Nafas lega di hembus apabila badannya di sandar ke seat. Matanya memandang Kautsar yang sedang memasang tali pinggang keselamatan lalu menurun, melihat pakaian wanita itu. Meskipun pakaiannya besar, dapat dilihat Yoongi bahawa wanita itu sedang menggigil sedikit akan kesejukan malam.
Jaketnya dibuka dan diletakkan atas paha, lalu membuka hoodie hitam yang dipakai. Hoodie tersebut disuakan ke Kautsar, yang memandang hoodie di tangan dan Yoongi berulang-alik dengan pelik.
Keluhan dilepaskan, dia melempar hoodie tersebut di atas paha wanita itu lalu mengambil jaket dan menyarung kembali ke badan. Tangan disilang, badan disandarkan ke seat dan menutup mata.
"Kau tak sejuk ke?" soal Kautsar. Yoongi yang masih menutup mata menjawab tidak. Dalam hati memuji diri sendiri kerana terfikir untuk membeli hoodie untuk dipakai ketika dia naik kereta Kautsar ketika wanita itu sedang tidur.
Dia teringat lagi ketika itu, Kautsar yang masih tidur menggigil kesejukan pada waktu malam. Jadi Yoongi terpaksa meminjam dia jaket. Disebabkan ini, Yoongi pula yang sejuk. Jadi dia berhenti di kedai jalanan, membeli hoodie baharu sehelai sahaja tanpa berfikir panjang.
"Yoongi.." suara Kautsar yang memanggil lembut hanya mendapat dehem an sebagai balasan. "Kau nak tidur kan?"
"pegang hujung kain ni boleh?"soal Kautsar lagi. Kali ini Yoongi membuka mata, melihat Kautsar yang sudah menyarung hoodie miliknya, memandang dia dengan penuh harapan
Kautsar tersengih serba salah. "Aku seram la bawa kereta waktu malam. Nanti kau tidur aku seorang diri pula. Boleh eh?"
Mendengar ini, Yoongi terus duduk tegak dan memandang wanita itu dengan kerisauan "lah? Kalau kau takut biar la aku bawa"
"tak perlulah. Kau dah susah payah jaga aku. Kau tidur je tapi pegang kain ni" kata Kautsar yang cuba menolak. Dia serba salah Yoongi tak dapat tidur kerana dia, jadi dia mahu lelaki itu tidur walaupun sebentar.
"Pleaseee" pinta Kautsar dan melekap kan kedua belah tangan bersama, menggangam dan memandang Yoongi dengan senyuman.
Kautsar yang tampak tak akan berputus asa memujuk Yoongi, buatkan dia mengalah dengan senyuman. "Yelah, kain mana?"
Semakin lebar senyuman Kautsar setelah mendapat respon dari Yoongi. Dia terus menggerakkan sebahagian badna ke belakang dan mengambil sesuatu. Dia kembali duduk semula dan di tangannya ada sehelai kain hitam yang panjang.
Yoongi hanya memerhati Kautsar meralikan kain tersebut, menggulung kain itu di sekeliling tapak tangan. Senyuman cuba ditahan apabila Kautsar menghulurkan hujung kain kepada Yoongi.
"jangan lepas tau?" pesan Kautsar kepada lelaki itu setelah lelaki itu menerima huluran tersebut. Senyuman tak dapat ditapis melihat Kautsar yang persis budak-budak.
Hujung kain tersebut diambil, digulungkan di telapak tangan seperti mana Kautsar buat. Tangan tersebut diangkat, dan memandang Kautsar dengan senyuman yang lebar
"Ye aku tak lepas"
Dia tak dapat pastikan , tetapi dia dapat rasa senyuman Kautsar semakin lebar dari tadi. Cahaya dari lampu kereta di luar yang berpantul di mata Kautsar buatkan ia tampak seperti bintang.
Kautsar terus mengalihkan pandangan dan menyelesakan diri. Yoongi yang seakan baru tersedar berdehem kecil, dan menurunkan sedikit seat.
Badannya disandar ke, mengiring arah Kautsar. Tangan kanan yang di gulung kain, diletakkan atas perut.
[more like abs ( ͡° ͜ʖ ͡°)] manakala tangan kiri diletak bawah kepala sebagai alas."Tidurlah" kata Kautsar dengan perlahan, dan Yoongi pun menutup mata.
Apabila terasa kereta sudah mula bergerak, dia membuka matanya kembali. Matanya memerhati Kautsar yang memandu dengan fokus.
Tanpa pengetahuan Kautsar, Yoongi berjaga sepanjang malam menemaninya. Lelaki itu yang pada awalnya mengantuk terasa ianya sudah hilang hanya dengan melihat Kautsar. Terbit satu perasaan aneh di dalam dada ketika memikirkan wanita itu sanggup membawa kereta pada waktu malam sedangkan dia takut, kerana bimbang jika Yoongi tidak cukup tidur.
Senyuman hinggap di bibir setiap kali terasa Kautsar menarik kain yang bersambung di antara mereka. Dan setiap kali Kautsar menarik kain itu, dia menutup mata kerana wanita itu menoleh memandang dia seketika. Tahulah dia bahawa wanita itu bimbang jika dia tarik kain itu terlalu kuat sehingga mengejutkan lelaki itu dari tidurnya. Dan dia akan menunggu selama 10 saat, sebelum membuka matanya kembali.
Pada akhirnya, Yoongi menutup mata dan tidur apabila nampak matahari mula muncul di sebalik awan.
YOU ARE READING
[C] Gangster-myg
FanfictionIf you need to choose between a villain or superhero as a lover, always choose villain. Because superhero will sacrifice you to save the world, while villain doesn't give a fuck about the world and only save you. Btw, sila faham masalah typo.