu meneliti wajah wanita tersebut.

Di kepala, tersarung kain yang Yoongi kenali sebagai hijab. Lengan kiri menjadi bantal untuk tidur, manakala tangan kanan seperti sedang memeluk seatbelt yang terpasang.

Tanpa sedar, Yoongi meneliti wajah perempuan itu. Dari kening, mata, hidung dan akhirnya bibir. Seakan disihir, dia tak dapat nak alihkan pandangan.

Cantik betul perempuan ni

Dalam tak sedar, dia tertenung wanita itu dengan lama. Hon kereta dari belakang sekali lagi buat Yoongi terkejut dan kembalikan dia ke realiti.  Pipinya ditampar perlahan apabila sedar apa yang baru sahaja dia lakukan. matanya dialihkan semula ke jalanraya.

Tetapi pandangan dikembalikan semula apabila nampak wanita itu bergerak. Yoongi melihat wanita itu seperti menggigil, memeluk tubuh sendiri. Di bibir merengek sejuk dan pinta supaya aircon di perlahankan.

Entah kenapa, Yoongi hanya turut permintaan tersebut sedangkan dia berpeluh. Pandangannya dikembalikan semula kepada wanita itu yang masih memeluk tubuh sendiri tetapi Kini, kakinya sudah naik ke atas kusyen, membuat posisi seperti bola.

Menyampah atau kesian, Yoongi tak tahu. Dia berdecit perlahan dan membuka jaket yang tersarung. Dengan perlahan, dia menghampar jaket dia di atas tubuh wanita tersebut dengan sedaya upaya untuk tak membuat sebarang bunyi atau mengganggu lenanya. Bibirnya dikemam tatkala wanita itu tiba-tiba bergerak. Nafasnya tersekat, tak mampu nak bernafas buat seketika. Jika mampu lihat wajah Yoongi, dia nampak seperti orang yang takut ditangkap membuat satu jenayah.

Nafas yang tersekat dilepaskan apabila wanita itu hanya bergerak untuk selesakan badan. Badannya disandarkan kembali ke seat, dan menoleh memandang wanita itu. Wajah wanita itu telah di selindung sebalik jaket Yoongi,yang kelihatan hanya mata yang tertutup dan kening. Tetapi sudah cukup untuk membuat Yoongi tertenung, lagi-lagi bulu matanya yang panjang melentik kelihatan di pipi yang putih gebu.

Setelah memastikan perempuan disampingnya sudah tidur, Yoongi mengembalikan perhatian ke jalanraya. Dengan keluhan yang berat, brek dilepaskan dan kereta sudah mula berjalan.

~._.~

Setelah 4 jam membawa kereta, Yoongi akhirnya berhenti di satu tempat.

Hotel

Itu sahaja tempat yang boleh dia fikirkan. Pemanduan yang berjam tanpa berhenti buatkan dia mengantuk dan badan mulai lenguh. Kalau boleh dia mahu sahaja tidur di tepi jalan dalma kereta, tetapi minyak kereta sudah hampir mahu kosong, jadi dia terpaksa berhenti di hotel.


Yoongi melihat wanita di sampingnya, masih tidur nyenyak. Dengan keluhan, enjin kereta ditutup dan dia turun dari kereta. Pintu kereta ditutup seperlahan mungkin, tak mahu membuat bunyi. Apabila berjaya, dia menuju ke bahagian penumpang. Seperti tadi, dia cuba untuk membuka pintu sesenyap mungkin. Senyuman tanpa disedari hinggap bibir apabila berjaya.

Jaketnya diperbetulkan di atas badan perempuan itu, tangan kiri menyelit belakang bahu wanita itu sedangkan tangan kanan di belakang lutut. Badan wanita itu yang masih tertidur diangkat dengan kedua belah tangan. Kepala wanita itu mendarat betul-betul di celah leher Yoongi,membuatkan lelaki itu tersentak.

Sekali lagi nafasnya tersekat apabila wanita itu bergerak di dalam pangkuannya. Bulu roma meremang tatkala terasa deruan nafas hangat menyapa di leher.

Dengan hembusan nafas yang panjang, Yoongi menutup pintu dengan kaki dan menuju ke pintu masuk hotel. Tangan sempat menekan butang lock kunci kereta. Di dalam hati seperti mantra asyik menyebut

Tolong jangan bangun
Tolong jangan bangun
Tolong jangan bangun

Sebaik sahaja tiba di kaunter, pelayan di situ terkejut melihat Yoongi. Bukan Yoongi, sebaliknya seorang wanita di pangkuan lelaki itu.

"Satu bilik untuk satu malam"

[C] Gangster-mygWhere stories live. Discover now