28

7 1 0
                                    

Kautsar yang baru terjaga dari pengsan membuka mata. Dia menyesal serta merta membuka mata dengan laju sambil melihat ke sekeliling, kerana belakang kepalanya terasa sangat sakit. Dengan rungutan, dia menutup kembali mata dan menundukkan wajah.

Sesuatu yang ketat di lengan membuatkan dia membuka mata kembali. Keluhan dilepaskan apabila sedar dirinya telah diikat di kerusi dengan tali yang besar terikat di perut dan juga tangannya diikat ke belakang. Dia tahu ianya akan menjadi sia-sia sekiranya dia menjerit atau bergelut melepaskan diri kerana ikatan terlalu kuat, jadi dia berdiam sahaja sambil melihat sekeliling.

Apa yang diagak ialah dia sedang berada di bilik bawah tanah. Kerana sekelilingnya semua dinding dan dia tak nampak langsung tingkap di mana-mana. Hanya ada satu pintu besi, dan ianya berada di hadapan dia. Yang menjadi sumber cahaya hanyalah lampu di atas kepala. Meskipun tiada kipas, dia masih terasa sejuk. Pada waktu ini dia berharap sangat dia sedang memakai Hoodie milik Yoongi.

Mata kembali melihat sekeliling, cuba mencari jam dinding. Leher yang lenguh cuba untuk di hiraukan. Tetapi, dia tetap tak nampak apa-apa. Bilik ini betul-betul kosong.

Bunyi pintu terbuka menarik pandangan dia. Matanya di pejam melihat cahaya yang menembusi mata sebaik sahaja pintu terbuka luas. Walaupun begitu, dia nampak bayangan seseorang memasuki ke dalam bilik.

Dalam penglihatan yang kabur, dia dapat mengagak lelaki yang sudah berhenti dan bertinggung untuk samakan ketinggian mereka ini seorang yang kacak, tetapi sayang gangster pula.

"kau dah bangun." katanya sambil meneliti wajah Kautsar.

Kautsar menggulingkan biji mata. "takla aku tengah tidur"

Lelaki tersenyum mendengar jawapan Kautsar. "aku boleh berlembut dengan kau buat masa sekarang. Bagitahu aku, mana Yoongi, mana dokumen tu?"

"tak tahu" balas Kautsar dan menyandrkan badan ke kerusi, kepala mendongak ke atas sambil menutup mata.

"jawap la cepat"

Terus matanya menjeling milik lelaki itu. "Kau bodoh ke apa? Aku cakap aku tak tahu la" balasnya dengan nada menyampah. Dahinya berkerut melihat lelaki itu seperti tak percaya dengan dia. Satu keluhan di hembus kasar.

"Kau nak dengar cerita?" soal Kautsar. Lelaki itu yang masih bertinggung menangguk. "aku tak kenal siapa Hong, aku tak tahu benda apa yang kena curi, and aku taktau dekat mana Tiger. That's it"

Melihat dari reaksi lelaki itu, dapat diagak Kautsar lelaki itu masih tak percaya"Kau ingat aku bodoh?"

"gayanya lah. Kau yang tak percaya, bukan masalah aku" balasnya dengan bahu yang dijungkit. Buat kali kedua dia menyesal pada masa itu kerana bahu kiri terasa sangat sakit. Baru dia teringat bahawa dia pernah dilempar ketika diculik semalam.

Harap ahjumma baik-baik sahaja

Ketika dia diculik, dia sedang berada di luar rumah, menikmati angin laut sebaik sahaja Yoongi keluar. Pabila mendengar Bunyi enjin bot, dia fikir itu Yoongi. Jadi dia hanya membiarkan dan sambung menikmati pemandangan. Tetapi lain pula jadinya setelah mendengar jeritan ahjumma. Dia yang di kuar rumah terus berlari masuk ke dalam. Belum sempat menjejakkan kaki, terasa sesuatu memukul belakang kepalanya, membuatkan dia terjatuh atas lantai dengan kuat.

Rambutnya yang ditarik bersama dengan tudung, mengembalikan dia ke realiti. Kepalanya terdongak, memandang lelaki itu yang sudah berdiri dan menunduk memandangnya dengan wajah yang merah bernyala.

"Kau jangan cabar aku. Jangan ingat kau perempuan aku tak berani nak pukul kau"katanya dengan geram, cengkaman pada rambut Kautsar dikuatkan pabila melihat wanita itu tersenyum sinis.

"lelaki yang sebenar takkan pukul perempuan, jadi kau lelaki pondan lah ye?"

PPAKK

Kepala Kautsar terteleng ke kiri dengan tamparan yang begitu kuat. Namun wajahnya di hadap semula ke lelaki itu dengan cengkaman pada rambut Kautsar. Meskipun sakit, dia tetap tersenyum sinis, membuatkan lelaki itu semakin tidak puas hati.

Tangan lelaki itu dinaikkan. Kali ini tangannya tidak terbuka, sebaliknya digepal. Kautsar yang pasrah menutup mata, menunggu impak yang mengena ke wajahnya.

"Oi.Sudah-sudah la tu,biarkan dia. Pergi" suara dari belakang lelaki itu membuatkan dia berhenti dan memandang gerangan tersebut dari bahu. Pabila sedar siapa orang tersebut, dia menjeling Kautsar yang masih tersenyum sinis dan melepaskan Kautsar dengan kasar dan berginjak ke tepi.

Lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam bilik menjeling sejenak lelaki yang di sebelah Kautsar. Dengan keluhan kecil, dia mendekati wanita itu dan bertinggung di hadapan dia. Kepalanya mendongak, cuba mencari mata Kautsar yang kepalanya tertunduk. Senyuman ikhlas terbit di bibir setelah jumpa mata wanita itu.

"Hi, we meet again"

[C] Gangster-mygWhere stories live. Discover now