Mulut Yoongi tak henti memarahi perbuatan wanita yang dia jumpai semalam. Di dalam bilik hotel tadi, Tiger menelefon memberitahu bahawa dia dan seorang perempuan yang bersamanya menjadi sasaran Mr.Hong. Hidup atau mati, mereka berdua tetap akan dicari sampai ke lubang cacing.
Sudah 5 minit dia mencari perempuan tersebut sambil membawa kereta. Kereta dibawa dengan seperlahan mungkin untuk cari wanita itu.
Mata Yoongi tiba-tiba tertumpu kepada seorang yang baru sahaja memasuki kedai 7Eleven. Orang tersebut memakai sesuatu di kepala, jadi ia menyenangkan Yoongi untuk kenali dia.
Aha!! Jumpa kau.
Melihat kiri kanan depan dan belakang, Yoongi terus membuat U-turn setelah pasti tiada kereta. Heh, kalau ada kereta pun dia U-turn juga. Keretanya diparkir bersebelahan dengan kedai 7Eleven tersebut.
Tap tap tap tap tap tap tap
Badan Yoongi terhinjut apabila seseorang tiba-tiba menyergah dan mengetuk tingkap dengan laju. Niat mahu memaki, tetapi riak wajah lelaki tersebut nampak ketakutan. Ketukan di tingkap yang tak henti membuatkan sabar Yoongi terhadap lelaki itu menipis.
"Hyung!! Ada orang jahat dalam tu!" kata lelaki tersebut dari luar tingkap, di badan tersarung baju kerja 7Eleven. Yoongi yang mendengar terus membuka pintu dan turun dari kereta.
"orang jahat?"
"Nae orang jahat!! Le-le-lepastu ada perempuan y-yang pakai ke-kepala dekat dalam!" Terus, tangan kirinya dipeluk lelaki itu. Yoongi yang tak suka akan perbuatan tersebut terus merentap tangannya kembali. Pinggangnya di cekak, cuba untuk proses apa yang dikatakan lelaki tersebut. Baru sahaja membuka mulut...
"TOLONG!!" jeritan seseorang dari dlm kedai membuatkan mereka berdua terkaku.
"YAH SAKITLAH!! TOLONG!!!"
Jeritan suara tersebut dikenali Yoongi. Tangan digenggam menjadi buku lima dan mulakan langkah menuju ke kedai tersebut. Akna tetapi, langkahnya terhenti tatkala ada satu tangan yang memegang lengannya, menahan dia dari mendekati kedai tersebut.
Yoongi menoleh ke arah lelaki itu dengan jungkitan kening. Lelaki itu menggelengkan kepala, memberi amaran supaya jangan tinggalkan dia. Tangan lelaki itu terus ditepis perlahan.
"pergi, biar aku handle" kata Yoongi terus meninggalkan pekerja 7e itu sendirian.
Kling!
"Buat apa kau culik dia?"soal Yoongi sebaik sahaja nampak situasi yang sedang berlaku. Dia nampak wanita tersebut, diangkat oleh seorang lelaki gemuk badannya di atas bahu. Yang peliknya bagi Yoongi, perempuan tu tak bergerak. Mereka dah bunuh dia?
"bagi balik benda yang kau curi dulu" kata satu suara, Yoongi terus menoleh memandang lelaki tersebut. Senyuman sinis menjengah di bibir.
"kalau aku taknak?"
Lelaki tersebut mengembalikan senyuman sinis. Dia memandang lelaki gemuk tersebut, dan memandang Yoongi kembali. Mata Yoongi membulat apabila lelaki gemuk itu melempar.. MELEMPAR perempuan tersebut atas lantai.
"Kau memang cari pasal betul" kata Yoongi yang sudah mula geram.
~._.~
Tangan di tepuk, membuang habuk di tangan. Dadanya berombak bernafas setelah penat berlawan. 3 orang lelaki terbaring di atas lantai, mengerang kesakitan. Salah satu darinya sudah pengsan.
"padan muka kau" kata Yoongi dengan senyuman sinis. Lalu matanya tertumpu kepada sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas lantai, sebelah dinding.
Kaki terus mendekati tubuh tersebut dengan laju dan melutut di hadapan. Badan wanita itu diangkat, dan disandarkan ke dinding dalam keadaan duduk. Tangan kiri diletakkan di bahu wanita itu, menahannya manakala tangan kanan menepuk pipi perlahan.
"OI... Oi.." pipi perempuan tersebut ditepuk perlahan. Yoongi terus menaikkan jari telunjuk dan diletakkan di hidungnya. Nafas lega dilepaskan tatkala masih terasa hembusan nafas.
"Oi.. Oi.. Bangunlah" kata Yoongi dan menepuk pipi perempuan itu lagi. Tetapi dia tak memberi respon, buka mata pun tidak. Ini membuatkan dahi Yoongi berkerut dan keningnya bertaut.
"Bangun---" kepala perempuan tersebut menunduk tergantung dan air keluar dari mulutnya. Yoongi mengangkat kepalanya dan melihat air berwarna putih keluar dari mulut.
Kepala ditoleh sekeliling, seakan mencari sesuatu. mata Yoongi tertumpu kepada satu botol yang tertumpah air di atas lantai. Dia bangun dari posisi, dan mengambil botol tersebut. Botol itu dijauhkan dri hidung apabila terbau benda busuk, seperti dadah (I don't know bau dadah, bedal ja)
"Sialan main kotor!" kata Yoongi dengan geram lalu bangun dan menendang salah seorang lelaki yang terbaring berdekatannya. Lelaki tersebut mengerang kesakitan apabila perutnya ditendang lalu membatukkan darah.
YOU ARE READING
[C] Gangster-myg
FanfictionIf you need to choose between a villain or superhero as a lover, always choose villain. Because superhero will sacrifice you to save the world, while villain doesn't give a fuck about the world and only save you. Btw, sila faham masalah typo.