"Thanks Tiger, tolong aku"
"NO hal, lagipun kau dalam masalah ni sebab aku yang suruh kau curi dari Hong" balas Tiger seraya bersandar si seat kereta limousin yang terparkir tidak jauh dari cafe jeti.
Matanya memandang sekeliling, lalu memandang Yoongi kembali tatkala teringat sesuatu "Mana perempuan tu?"
"Ada dekat rumah tengah laut tu, barang yang aku minta ada belikan?" soal Yoongi. Terus sahaja seorang lelaki yang berpakaian serba hitam di tempat penumpang menghulurkan satu beg yang kepada Yoongi.
"phone kau dah rosak ke?" soal Tiger sebaik sahaja Yoongi terima huluran tersebut.
"Phone Kautsar terpaksa kena buang sebab takut kena track. Jadi aku nak gantikan balik" balas Yoongi. Tiger hanya memerhati Yoongi yang sambung membelek kotak iPhone dengan senyuman kecil. Jarang betul dia nak nampak Yoongi senyum sebegitu.
Mendengar nama yang asing, kening kiri Tiger terangkat,"Kautsar? Nama dia?"
Hilang terus senyuman dari bibir Yoongi, seperti telah tertangkap memakan gula-gula secara sorok. Mihat ini, Tiger perasan akan sesuatu
"Engkau suka dia?" soal Tiger, yang memandang Yoongi yang sudah mula nampak sedikit malu. Semakin lebar sinisan dia melihat lelaki muda itu menafikannya dengan jelingan,tetapi Tiger dapat menembusi fikiran dia.
"Kalau tak kenapa kau jaga dia sangat sampai minta tolong aku?" soal Tiger lagi. Kali ini dia tersenyum sinis, yang melindungi senyuman ikhlas di sebalik sinisan tersebut.
Teringat lagi dia bahawa Yoongi berkata dia tak akan kembali kepada Tiger, tetapi dia tetap kembali supaya Tiger dapat jatuhkan Hong. Pada mulanya dia tak faham kenapa, tetapi apabila lelaki itu berkata dia mahu menjaga wanita yang tak bersalah, dia seperti dapat tangkap apa yang telah terjadi.
"Boss, ada signal lain dekat sini" kata pemandu, membantutkan Yoongi yang baru sahaja buka mulut mahu menjawab. Tiger yang mahu menyoal dipotong oleh Yoongi yang bergerak ke hadapan.
Pemandu yang sedar Yoongi sedang melihat dari belakang bahu terus tunjukkan pergerakan sesuatu dari penglihatan satelit yang bermain di komputer. Bintik hitam itu bergerak dengan laju menuju ke suatu tempat yang sangat diketahui Yoongi.
"Shit!!"jerit Yoongi dengan kuat,sehjbgga terkejut Tiger. Semakin terkejut apabila nampak muka Yoongi merah bernyala menahan marah.
"Situ rumah dia!"
~._.~
Dadanya terasa sempit, lebih sempit daripada hari di mana dia dapati rumah halmoni diceroboh. Kali ini, emosinya tidak terkawal. Terasa lemah melihat pintu rumah yang terbuka dan isi dalamnya berselerak.
"KAUTSAR!!!" jeritnya lagi. Lututnya semakin lemah. Dia benar-benar mahu mendengar suara wanita itu menjawab panggilan.
"Sini ada orang!!" jeritan dari bahagian dapur membuatkan jantung Yoongi terhenti. Jikalau ada orang di dapur, kenapa tak menjawab?
Dengan langkah yang laju, dia mendekati bahagian dapur. Tetapi langkahnya terhenti apabila nampak cairan berwarna merah mengalir di atas lantai. Semakin lemah lututnya. Matanya sudah mulai hangat, penglihatan semakin kabur dek air mata yang hampir menitis.
Dengan kaki yang lemah, dia memberanikan diri melangkah ke bahagian dapur.
Lega
Itu sahaja yang boleh difikir di dalam minda. Dia tak sengaja menghembuskan nafas lega melihat ahjumma terbaring atas lantai berlumuran darah. Bertapa hipokrit dirinya terasa lega kerana darah yang dia lihat tadi bukan milik Kautsar. Tetapi itu tidak hentikan dia daripada jatuh melutut dan memangku kepala ahjumma yang penuh lebam di paha. Beg kertas yang berisi iPhone dibiarkan atas lantai
"Y-yoongi... Kar-karla..." bisik ahjumma dengan perlahan. Kini, air mata jantan yang tidak pernah mengalir selama bertahun telah jatuh ke pipi mendengar hal tersebut. Semakin deras air mata apabila mata ahjumma telah tertutup untuk selamanya.
Miki yang berdiri disamping mereka hanya mampu diam terkutik melihat perkara tersebut. Sepanjang dia kenal Yoongi, tak pernah dia nampak lelaki tersebut menangis. Dia beranggapan bahawa mesti wanita tua itu ialah seorang yang spesial, tetapi Yoongi baru sahaja tiba di sini.
Sesuatu yang bersinar di sebelah badan wanita tua itu menarik perhatian. Mulutnya terbuka melihat tangan wanita tua itu dicucuk oleh pisau. Tidak, bukan itu yang mengejutkan dia, tetapi ada satu kertas bersama dengan helaian kain yang tercucuk sekali di pisau itu.
"Yoongi, tangan dia"
YOU ARE READING
[C] Gangster-myg
FanfictionIf you need to choose between a villain or superhero as a lover, always choose villain. Because superhero will sacrifice you to save the world, while villain doesn't give a fuck about the world and only save you. Btw, sila faham masalah typo.