Baru beberapa jam insiden tersebut berlaku, Tiger sudah tak dapat tahan lagi. Dia tidak tahan melihat Yoongi yang tak keruan. Lelaki itu tak berhenti mencarut kepada Hong. Matanya merah bernyala mencerlung sesiapa sahaja yang berani cuba bercakap dengan dia. Pakaian Yoongi yang berlumuran darah masih tak ditukar.
Bunyi barang dihempas sekali lagi mengejutkan Tiger. Salah satu Bodyguard Tiger yang mahu masuk ke dalam bilik ditahan oleh Tiger. Dengan pandangan mata, dia meminta lelaki itu ke belakang. Mata kembali menumpu ke pintu yang tertutup, yang di sebaliknya terkandung seorang lelaki yang semakin hilang akal. Yoongi telah mengurung diri di dalam bilik yang pernah dia miliki setelah tiba di pangkalan Tiger.
Dengan hembusan yang cuba di stabilkan, Tiger membuka pintu tersebut. Namun, hatinya terasa retak melihat Yoongi yang terduduk sambil menundukkan kepala di tengah bilik yang berselerak dengan barang. Badan Yoongi tersandar di meja yang pecah di tengah, dan buku lima lelaki itu mengalirkan darah. Jikalau tadi retak, kini hatinya hancur apabila bertembung mata dengan Yoongi. Pipi Yoongi telah basah dengan air mata.
Tiger terus berlutut di sebelah Yoongi dan memegang bahu kiri lelaki itu. Bertapa menyesalnya dia buat begitu, kerana Yoongi terus memandangnya dengan air mata yang terus mengalir dengan pandangan yang kosong, seperti orang yang sudah mati.
"Yoongi, kalau kau menyalak dekat sini tak guna. Kalau kau nak selamatkan perempuan tu, kita kena buat plan sekarang" pujuk Tiger, tetapi Yoongi masih memandangnya kosong. Secara tiba-tiba, Yoongi mendekatkan diri dengan Tiger. Nafasnya tersekat di dada sebaik sahaja terasa kepala Yoongi mendarat di bahu kanan.
"Tiger.. Dia tak apa-apa kan?" soal Yoongi dengan suara serak basah yang semakin menghancurkan hati Tiger. Meskipun dia tidak pernah mengaku, lelaki ini sudah seperti anak yang dia tidak pernah ada. Perangai Yoongi yang sentiasa semberono dan tidak takut akan Tiger buatkan Tiger sentiasa kagum dengan dia.
Tanpa pedulikan mata di luar bilik yang memandang, tangan kanan dinaikkan mengusap rambut Yoongi, manakala yang kiri menarik Yoongi mendekati dia supaya dapat peluk lelaki itu. Sebakan daripada Yoongi makin retakkan hati.
"Shh.. Dia tak akan apa-apa. Aku dah arah budak lain cari location Hong sekarang" pujuk Tiger dengan bisikan.
Kepala Yoongi tak henti-henti diusap dengan lembut. Tangan kiri mula mengusap belakang badan Yoongi tatkala Yoongi menyembamkan wajah di bahu Tiger dan memeluk Tiger kembali. Terasa bajunya sudah mula basah dengan air mata, tetapi Tiger tidak kesah.
"Tolong cari dia.." pinta Yoongi dengan suara yang sayu. Tiger terus mengiyakan tanpa berfikir.
Bertahun dia kenal Yoongi, tak pernah sekali dia nampak Yoongi berfoya-foya atau bercinta dengan mana-mana perempuan sehingga dia syak Yoongi kemungkinan suka dengan sesama jenis. Namun bila ditanya, Yoongi hanya menjawab dia tidak tahu bercinta dan tak mahu bercinta.
Cinta.
Tiger tidak tahu apa itu cinta, kerana dia tidak pernah alami. Tetapi dia tahu Yoongi betul-betul cintakan seorang wanita yang bernama Kautsar. Meskipun dia tak kenal, dia tahu Kautsar merupakan seorang yang luar biasa sehingga mampu membuat Yoongi jatuh hati. Nama wanita itu sudah terpahat di hati Yoongi, sama ada mereka berdua sedar atau tidak.
Sedar tak sedar, Yoongi telah pun tertidur di dalam dakapan Tiger dengan air mata yang masih basah di pipi.
Miki yang mahu masuk ke dalam bilik Yoongi mengetuk pintu perlahan supaya dapat menarik perhatian bossnya. "Boss, kami dah jumpa lokasi Mr.Hong"
Tiger terus mengarahkan beberapa orang di luar pintu bilik Yoongi dengan bisikan, meminta mereka membawa Yoongi ke rumah Tiger tanpa membangunkan dia dari lenanya.
"Esok pagi, aku bagi tahu plan. Malam ni, aku taknak sesiapa dekat dengan bilik ni. Faham?" kata Tiger mendapat jawapan faham dari anak buahnya.
Tiger menoleh ke arah Miki yang setia mengikut Tiger"Siapkan senjata dengan budak-budak. Masa Hong dah sampai"
YOU ARE READING
[C] Gangster-myg
FanfictionIf you need to choose between a villain or superhero as a lover, always choose villain. Because superhero will sacrifice you to save the world, while villain doesn't give a fuck about the world and only save you. Btw, sila faham masalah typo.