9

10 1 0
                                    

Yoongi melutut di hadapan wanita yang dia tak tahu namanya. Kepala wanita itu ditarik, mendaratkan perlahan di bahunya perlahan.

Dup dup

Dup dup

Dup dup

Dup dup

Jantungnya yang tiba-tiba mengepam laju cuba untuk tidak dihiraukan. Tangannya dipanjangkan, mengelilingi badan perempuan tersebut dan membuka ikatan tali guni yang sangat kasar.

Mata Yoongi dipejam rapat menahan geram. Di tangan perempuan itu sudah ada kesan lebam berwarna purple selepas dia berjaya buka ikatan tersebut. Dengan satu hembusan kasar, Yoongi mengangkat badan perempuan tersebut dan bangun dari melutut. Sempat kakinya menendang mereka bertiga dengan geram akan perbuatan mereka terhadap perempuan di dalam pangkuannya.

~._.~

Yoongi yang baru bangun tidur membuka matanya. Baru sahaja mahu renggangkan badan, terasa sesuatu yang sejuk lagi tajam melekat di leher, betul-betul di tempat nadi.

"kau siapa?" soal suara dari sebelahnya. Hanya mata yang digerakkan, melihat wanita yang dia selamatkan di sebelah, sedang memegang pisau di leher. Tawa sinis terlepas membuatkan wanita itu menekan lagi pisau di leher putih Yoongi.

"taknak ucap terima kasih sebab aku selamatkan kau?" soal Yoongi dengan nada yang tenang.

Wanita itu terus terdiam sejenak. Minda terfikir apa yang terjadi... Semalam? Dia tahu lelaki di sebelahnya telah selamatkan dia, tetapi dia masih tak mampu percayakan dia lagi.

Yoongi yang nampak wanita itu sedang berfikir terus mengambil peluang dan memegang tangan yang mengacu pisau lalu mengambil pisau tersebut dari tangannya. Wanita itu terteriak dengan perbuatan spontan tersebut tetapi mulutnya ditekup Yoongi. Badan tersandar di pintu kereta dengan sedikit kasar membuatkan dia merengek kesakitan di sebalik tangan Yoongi.

"Kau dapat mana pisau poket ni?" soal Yoongi lagi,kini sudah dalam keadaan duduk dan mendekatkan jarak mereka. Pisau dinaikkan, berada di antara mereka.

Silauan cahaya mentari memancar betul-betul di mata wanita itu, menjadikan matanya yang tadi koko kini nampak seperti kolam yang dipenuhi madu. Yoongi seakan-akan dipukau----

"Ya YA!! SAKITLAH!!" Yoongi merengek kesakitan tatkala tangan yang menekup mulut wanita itu sedang dicubit di lengan dengan kuat.

"Lepas lepas lepas lepas lepas!!" pinta Yoongi yang kesakitan menjauhkan tangan dan kembali duduk di tempat penumpang. Wanita tersebut terus melepaskan cubitan dan menjeling Yoongi.

"Sentuh aku lagi, aku potong tangan kau" kata wanita itu yang memberi amaran, melihat Yoongi yang menggosok tempat baru dicubit dengan wajah menahan sakit. Pisau poket sudah terjatuh di atas paha wanita di tempat penumpang.

Yoongi berdecit dan menjeling wanita itu, bibirnya dicebik ke depan. Tangan sambung menggosok, cuba hilangkan sedikit kesakitan yang baru dialami sehingga lupa yang dia sedang mengugut wanita itu tadi.

Wanita itu pula sudah mengambil pisau tersebut dan sorok dicelah tangan. Mata memandang lelaki itu yang nampak macam budak-budak kesakitan.

Entah kenapa dia tiba-tiba rasa lelaki di sebelahnya ini tidak akan cederakan dia langsung. Lagi-lagi dengan reaksi dia setelah dicubit. Dengan muka yang berkerut sambil cuba tiup tempat yang dicubit.

"Sakit sangat ke aku cubit?"soal wanita itu setelah lama berdiam diri melihat Yoongi. Badannya disandarkan ke pintu kereta dan duduk bersila menghadap Yoongi. Yoongi yang mendengar soalan tersebut menjeling tajam wanita di sebelahnya.

"Meh aku cubit, biar kau tahu" jawab Yoongi dan menghulurkan tangan mahu mencubit wanita itu, tetapi terlebih dahulu dia mengeluarkan pisau dan acukan kepada tangan Yoongi.

"Kau dekat aku potong" Yoongi menjeling sekilas dan menumpu ke tangannya kembali. Wanita itu mengangkat kening, seperti ke cabar Yoongi untuk membuat sesuatu sambil pisau masih tak turun. Jelingan dihadiahkan, Yoongi menarik kembali tangan dan gosok tangan yang sakit.

Setelah kesakitan semakin reda, Yoongi menjeling ya untuk kali terakhir dan menegakkan badan, dan berdehem. Nampaknya wanita itu sudah menurunkan tangan, tetapi pisau masih dalam genggaman.

"kau ok?"

"Kau yang culik aku, kau tanya aku ok ke tak"

"Sejak bila aku culik kau?"

"Habis sekarang ni apa? Honeymoon?" perli wanita itu mendapat jelingan Yoongi sekali lagi. Yoongi menutup mata sejenak, lalu membukanya semula dan melihat wanita itu balik.

"aku tanya kau ni, kau ok ke tak. Kau dah minum banyak sangat ubat tidur haritu" kata Yoongi dan menyandarkan badan ke kerusi,tangan dilipat di dada. Sesuatu yang terjatuh di paha membuatkan dia menunduk dan melihat. Di pahanya ada jaket, mungkin wanita itu yang letakkan. Patutlah dia tak rasa sejuk sangat.

"haritu?" soal wanita itu kehairanan. Yoongi terus melihatnya dan angguk perlahan. Jaket diangkat dan menutup bahu yang semakin sejuk kena aircon kereta.

"Kau tidur satu hari tak bangun langsung" jawab Yoongi. Mata wanita itu membulat dan memandang Yoongi tak percaya. Tangan menekup mulut, menutup mulut yang ternganga luas.

"kejap kejap kejap. Aku tak faham. Kenapa aku---"

"Dah, aku lapar. Lepas makan aku bagi tahu " potong Yoongi yang tak ambil peduli akan reaksi wanita di sebelahnya dan mulakan pemanduan. Kereta yang tiba-tiba bergerak membuatkan wanita itu hampir jatuh kerana posisi duduk dia yang bersandar di pintu sambil bersila.

Dengan jelingan tajam kepada Yoongi, dia perbetulkan kedudukan dan menyimpan pisau di tepi. Tangan disilang di dada sambil mata melihat pemandangan luar. Mahu saja dia tanya seribu satu soalan kepada lelaki di sebelah, tetapi nampak gayanya lelaki itu nampak sangat penat dengan bawah matanya yang hitam dan terdengar perutnya berkeroncong minta diisi.

Di dalam minda sudah keliru dengan situasi yang sedang dialami,tetapi hati berkata dia rasa selamat dengan lelaki di sebelahnya.... Buat masa sekarang.

[C] Gangster-mygWhere stories live. Discover now