Yoongi menatap Kautsar yang kelihatan emosi selepas menceritakan apa yang berlaku dengan keluarganya. Meskipun apa yang dilaluinya hampir sama tragik, tetapi tak dapat dibayangkan bagaimana seorang remaja mampu melihat ibu mereka dibunuh di hadapan mereka.
Kautsar hanya melihat Maggi yang sudah mula kembang di dalam mangkuk, perutnya sudah tidak lapar memikirkan memori lampau.
Yoongi hanya mampu berdiam, tak mahu ganggu wanita itu. Reaksinya juga cuba dikawal supaya tidak kelihatan simpati atau kesian terhadap wanita itu. Dia tahu dari gaya wanita itu bercerita, Kautsar tak akan suka dengan simpati yang diberi. Apa yang boleh dia lakukan sekarang hanyalah menemani Kautsar buat masa sekarang.
Bunyi pintu yang tertutup membuatkan seperti mengembalikan mereka berdua ke realiti. Keningnya bertaut, Mata memandang Yoongi dengan risau.
Yoongi terus menaikkan jari telunjuk ke bibir. Dengan perlahan, dia menolak kerusi dan turun darinya. Dia berlari mendekati dinding dapur, dan bersandar. Dia terus menggoyang tangan panggil Kautsar dekati dia.
Baru sahaja wanita itu mahu berlari mendekati Yoongi, mata membulat dan wajahnya kelihatan ceria apabila nampak seseorang.
"Ahjumma!!!!" jerit Kautsar dan berlari melepasi Yoongi yang menyorok di dinding.
Seorang wanita baya 40an yang baru masuk rumah dengan pelik kerana pintu terbuka terus menoleh mendengar suara tersebut. Suara tersebut sangat dikenali, meskipun sudah bertahun tidak dengar.
"Karla?.. Karla!!!!!!!!!" terus sahaja badan wanita tua itu dipeluk oleh seseorang tanpa sempat memproses apa yang sedang berlaku.
~._.~
Kautsar yang memegang tangan Ahjumma masih tersengih lebar. Ibu harinya bermain di belakang telapak tangan wanita tua itu. Ahjumma juga sama, seperti tidak mahu lepaskan tangan Kautsar juga.
"Lee bagi tahu ada surprise, tapi tak sangka pula Karla suprisenya" kata ahjumma.
"kamu sihat Karla? Cantiknya kamu sekarang.. Masa ahjumma tengok kamu dulu kecil ja" soal ahjumma, tangan kanannya naik ke pipi Kautsar dan usapnya perlahan dengan ibu jari. Kautsar angguk, dan menggesel perlahan pipi di tangan wanita tua itu.
Ahjumma menarik kembali tangannya dengan senyuman. Tangan Kautsar masih lagi tak dilepaskan. Dari ekor matanya, seorang lelaki yang dari tadinya senyap menarik perhatiannya.
"Suami kamu ke ni?" soal Ahjumma tentang Yoongi.
Yoongi terus menghulurkan tangan kepada wanita tua itu, "Min Yoongi, kawan dia" dan mereka berdua berjabat tangan.
" Nama ahjumma, Song Rim. Panggil je ahjumma tak apa" kata ahjumma dengan senyuman kepada Yoongi. Lelaki itu angguk perlahan, dan membalas senyuman ahjumma.
"ahjumma ke yang jaga rumah ni selama ni?"soal Kautsar, menarik kembali perhatian ahjumma kepada dia. Ahjumma angguk perlahan dengan senyuman bangga. "patut lah bersih sangat"
Ahjumma tersenyum malu dengan pujian yang diberi Kautsar. Tangan menpar perlahan bahu Kautsar, mendapat tawaran kecil daripada wanita muda itu. Namun, matanya terhenti pada mangkuk di hadapan Kautsar,lalu matanya memandang mangkuk di hadapan Yoongi juga.
"Kamu berdua makan ramyeon je?" soal Ahjumma kepada mereka berdua dengan nada seperti mahu memarahi mereka berdua. Kautsar tersengih, tangan yang masih menegang tangan ahjumma digenggam perlahan.
"Tak boleh tak boleh, biar ahjumma masak sesuatu"
YOU ARE READING
[C] Gangster-myg
FanfictionIf you need to choose between a villain or superhero as a lover, always choose villain. Because superhero will sacrifice you to save the world, while villain doesn't give a fuck about the world and only save you. Btw, sila faham masalah typo.