Kautsar yang dihadapn kubur ibunya termenung, memikirkan hal lampau. Spesifiknya, hari di mana dia jumpa ayahnya buat kali terakhir,dan Yoongi.
Air matanya menitis di pipi, bukan kerana rindu pada ayah, dan bukan kerana rindu pada ibunya. Tetapi rindu kepada Yoongi. Dia tidak tahu khabar lelaki itu, inikan pula keberadaan dia. Sudah 3 tahun hari tersebut berlalu, tetapi masih segar di ingatan.
Bahu Kautsar terhinjut tatkala mendengar suara tembakan lagi sekali. Kepalanya di tunduk, sambil berlari bersama Yoongi yang melindunginya.
Sebaik sahaja tiba di dinding, badannya di sandar di dinding dengan nafas yang tak teratur. Yoongi juga sama, tetapi lebih penat kerana berlawan dengan anak buah Hong. Bunyi tembakan di sekali lagi memeranjatkan Kautsar. Bunyinya begitu kuat, betul-betul di melalui sebelah Yoongi. Matanya membulat melihat dinding di hadapan mereka berlubang dan sedikit retak.
"Kautsar, kau kena keluar dari sini dulu" kata Yoongi yang sudah berdiri di hadapan dia, menghalang Kautsar dari melihat dinding yang retak di belakang. mata Kautsar membulat, kepala digeleng laju. Tetapi Yoongi tidak memandangnya, sebaliknya memandang belakang kautsar.
"Miki, bawa dia pergi" kata Yoongi dan menolak perlahan bahu kiri Kautsar ke tepi.
Kautsar yang ditolak, kembali ke tempat asal. "NO!! HABIS KAU MACAM MANA?"
"Kautsar,dengar cakap aku. Ikut dia" kata Yoongi dengan lembut. Tetapi Kautsar tetap berkeras. Kepala digeleng, matanya sudah berkaca.
"NO, kau dah gila. Kau ingat aku nak tinggal kau dekat sini?!" kata Kautsar. Matanya sudah mengalirkan air mata untuk kali pertamanya selepas kematian omma.
Yoongi yang melihat air mata Kautsar terasa hatinya sakit. Matanya memandang milik Kautsar yang berkaca, memanggilnya untuk pergi bersama. Tetapi Yoongi tidak boleh pergi, dia ada kerja yang perlu diselesaikan.
Tangannya digepal, menahan diri dari mengusap air mata tersebut dari pipi Kautsar. Mata dialihkan, memandang Miki yang sedang menunggu di belakang Kautsar.
"Buat yang macam aku suruh" kata Yoongi kepada orang di belakang, tanpa memandang Kautsar membuatkan wanita itu berasa lebih sakit. Mata Kautsar membulat pabila ada orang memegang dia dari belakang, menghalang dia dari pergi kepada Yoongi yang keluar dari dinding dan menembak.
"Pergi!!" jerit Yoongi setelah dia kembali ke dinding di seberang sana, melihat Kautsar sepintas.
Meski begitu, Miki yang sedang memegang Kautsar yang bergelut ternampak benda cahaya yang mengalir di pipi Yoongi. Tanpa membuang masa, dia terus menarik Kautsar ke belakang diikuti dengan beberapa orang Bodyguard Tiger. Pegangangan cuba dilembutkan sebaik mungkin terhadap Kautsar yang bergelut ingin lepaskan diri.
"YOONGI!!!"
"YAH MIN YOONGI!!"
~._.~
"Mana Yoongi?" soal Kautsar yang duduk atas katil, memandang luar tingkap dengan pandangan kosong. Dia tidak tahu siapa yang baru sahaja masuk dalam bilik, tetapi itu sahaja soalan yang asyik keluar dari mulut setelah 2 hari dikurung di dalam salah satu bilik di rumah Tiger.
"Kenapa kau tak makan?" soal satu suara yang garau. Suara ini lain, kedengaran seperti suara orang lebih berumur. Kepalanya terus menoleh kepada lelaki tersebut.
"Kau tiger kan? Yoongi mana?" soal Kautsar lagi.
"Aku tak tahu" balas Tiger sambil memandang Kautsar yang tak terurus. Bawah mata wanita itu ada lingkaran hitam dan kelihatan lebam, wajahnya juga begitu pucat sehingga bibirnya kelihatan begitu merah. Mata, pipi, dan hidung pula merah kerana menangis. Pipinya masih basah, tak sempat kering sudah turun lagi air mata.
"Tiger, aku tahu kau tahu dia dekat mana. Bagitahu aku" pinta Kautsar yang sudah tak bermaya.
"Aku tak boleh. Aku dah janji dengan dia" balas Tiger lagi, terasa serba salah dengan menipu Kautsar.
" Bagitahu aku" pinta Kautsar lagi, kali ini seperti arahan. Natanya mencerlung Tiger,mengingatkan dia kepada Hong yang sudah mati dibunuh. Kepala digeleng perlahan, menjawab kepada Kautsar.
"AKU CUMA NAK TAHU DIA DEKAT MANA! BUKANNYA AKU SURUH KAU BUNUH DIRI!" jerit Kautsar dan membaling cawan yang di sebelah katil ke atas lantai, membuatkan Tiger terkejut dengan keganasan Kautsar. Mata wanita itu semakin merah, memandang tajam Tiger.
"Kautsar, aku dah janji dengan dia" pujuk Tiger. Suara terkejut terkeluar melihat Kautsar yangg terduduk atas lantai, tangan terlekap atas kaca yang berkecaian. Dia terus mendekati wanita itu, bertinggung di hadapan dia. Beg kertas dilemparkan di sebelah.
"please...Bagitahu aku.." pinta Kautsar yang memandang lantai
, suaranya begitu lemah sehingga Tiger hampir tidak mendengar.Tangan Kautsar diangkat, bibirnya dikemam melihat kaca yang terbenam di dalam telapak tangan Kautsar. "Aku tak boleh bagitahu, tapi yang aku boleh bagitau ialah dia selamat"
Mata Kautsar terus bertembung MILIK Tiger. Matanya sedikit bersinar dengan harapan mendengar khabar tersebut. "Kalau dia selamat jadi dia dekat mana?" soal Kautsar lagi. Tetapi Tiger yang melarikan mata sudah cukup untuk dia tahu.
"Kau takkan Bagitahu aku kan?" soal Kautsar lagi.
Kali ini dia tidak menjawab, sebaliknya tangan Kautsar dipegang lembut dengan sebelah tangan, manakala tangan kanan mengambil sesuatu yang berada di dalam beg kertas. Barang tersebut dihulurkan kepada Kautsar.
YOU ARE READING
[C] Gangster-myg
FanfictionIf you need to choose between a villain or superhero as a lover, always choose villain. Because superhero will sacrifice you to save the world, while villain doesn't give a fuck about the world and only save you. Btw, sila faham masalah typo.