6

7 1 0
                                    

Kautsar yang baru terjaga membuka matanya. Penglihatannya sedikit kelabu, jadi mata dikerlipkan berkali supaya ia menjadi normal semula. Tangan dikeluarkan dari bawah selimut dan direngganggkan ke atas.

Lega. Terlalu lega apabila boleh renggangkan badan. Leher yang gatal digaru dengan tangan. Matanya dikerlip, masih cuba proses apa yang berlaku.

Kejap.. Ni bukan bilik aku. Wait--apa jadi semalam? Bilik Cherry ke ni?

Kautsar menoleh kepala ke kiri, di mana sumber cahaya datang. Suara tersentak tak dapat dilindungi apabila nampak seorang lelaki duduk di balkoni membelakanginya. Dia terus duduk, dan melihat lelaki itu dengan teliti.

Hampir sahaja suara dikeluarkan, Kautsar menekup mulut dengan kedua belah tangan. Kepalanya di tunduk, melihat badan di bawah selimut. Nafas lega dilepaskan apabila nampak badannya masih tersarung baju lengkap bersama tudung.

Entah dari mana idea bernas ini datang, Kautsar menyelak selimut dan mengesot ke hujung katil. Bibirnya di kemam, cuba tak keluarkan sebarang suara. Apabila kaki berjaya menjejak lantai, Kautsar terus bangun dan menjengket menuju ke kasut yang dia nampak berada di bawah meja hadapan katil. Sambil-sambil mencuri lihat lelaki di luar balkoni itu.

"Kalau kau keluar, kau takkan selamat" kata satu suara. Kautsar terus menoleh, dan rupanya itu suara lelaki tersebut tanpa menoleh membuatkan dia terkaku.

Macam mana dia tahu aku dah bangun? And nak keluar? Dia ada mata dekat belakang kepala ke?

Tanpa mematuhi amaran lelaki tersebut, Kautsar mengambil dompet yang diatas meja dan berlari keluar dari bilik hotel.

Lelaki yang sedang duduk di kerusi balkoni menggulingkan biji mata apabila mendengar bunyi pintu dibuka dan ditutup.

"Bodoh"

~._.~

Hampir 20 minit dia berjalan dan berlari, Kautsar masih tak tahu di mana dia berada. Bukan itu sahaja, dia tak tahu hari, tarikh, masa dan di. Mana dia berada sekarang . Sudah la cuaca sejuk ya amat kerana sudah hampir hujung tahun di mana iklim di Korea memang sejuk.

Ketika dia turun dari bilik, dia sempat berhenti sejenak di lobi hotel untuk meminta pertolongan. Tetapi bila difikir balik, dia takut bahawa orang di hotel itu bersekongkong dengan lelaki yang menculik dia. Jadi dia hanya lari keluar dari tempat itu tampa menoleh.

Culik?

Dia pun tak tahu sama ada dia diculik atau tidak. Kalau dia diculik, sudah semestinya dia takkan dilepaskan begitu sahaja. Kalau dia diculik, takkan la pula dia masih tersarung elok baju, siap tidur di hotel lagi.

Senyuman riang terpapar di wajah tatkala nampak kedai 7Eleven tak jauh dari dia. Dengan tenaga yang tersisa kerana kelaparan, Kautsar menuju ke kedai runcit tersebut.

Nasib sahaja dia sentiasa membawa credit card di dalam poket, kerana dia tak suka bawa beg dompet. Cuma, telefonnya sahaja dia tertinggal di kereta.

Cakap pasal kereta, dia betul-betul ingat bahawa dia tertidur dalma kereta. Dan telefon dia letakkan dalam dashboard. Tetapi bila bangun dia di tempat asing.

"Sekarang pukul berapa?" soal Kautsar sebaik sahaja masuk ke dalam kedai dna berdiri di hadapan kaunter.  Senyuman tak dapat ditapis, menunggu jawapan pekerja dihadapnnya.

"tengok la sendiri dekat dinding" jawab pekerja lelaki itu tanpa mengalihkan pandangan dari telephone. Terus sahaja senyuman mati di bibir wanita tersebut.

Kautsar berdecit perlahan, nampak sangat budak sekolah sebab tak ada adab. Lagi-lagi dengan wajah yang muda dan bermain game. Meskipun menyampah dengan perangai pekerja itu, Kautsar mengangkat wajah dan melihat jam di dinding yang berada di atas kepala lelaki itu.

2:56

Keluhan dilepaskan. Dia mahu bertanya tentang tarikh hari ini, tetapi dibukukan sahaja kerana masih menyampah. Mahu sahaja dia lompat dan ambil jam tersebut untuk pukul bertalu pekerja lelaki itu.

Dengan satu jelingan geram, Kautsar berjalan menuju ke rak yang tersusun rapi. Perutnya sudah berkeroncong, meminta untuk diisi dengan makanan.

Setelah hampir lima minit mencari, Kautsar hampir putus asa. Tetapi perut yang lapar memberi semangat. Dia terus bertinggung, dan mencari roti yang diingini. Bibir menyumpah mengapa kedai runcit ini tak jual banyak makanan halal.

Kling

Bunyi loceng di pintu tak mengalihkan perhatian Kautsar langsung dari mencari makanan. Matanya masih mencari roti yang berlabelkan halal. Dalam tak sedar, budak lelaki yang dia kata kurang ajar sudah pun lari lintang pukang keluar dari kedai.

Kautsar mengangkat wajah apabila nampak bayang seseorang di belah kiri. Di situ seorang lelaki yang berbadan besar sedang memandangnya. Disebabkan dia lapar, dia kembalikan pandangan dan sambung mencari makanan, malas mahu bertanya kenapa lelaki itu melihatnya.

Bahu Kautsar terhinjut apabila terdengar bunyi besi terjatuh di atas lantai, betul-betul di sebelahnya. Dia terus berdiri, dan tersentak apabila sedar dia dikemeruni oleh 3 orang lelaki yang nampak ganas seperti gangster.

"Kau yang ikut lelaki curi barang Mr. Hong kan?"

[C] Gangster-mygWhere stories live. Discover now