25

7 1 0
                                    

"WEH Yoongi"

Yoongi yang sedang memakan sarapan yang disediakan oleh ahjumma mendehem perlahan sebagai jawapan. Dari hujung mata, kelihatan ada orang sedang berdiri di hadapan. Tetapi, makanan di hadapannya terlalu sedap sehingga dia tak mampu untuk alihkan perhatian.

"cantik tak?" soal Kautsar lagi. Kali ini, Yoongi mendongak dari memandang pinggan. Wajahnya cuba dibuat menyampah, tetapi sebaliknya ia terpapar riak terpegun.

Kautsar terus memusingkan badan. Dia berhenti, dan senyum kepada Yoongi yang terkaku. "Ni baju omma aku, aku jumpa sebelum tidur semalam. Cantik tak?"

Soalan Kautsar seperti tak dapat didengari lelaki itu. Dia terlalu sibuk, melihat Kautsar yang begitu cantik mengenakan dress nude begitu juga dengan tudung. Di dress tersebut ada berkuntum rama-rama yang melekat. Boleh dikatakan ini kali pertama dia nampak Kautsar memakai dress dan tudung lain.

Ahjumma yang nampak Yoongi seperti terpegun tersenyum sendirian "Tutup mulut tu, lalat masuk nanti. Ha Karla, mari makan dulu" panggil ahjumma dan menuang air ke dalam cawan Yoongi.

Yoongi yang tak sedar mulutnya terbuka, menutupnya kembali dan mengalihkan pandangan kembali ke pinggan. Tetapi matanya asyik mencuri pandang Kautsar.

"Kautsar la ahjumma" kata Kautsar yang memperbetulkan panggilan namanya dan mengambil tempat duduk di hadapan Yoongi.

Baru sahaja tangan mahu sudu untuk mengambil makanan, ahjumma telah ambil dan letakkan makanan atas pinggannya terlebih dahulu. Wanita itu meminta maaf akan kesilapannya dan pergi hilang disebalik dinding dapur.

"Cantik"

Kautsar yang baru menyuap sesudu nasi goreng terkaku mendengar suara bisikan dari Yoongi. Dia duduk menegak, memandang lelaki itu dengan tanda tanya.

Yoongi yang sedar bisikan kedengaran, menyambung makan tanpa memandang Kautsar. "Kau nampak cantik pakai baju ni"

Sama ada realiti atau halusinasi, dia ternampak pipi wanita itu merona merah,  malu dengan pujian yang diberi. Secara tak sedar dia tersenyum sendirian.

~._.~

"Kau dah nak keluar?" suara seseorang dari belakang hentikan Yoongi yang sedang menuju ke pintu. Dia menoleh kan badan, dan untuk kali ke 183629 pada pagi itu dia masih terpegun melihat wanita itu yang masih mengenakan dress coklat muda tersebut.

"Haah, kau nak apa-apa ke?" soal Yoongi dengan senyuman.

Kautsar yang sudah berhenti di hadapan Yoongi terdiam, keningnya bertaut memikirkan sesuatu. Dengan senyuman, "Belikan keropok boleh? Nak yang halal tau"

Yoongi yang mendengar permintaan wanita itu tersenyum. Dia menangguk, dan sambung merenung wanita itu.

"Apa?" soal Kautsar dengan selamba. Tergelak kecil Yoongi dengan perangai dia. Meskipun memakai dress , swag masih ada.

"Taknak cium peluk aku dulu?" Soal Yoongi dan mula mengundur ke pintu. Tepat dengan jangkaannya, mulut Kautsar ternganga sedikit sambil memandangnya tak percaya.

"YOONGI GEDIK"

Dengan sengihan, dia berlari menuju ke bot.

[C] Gangster-mygWhere stories live. Discover now