7

8 1 0
                                    

Mulut Kautsar ternganga tatkala mendengar apa yang dikatakan salah seorang lelaki yang berdiri di hadapannya. Curu barang?

"Encik salah orang ni... Saya tak curi apa-apa" kata Kautsar yang sudah mulai takut. Di dalam minda sudah fikir macam-macam jenis benda yang boleh dilakukan oleh 3 orang lelaki ini kepadanya. Mungkin mereka nak culik dia lepas tu bunuh, lepas tu buang atau bagi haiwan makan. Tak pun culik lepas tu jadikan anak ayam. Tak pun diculik----

"Habis lelaki tu mana?" soal lelaki itu lagi sekali. Kautsar yang sudah ketakutan tak mampu mengeluarkan kata-kata. Mulutnya dibuka, cuba mengeluarkan suara tapi tak mampu, seolah-olah dikunci.

"Aku tanya lelaki tu MANA??!!" jerit lelaki yang berbadan besar yang dia lihat mula-mula tadi membuatkan badan Kautsar terhinjut ketakutan.

"Kau tak nak jawab? Fine then" kata lelaki di hadapannya lalu memberi pandangan bermakna kepada lelaki besar di sebelahnya. Bukannya dia tak mahu jawab, tetapi dia pun tak tahu jawapan bagi soalan mereka.

Mata Kautsar membulat apabila lelaki besar itu mendekatinya. Jeritan tak sengaja dilepaskan apabila badannya dipusingkan dan ditolak ke rak dengan kuat. Rengek sakit terkeluar apabila kedua belah tangan diikat dengan sesuatu yang besar dan kasar.

"TOLONG!!!" jerit Kautsar yang cuba bergelut dengan lelaki itu. Semakin ketat ikatan di tangannya.

"YAH SAKIT LAH!! TOLONG!!!!" jerit Kautsar sekali lagi, mengharapkan sesiapa datang untuk tolong. Badan digerk sekuat mampu supaya dapat lepaskan diri. Di dalam hati berharap agar lelaki di kaunter itu call Police atau datang menolongnya.

"Bagi dia air tu!"

Kautsar yang masih bergelut terkejut apabila badannya ditarik kebelakang. Tanpa sempat memproses, pipinya dicekup dengan tangan, memuncungkan bibirnya. Tanpa amaran, satu botol yang isinya air putih seperti kapur dituang ke mulutnya dengan paksa. Kautsar terus bergelut dan menggerakkan kepala ke kiri kanan, membuatkan botol jauh dari mulut. Air yang terkumpul di mulut terus di sembur kepada sesiapa sahaja di hadapannya.

Pakkk

Kepala Kautsar terteleng kerana ditampar lelaki di hadapannya. "Bodoh punya perempuan!!" kata salah satu darinya dengan geram. Mesti orang yang terkena semburannya. Sekali lagi pipi Kautsar dicekup, tetapi kali ini lebih sakit dan air tersebut dituang dengan kasar sehingga sakit bibir dan gigi. Kepala cuba digerakkan, tetapi cengkaman tangan tersebut terlalu kuat. Kautsar tertelan air tersebut kerana dia perlukan oksigen

"ambik kau!!" kata orang yang memaksa dia dan melepaskan pipi Kautsar serta menarik botol itu kembali.

Kautsar terus membatukkan sisa air yang di mulut. Dadanya perit kerana ada sedikit air yang masuk ke saluran yang silap.

Secara tiba-tiba, kepalanya mulai pening dan nata semakin kuyu. Kepala digelengkan dengan kasar, cuba menepis mengantuk yang semakin kuat.

No no no... Kautsar, jangan tidur

Fuck,no... Wake up!!

No no!!!

Kautsar tak mampu mengeluarkan suara apabila terasa kakinya sudah tak menjejaki tanah. Dia terbatuk apabila perutnya mendarat di atas sesuatu yang keras tetapi lembut. Semakin pening kepala apabila terasa dia di posisi secara terbalik. Secara perlahan, dia sudah mula hilang kawalan terhadap badannya. Semuanya terlalu lemah dan dia terlalu mengantuk.

Meskipun begitu, dia tetap cuba untuk bangun dan tak tewas kepada racun atau dadah apa sahaja dalam air yang dia dipaksa minum tadi.

Kling

Bunyi tersebut membuatkan Kautsar semakin cuba untuk tak tidur. Kepalanya diangkat, cuba menjerit tolong. Tetapi yang keluar hanya angin dan sisa air di mulut. Dalam samar-samar, dia mendengar suara yang lain daripada 3 lelaki yang menculik dia ini.

Kautsar mengerang kesakitan apabila badan terhempap atas lantai dengan kasar. Mata cuba dibuka. Walaupun nampak tak jelas, dia kenal pakaian yang dipakai salah seorang dari mereka. Baru dia sedar, kini sudah ada 4 orang termasuk dia di dalma kedai ini. Ingatan terakhir ialah terdengar lelaki itu berkata sesuatu yang tak jelas di telinga, sebelum mata ditutup dan dunia mulai gelap gelita.

[C] Gangster-mygWhere stories live. Discover now