21

10 1 0
                                    

Yoongi yang baru terjaga dari lena membuka matanya. Tetapi matanya ditutup semula tatkala matahari terpancar terus ke anak mata. Wajah berkerut, badan digerakkan supaya terlindung dari cahaya matahari.

Tawaan kecil dari kiri menarik perhatiannya. Disebelah, Kautsar yang sedang memandu sedang tertawa kecil dengan kelakuan dia.

"Morning sleeping beast" sapa Kautsar dengan senyuman. Yoongi yang masih mamai hanya membuka mata kanan dan angguk perlahan, kedua belah tangan dinaikkan menekup muka dan merenggang kan sedikit badan. Air mineral diambil dan diminum, tictac juga dimakan sedikit.

Badan disandarkan kembali ke seat yang telah naik. Tangan kanan yang tergulung dengan kain hitam dibiarkan atas kotak di antara seat mereka. Senyuman pertama buat hri itu terbit di bibir melihat tangan kiri Kautsar yang masih tergulung juga dengan kain yang menyambungkan mereka.

Mata mula melihat sekeliling,hanya pokok hijau menjadi tatapan. "kat mana ni?" soalnya dengan suara yang garau. Leher yang tiba-tiba gatal digaru perlahan.

"Adalah,dah nak sampai dah" kata Kautsar yang tak menjawab soalan Yoongi mendapat cebikan bibir daripada lelaki itu. Dia yang percayakan wanita itu sambung mendiamkan diri dan sambung memandang sekeliling. Cahaya mentari yang menembusi di celahan pokok mencantikkan lagi pemandangan.

Sebaik sahaja kereta berhenti, Yoongi ternampak beberapa kereta terparkir di sekeliling. Keningnya bertaut, cuba berfikir di mana keberadaan mereka. Tetapi niatnya dibuka apabila Kautsar sudah turun dari kereta dan menuju ke bonet untuk ambil beg pakaian.

Dia juga turun selepas melepaskan kain dari tangan , dan melihat sekeliling. Keningnya bertaut apabila perasan ada satu jeti besar di hadapan tempat parkir kereta.

"Kita dekat mana ni?" soal Yoongi yang sudah tidak lagi dapat menahan perasaan ingin tahu. Kautsar yang sudah menutup bonet berjalan melepasi dia, membuatkan lelaki itu berdecit tak puas hati.

Kakinya dilajukan, dua beg yang ditangan Kautsar terus diambil. Baru sahaja wanita itu membuka mulut ingin memarahi dia, lelaki itu sudah berjalan tinggalkan dia.

Di hadapan mereka, berdiri megah dua tiang tinggi yang merupakan gerbang masuk memegang nama Cafe&Boat Island Care. Lalu sahaja gerbang tersebut, berdirinya kedai yang besar yang diperbuat daripada kayu di atas air. Cafe di sebelah kiri, dan di hadapannya penuh dengan kerusi meja untuk pelanggan. Di bahagian kanan pula banyak kerusi untuk pelanggan ketika boat mereka.

"Selamat datang ke jeti Island Care kami, Kamu berdua nak pergi mana?" soal pekerja yang menyapa mereka di hadapan pintu gerbang.

"Saya nak jumpa Uncle Lee. Bagi tahu dia Karla datang" kata Kautsar membuatkan lelaki itu berkerut dahi tak faham. "bagi tahu Uncle Lee, dia akan faham"

Pekerja itu menangguk dan pergi meninggalkan mereka. Kautsar menuju ke salah satu meja di jeti, dan mengambil tempat duduk di situ diikuti Yoongi yang duduk di hadapan. Beg mereka diletakkan atas lantai kayu.

"Karla? Nama kau ke?" soal Yoongi lalu menyandarkan badan. Angin yang meniup kuat menyerabutkan rambutnya sedikit, di mana lelaki itu merungut taj puas hati sambil membetulkan rambut.

Kautsar yang sememangnya sedang menghayati angin laut tersenyum dengan mata yang ditutup. "used tu"

"used tu?"soal Yoongi. Kautsar membuka matanya kembali, dan menangguk kepada lelaki itu. "aku dah tukar nama sejak convert"

"wait kau bukan islam ke sebelum--"

"KARLA!" jeritan seseorang membuatkan Kautsar berdiri dan menoleh kepadanya dengan senyuman "Uncle!"

[C] Gangster-mygWhere stories live. Discover now