19

9 1 0
                                    

Perjalanan menuju balik ke rumah dipenuhi dengan kerisauan,lagi-lagi daripada Kautsar. Kakinya tak berhenti bergerak atas bawah, tangannya pula asyik bermain dengan jari. Hal ini semua diperhatikan Yoongi yang cuba membawa kereta dengan laju tetapi selamat. Dalam hati, Yoongi memaki pekerja Mr. Hong.

Rupa-rupanya, benda bercahaya di bawah bonet kereta ialah tracker yang dipasang. Tracker itu begitu kecil, seperti satu lampu Led yang bernyala. Yoongi beranggapan bahawa ianya dipasang ketika mereka sedang melarikan diri dari hotel. Dia yang cerdik mengambil tracker tersebut dan melekatkannya di lori yang kebetulan sedang lalu di hadapan mereka. Dia berharap bahawa lori tersebut menuju ke tempat yang jauh dari mereka.

Kautsar yang ketika itu sedar mereka sedang di jejaki terus meminta Yoongi untuk pulang ke rumah halmoni. Kerana dia tahu mereka akan pergi ke sana setelah mereka bermalam an di situ.

Sebaik sahaja tiba, Kautsar terus turun dari kereta dan menjerit memanggil wanita tua itu. Mulutnya terbuka melihat pintu rumah yang terbuka luas dan barang di dalamnya sudah bersepah.

"Halmoni!!!!" jerit Kautsar dan masuk ke dalam rumah tanpa membuka kasut. Dia menjerit berkali-kali, memanggil orang tua itu. Tetapi dia tidak dapat sahutan langsung.

Dadanya semakin sempit dengan setiap langkah mendekati bilik halmoni. Nafas mula berat, mata sudah memanas sebaik sahaja dia nampak sekujur tubuh yang terbaring atas lantai setelah membuka pintu.

Yoongi yang baru melangkah masuk terkejut melihat Kautsar yang terduduk kuat atas lantai di hadapan bilik halmoni. Dia terus menendang apa yang di jalan, mendekati wanita itu yang sudah mula menangis.

Seperti Kautsar, Yoongi juga terkejut melihat halmoni terbaring di atas lantai. Dia tanpa membuang masa, mendekati tubuh tersebut dan berlutut di sebelahnya. Jari telunjuk tangan kiri diletakkan di bawah hidung, tangan pagi satu cuba mencari nadi di leher berkedut halmoni. Nafas lega di hembus sebaik sahaja dia terasa hembusan panas di jari telunjuk dan terasa degupan nadi.

"Halmoni..." suara Kautsar menarik pandangan dia. Entah mengapa, hatinya berkecai melihat air mata mengalir di pipi wanita itu. Air mata mengalir laju di pipi, riak wajahnya kosong memandang orang tua yang tak bergerak itu.

"Halmoni hidup lagi, aku rasa diorang cuma pengsankan dia" kata Yoongi dan berdiri, dan jalan melepasi Kautsar.

Kautsar yang masih melihat tubuh halmoni bertanya.."takkan kita nak tinggal dia je?"

"kita call ambulance. Tapi kita kena pergi sekarang"

~._.~

" Kau rasa halmoni ok tak?"soal Kautsar setelah hampir satu jam berdiam diri. Yoongi yang sedang membawa kereta hanya mampu melihat Kautsar sekilas, tetapi cukup untuk buatkan hati dia sakit melihat wanita itu dalam kesakitan.

"Dia okay"balas Yoongi yang cuba memujuk kautsar.

"Mana kau tahu?" soal Kautsar lagi, tetapi lebih perlahan seperti bisikan.

Semakin rapuh hati Yoongi mendengar nada suara tersebut. Dia melihat cermin pantulan belakang, dan memberi signal ke kanan. Sebaik sahaja kereta berhenti, dia menoleh kan badan sepenuhnya kepada Kautsar yang seperti tidak bernyawa memandang dashboard.

"kita dah call ambulance. Lagipun dia masih hidup,cuma dia pengsan saja" kata Yoongi. Bibirnya di kemam sebaik sahaja melihat sebutir air yang nampak seperti mutiara dek pantulan cahaya matahari mengalir di pipi Kautsar. Tangannya digepal kuat atas paha. apabila terasa mahu mengusap air mata yang mengalir dari pipi Kautsar.

"Don't think about it okay? Right now kita kena teruskan perjalanan"kata Yoongi yang masih mencuba untuk memujuk wanita itu.

Bertapa bahagianya Yoongi ketika Kautsar menoleh memandangnya setelah lama tidak memandang lelaki itu dari rumah halmoni. Tetapi kebahagiaan itu hilang melihat hidung dan pipi Kautsar yang merah serta matanya yang sedikit tembam.

"kita nak pergi mana?" soal Kautsar yang masih lagi kelihatan tak bernyawa.

"Aku tak tahu, aku dah buntu. Yang aku tahu sekarang kita kena teruskan---"

"Aku tahu satu tempat, jauh dari sini dan orang lain" potong Kautsar dan memandang Yoongi dengan mata yang berkaca.

[C] Gangster-mygWhere stories live. Discover now