Senyuman kecik bermain di bibir. Kautsar tersenyum melihat gambar yang sedang terpapar di telefon. IPhone milih Yoongi yang diberi kepada dia masih elok sehingga sekarang.
Sudah menjadi rutin ketika hari jadinya, dia akan sarungkan hoodie Yoongi dan membuka telefon Yoongi, melihat gambar lelaki itu. Dia yang baru pulang terus merebah kan badan atas katil sambil tersenyum melihat gambar Yoongi. Pada mula perpisahan mereka, dia akan menangis rindu kepada lelaki itu. Tetapi sekarang, dia hanya mampu tersenyum sahaja.
Setiap detik dan suasana ketika mengambil gambar Yoongi masih jelas di minda. Dia masih ingat, lelaki itu sentiasa memberi telefon kepada dia. Katanya takut dia bosan tak ada apa ketika perjalanan. Dan Kautsar sentiasa bermain dengan telefon Yoongi, namun jika mereka keluar dia akan menangkap gambar lelaki tersebut sama ada dia sedar ataupun tidak.
Dia tidak tahu mengapa, tetapi dia suka sangat tangkap gambar Yoongi. Boleh dikata gallery phone itu yang dahulunya kosong sudah penuh dengan gambar Yoongi sahaja,semuanya random. Dia sentiasa dengan telefon Yoongi sehingga akhirnya lelaki itu tak pernah meminta kembali kecuali ingin pergi jumpa Tiger pada hari insiden tersebut berlaku.
Tempoh hari dia bersama Yoongi hanyalah 7 hari, tetapi sudah cukup untuk buatkan dia jatuh cinta kepada lelaki itu. Suara dia yang garau, pipinya yang tembam, kulitnya yang putih gebu, perangainya yang sentiasa melebihi Kautsar dahulu, sentiasa ceriakan hari, tak pernah tinggikan suara kepada dia malah hanya bersembang dengan ada yang lembut dan paling penting, aroma Yoongi.
Meskipun sudah bertahun berlalu, hati dia masih tertutup kecuali kepada seorang lelaki. Bukannya dia tidak mencuba, tetapi hatinya tak mampu untuk terima orang lain. Dia siap pernah pergi blindate lagi, tetap juga tidak berjaya.Bunyi telefon yang berdering mengembalikan Kautsar ke realiti. Dia menghulurkan tangan, mencari keberadaan iPhone yang dihadiahkan oleh Yoongi.
"Boss, nak tahu satu cerita yang minta kaki tak?" kata Cherry di hujung talian sebaik sahaja dia meletakkan telefon di telinga. Perangai Cherry yang brutal betul-betul buatkan Kautsar geli hati.
"cerita apa tu?" soal Kautsar dan memanjangkan tangan ke atas, memerhati kuku tangan kiri.
"ingat tak nenek Kim?" soal Cherry. Kautsar hanya mendehem sebagai jawapan. Mana mungkin dia lupa orang tua itu. Sudah berkali-kali dia datang butik, dan sudah 3 kali dia berkahwin sejak 4 tahun lepas. Tak dapat difikir logik akal wanita yang sudah tua masih lagi mahu kahwin. Kalau kahwin orang sama tak apa, ini lain-lain.
"Dia nak kawin lagi". Kautsar yang terbaring di atas katil kini sudah duduk menegak. Matanya membulat dan Suara terkejut terkeluar. Sungguh tidak disangka wanita tua itu mahu kahwin lagi. Baru sangat 6 bulan lepas dia datang ke butik kata baru berkahwin.
"Bapak a, kau tunggu sana nanti aku datang"
Tanpa menunggu jawapan, dia menekan butang merah. Baru sahaja mahu bangun, iPhone Yoongi yang jatuh atas katil diambil semula. Kini, gambarnya telah berubah. Mungkin terubah tanpa dia sedari tadi.
Gambar tersebut merupakan gambar kesukaan dia. Dia ingat lagi waktu itu..
"Kautsar, kau nak dengar pickup line tak?"
Kautsar yang ketika itu sedang bermain dengan telefon Yoongi hanya menjawab tanpa memandang,"taknak"
"ah takda takda, kau dengar juga" kata Yoongi lalu mengambil telefon dari tangan Kautsar,membuatkan wanita itu menoleh ke arahnya dengan muka menyampah.
"kalau kau tak bagi pilihan yang kau tanya aku kenapa?"
" apa beza kau dengan api?" soal Yoongi dengan senyuman gedik, soalan Kautsar dibiarkan begitu saja. Kautsar hanya menjungkit bahu.
"ala jawab la cepat~~" rengek Yoongi sambil menggerakkan bahu gaya gedik, membuatkan Kautsar menggulingkan biji mata sambil tersenyum kecil.
"Yelah yelah, apa dia?"
Semakin lebar senyuman di bibir Yoongi. Dia menoleh, duduk sepenuhnya mengarah ke Kautsar. "api mencairkan lilin, kau cairkan hati Aku. ACHIAAA"
Yoongi menumbuk angin dengan sengihan, tak sedar Kautsar memandangnya dengan riak bosan.Melihat Yoongi terasa bangga dekat pickup line nya sendiri, Kautsar juga terfikir akan ayat.
"Yoongi, apa beza kau dengan bola?" soal Kautsar, menghentikan Yoongi yang sedang bersorak riang.
"apa apa?" soal Yoongi dengan tak sabar. Kedua belah tangan disilang di dada mendekati Kautsar, matanya bersinar memandang Kautsar.
"Dua dua aku nak penyepak. HAHHAHAHAHAHAHAHHA"
Masih teringat Yoongi pada ketika itu mulutnya muncung sedepa. Tetapi lelaki itu turut tergelak lama-kelamaan apabila nampak Kautsar yang gelak tak henti.
Di dalam gambar tersebut, Yoongi menyarungkan hoodie yang sentiasa dia pinjamkan kepada Kautsar. Bertapa rindunya dia ingin membenamkan wajah di hoodie tersebut sambil tertidur dengan haruman Yoongi.
Dia telah jumpa minyak wangi yang ditunjuk oleh Yoongi beberapa tahun lalu, tetapi minyak wangi itu tidak sama seperti mana ketika Yoongi pakai.
Dengan satu senyuman kecil, dia menutup telefon tersebut dan meletaknya ke dalam laci sebelah katil lalu bangun untuk bersiap ke butik.
YOU ARE READING
[C] Gangster-myg
FanfictionIf you need to choose between a villain or superhero as a lover, always choose villain. Because superhero will sacrifice you to save the world, while villain doesn't give a fuck about the world and only save you. Btw, sila faham masalah typo.