"Kau sihat?" soal Yoongi yang membuka bicara. Mata mencuri-curi lihat wanita yang dirindui di hadapan dia. Jujur dikatakan, Kautsar kelihatan lebih cantik dan matang. Bukan sebelum ini tidak cantik, tetapi kini lebih terserlah kecantikan dia.
"After whole years, 'kau sihat' je?" soal Kautsar dengan nada menyampah. Mata digulingkan apabila nampak Yoongi menjungkit bahu sambil tersenyum kepada dia. Tetapi senyuman kecil terbit di bibir. "kalau aku tak sayang kau, mesti kau dah kena lempang"
Senyuman di bibir Yoongi hilang, digantikan dengan mulut yang sedikit terbuka. "kau sayang aku?"
"Yes, so what?" balas Kautsar dengan selamba, membuatkan Yoongi tersenyum. Air chocolate dikacau perlahan dengan straw,menyisip sedikit air tersebut. Dia memandang Yoongi yang memandang cawan air dia.
"sorry"
Kautsar yang mendengar, mengacau lagi air chocolate dia. "You better be more than sorry. Kau tinggalkan aku, biar aku merana lepas tu hilangkan diri macamtu. Tell me, kau main-main kan aku?"
Terus kata Yoongi menjumpai milik dia. Tetapi mata dia turun ke bawah kembali, memandang cawan. Kautsar hanya melihat pelik kelakuan dia. "aku tak berniat macam tu. Okay, aku minta maaf sangat-sangat sebab aku tinggalkan kau macam tu tanpa penjelasan"
"Yes, now melutut and say sorry" kata Kautsar dengan nada mengusik,membuatkan mereka berdua tersenyum. Tetapi senyumannya memudar.
"But why? Kenapa kau hilang?" soal Kautsar, memandang Yoongi yang terdiam seperti memikirkan jawapan.
"aku kena tembak, koma dua hari" terus sahaja hilang segala jenis kemarahan di dada. Ianya diganti dengan perasaan risau. "aku stay dekat headquarters Tiger sampai aku sembuh"
Melihat dari anak matanya yang kautsar membuka mulut ingin bertanya, dia sambung. "aku minta dia janji dengan aku, sebab aku tak bersedia nak jumpa kau"
Mata melihat kepada Kautsar pabila tidak mendapat jawapan. Bibir wanita itu terbuka sedikit, terkejut dengan informasi yang baru diterima. "But why?"
"aku nak belajar sesuatu dulu, baru aku bersedia nak jumpa kau" balas Yoongi dengan senyuman kecil. Jantungnya tiba mengepam laju melihat Kautsar yang menjungkitkan sebelah kening.
"Belajar? Jadi maksudnya kau dah belajar la ni?" soal Kautsar, mendapat anggukan. Dia sambung mengacau airnya, menyisip perlahan air. "belajar apa? Pancing ikan?"
Yoongi terus mengeluarkan domlet dari poket. Dompet tersebut dibuka, mengeluarkan satu kad dan diletakkan atas meja, diseret perlahan kepada Kautsar.
Kautsar terus mengambil kad tersebut. Keningnya bertaut, melihat pelik mengapa Yoongi memberi kad pengenalan kepada dia. Dia memandang Yoongi, cuba meminta kepastian. Tetapi lelaki itu hanya menyuruh dia sambung melihat kad itu dengan pandangan mata. Jadi, dia pun sambung meneliti satu persatu sehingga matanya membulat terlihat satu perkataan.
"Wait.. Kau masuk islam?" soal Kautsar dengan terkejut, tangan kanan menekup mulut yang terbuka. Yoongi tersenyum, dan mengambil semula kad pengenalan dia dan letakkan kembali ke dalam dompet.
"itulah belajar yang aku maksudkan" balas Yoongi. Kautsar yang terkejut, terkebil-kebil matanya memandang Yoongi. Tidak disangka lelaki di hadapan dia, yang dahulunya gangster kini sudah masuk islam.
Masih memandang Yoongi terkejut, dia menyandrkan badan ke kerusi dan tangan yang menekup mulut diletakkan atas paha. Matanya memandang badan Yoongi. Baru dia sedar, lelaki itu yang dulu ada memakai subang kini sudah tiada. Dulu juga ada memakai rantai, juga sudah tiada. Cincin juga tidak ada langsung di jari lelaki itu. Sekarang baru dia faham akan kelakuan Yoongi yang tak mahu bertembung mata.
Kautsar yang terkejut, tak sedar Yoongi telah bergerak sedikit di kerusinya dan mengambil sesuatu dari poket. Kotak kecil tersebut dikeluarkan, dan dibuka. Dengan perlahan, dia letakkan kotak tersebut di atas meja, memusingkan kotak tersebut menghadap Kautsar yang sudah kembali ke realiti dan menolak ya kepada wanita dicintainya.
"Kau nak kahwin dengan aku?" soal Yoongi dengan senyuman yang begitu manis. Tetapi senyuman itu melindungi perasaan dia yang gementar.
Kautsar yang sudah banyak kali terkejut, memandang Yoongi dan cincin di hadapan dia bersilih ganti. Di dalam minda mahu sahaja reject lelaki itu buat masa sekarang dan biarkan lelaki itu tunggu dia kembali. Tetapi dia rasa dia tak mampu tahan jika jauhi Yoongi, lagi-lagi dengan senyuman yang manis di wajah Yoongi.
Membalas senyuman nervous Yoongi, dua mengambil cincin tersebut dan menolak kembali kotak tersebut kepada Yoongi. Cincin tersebut di sarungkan ke jari manis. "Tak boleh nak sweet lagi ke hanat? Dekat kafe jugak nak propose"
YOU ARE READING
[C] Gangster-myg
FanfictionIf you need to choose between a villain or superhero as a lover, always choose villain. Because superhero will sacrifice you to save the world, while villain doesn't give a fuck about the world and only save you. Btw, sila faham masalah typo.