"Aku suruh kau bawa perempuan tu, tapi kenapa aku yang kena turun?" soal satu suara yang sedikit garau, tetapi cukup untuk membuatkan Jack yang kesakitan bangun bersama lelaki yang menampar dan berdiri di sebelah Kautsar dengan kepala yang menunduk.
Cahaya dari luar bilik mengganggu penglihatannya. Suara tersebut,dia sangat kenal suara itu. Meski bertahun tidak mendengar, dia masih kenal seperti baru dengar semalam. Walaupun tidak nampak wajahnya, bentuk badannya sudah cukup untuk Kautsar kenal siapa gerangan tersebut.
Kautsar yang tertawa sambil menundukkan kepala menarik perhatian lelaki yang berdiri megah itu. Tawaannya kecil, dan semakin kuat sehingga Jack memandangnya seperti orang gila.
"Jadi ni kerja kau?" soal Kautsar, mengangkat wajah dan memandang lelaki yang berdiri megah itu dengan tajam.
Lelaki yang berselindung di sebalik bayang keluar ke cahaya. Matanya membulat memandang Kautsar dengan tak percaya.
"Karla?" bisiknya dengan perlahan. Mata melihat wanita yang memandangnya sinis. Wajah wanita itu kelihatan sangat mirip, seperti arwah isterinya sehingga dia tidak ragu-ragu bahawa itu ialah anaknya. Yang berbeza cuma wanita di hadapan dia ini sedang memakai sesuatu di kepala yang menutup rambut.
Apabila sedar anaknya diikat, dia terus menjerit kan arahan kepada anak buahnya. "Lepaskan dia cepat!!"
"Karla, appa minta maaf--"
"Appa? Aku rasa appa aku dah lama mati"kata Kautsar sambil menunggu seorang lelaki yang sedang membuka tali di belakang kerusi. Matanya memandang milik Hong dengan malas.
Anak buah Hong yang di dalam bilik semua memandang Karla, A.K.A Kautsar dan Hong bersilih ganti dengan tak percaya. Tetapi, Jack dan lelaki yang menampar Kautsar yang berdiri di sebelah Kautsar tidak dapat di tandingi wajah terkejut mereka.
Mereka berdua memandang sesama sendiri, seakan tersedar mereka berdua sudah menempah maut. Seorang telah menampar , lagi seorang ingin mencium anak tuan mereka. Bunyi kerusi terseret membuatkan mereka kembalikan pandangan ke hadapan.
Kautsar yang telah bebas berdiri dan merenggang tangan ke sisi. Keyakinannya datang seperti hujan yang menimpa bumi. Dengan senyuman sinis, dia mendekati Hong yang berdiri kaku.
"tak perlu mengaku kau appa aku. Kau. Bunuh. Omma" kata Kautsar, jari telunjuk menolak dada kiri, di mana jantung Hong berada dengan setiap perkataan di ayat terakhir
Terasa puas melihat wajah terkejut Hong. Tangan disilang di dada, memandang ayahnya yang sama ketinggi. "apa? Kau fikir aku bodoh? Tak tahu yang kau upah orang bunuh omma sebab dia nak report kau dekat polis, kan?"
"macam mana--"
"Please lah, kau ingat dengan omma kena bunuh depan aku, kau ingat aku boleh move on macamtu? Tak nak cari motif dia kena bunuh? Taknak cari siapa pembunuh? " potong Kautsar, membuatkan Hong ternganga mulut dengan semua persoalan, No , fakta yang keluar dari mulut anaknya.
"Aku tahu kau bunuh omma, cuma aku tak tahu kerja kau. But thanks to Yoongi, aku dah tahu. Selama ni aku dengar je dia panggil Hong, Hong, Hong. Tapi tak sangka pula Hong tu engkau" sambung Kautsar lagi.
"Karla plan semua ni?"
"Plan? No. Aku tak ada masa untuk orang jijik macam kau. Aku lagi harap aku tak jumpa kau langsung. But, takdir kan? Nak buat macam mana" balas Kautsar dengan jungkitan di bahu, seperti terlupa bahawa sekarang dia sedang diculik oleh ayah kandungnya sendiri.
Satu tepukan di dalam bilik yang sunyi menyepi membuatkan setiap orang di dalam bilik tersebut kecuali Kautsar, terkejut. "So! Aku dah tahu kerja kau, dah tahu kau pembunuh, and aku nak report polis... Kau nak bunuh aku?" soal Kautsar, tangan digepal, senaraikan apa yang dikata bermula dengan ibu jari sehingga ke hari tengah. Jari yang persis pistol ditalakan kepada ayahnya dengan senyuman.
Bbang!!
"TUAN, ADA PENCEROBOH!!"
YOU ARE READING
[C] Gangster-myg
FanfictionIf you need to choose between a villain or superhero as a lover, always choose villain. Because superhero will sacrifice you to save the world, while villain doesn't give a fuck about the world and only save you. Btw, sila faham masalah typo.