34

7 1 0
                                    

Cherry yang di kaunter melihat majikannya sedang memakaikan baju pengantin di mannequin. Sepatutnya dia yang buat, tetapi Kautsar cakap dia bosan dan mahu membuat kerja. Ikutkan sahaja lah. Disebabkan dia pun jadi bosan, maka dia pun berjalan menuju ke Kautsar. Dinding dijadikan tempat bersandar. Nampak macam dia pulak yang boss

"boss, nak tanya ni" soal Cherry. Kautsar hanya berdehem sebagai jawapan. Tangan diselitkan ke bawah dress untuk betulkan kedudukan baju.

"Boss ni dah la cantik, kaya, independent. Tapi kenapa boss taknak kawin lagi?"soal Cherry. 

"I mean, banyak kot lelaki yang datang sini cuba untuk ngorat boss. Tu, lelaki yang kerja part-time dekat kafe depan pun siap pernah hantar bunga dengan chocolate lagi dekat boss."sambung Cherry lagi.

Sudah 4 tahun dia kerja dengan Kautsar, dah banyak kali wanita bekerjaya itu reject lelaki. Kalau reject lelaki jenis biasa tak apa, ni jenis kaya-kaya. Siap ada yang sampai cari dia dekat butik lagi. Bercakap tentang butik, yang dulunya hanya kecil kini sudah menjadi besar sehingga Kautsar membeli 3 kedai hanya untuk butik pengantin. Beli ye, bukan sewa.

"tak minatlah. Semuanya nampak main-main je" jawab Kautsar dan berdiri tegak. Kedua belah tangan di lekatkan ke belakang pinggang, menolak pinggang yang lenguh ke depan sedikit.

"Mana boss tahu diorang main-main? Mana tahu ada yang serius"protes Cherry. Kautsar mengembangkan pipi dan menghembus nafas kasar, nampak sangat tak mahu bertekak mulut dengan Cherry tentang hal ini.

"dah dah. Baju pengantin yang minggu depan punya tu dah basuh belum?"soal Kautsar yang cuba melarikan topik.

"Hehe.. Belum" jawab Cherry terus senyum menampakkan giginya, tangan menggaru kepala yang tak gatal. Kautsar bercekak pinggang, keningnya bertaut.

"dah tu tunggu apa lagi? Pergi cepat!"arah Kautsar membuatkan Cherry berlari ke belakang sepantas yang dia boleh. Setelah memastikan pekerjanya hilang di sebalik pintu, Kautsar terus melutut untuk sambung  menyiapkan kerjanya.

Kling

Bunyi loceng di pintu menandakan ada pelanggan baru masuk. Kautsar terus bangun dan menepuk kedua belah tangan, membuang sisa habuk.

"Selamat datang ke NK butik. Boleh saya---" Kautsar tak mampu untuk teruskan percakapan ya sebaik sahaja dia melihat gerangan yang berada di pintu, sedang senyum kepadanya dengan riang.

"Y-yoongi..."

[C] Gangster-mygWhere stories live. Discover now