Yoongi terkeluar dari lamunannya apabila kereta sudah tak bergerak dan mendengar Bunyi handbreak ditarik. Kepala dilangutkan, memandang bangunan yang tinggi megah di hadapan.
Tangan kiri yang menongkat dagu dijatuhkan, lalu dia memandang Kautsar pelik.
"kita beli baju dulu. Dah 3 hari aku tengok kau pakai baju tu" kata Kautsar yang sedar dirinya diperhati lalu membuka seat belt.
"Kejap, dalam mall banyak cctv"suara Yoongi hentikan Kautsar yang baru sahaja mahu membuka pintu kereta. Badannya disandar semula, memandang Yoongi dengan kening sebelah yang terangkat.
"Nanti diorang senang jumpa kita kalau kita tak cover up" sambung Yoongi yang faham akan maksud pandangan wanita itu.
Wanita itu memandang hadapan, pandangan seperti dia sedang memikirkan sesuatu. Satu idea yang menjengah minda membuatkan dia toleh kepada Yoongi.
"aku ada idea, tapi aku rasa kau takkan sukakan idea tu"
~._.~
" sumpah aku tak suka" rungut Yoongi sambil menarik pakaian di badannya. Kepala ditoleh, memandang Kautsar dengan muka yang cemberut.Disangka wanita itu akan memandang dia menyampah, tetapi ianya lebih baik. Di sebelahnya, Kautsar sedang menutup mulut dengan tangan kanan dan pipinya menaik di sebalik tangan sehingga matanya mengecil sedikit. Meskipun terlindung, dapat diagak wanita itu sedang menahan tawa melihat dia.
Hatinya berasa sedikit lega dengan respon tersebut. Dari mana datangnya perasaan ini, dia menekup kedua belah tangan di pipi dan mengerlip mata berkali-kali dengan sengaja kepada Kautsar. Matanya cuba dibuat ayu dan comel mengundang gelak dari wanita di sebelahnya.
Huh..Bertapa leganya hati dia setelah mendengar suara tersebut. Tanpa sedar, dia tersenyum dan merenung Kautsar yang sedang tertawa tak sedar dirinya diperhati.
Kautsar yang tawanya semakin perlahan mengelap air mata dengan hujung jari. Dia melihat sebelah, memandang Yoongi yang tersarung jubah hitam dan tudung instant. Di tangan lelaki itu pula memegang sehelai kain yang mempunyai tali. Mulutnya ditekup kembali tatkala terasa mahu tertawa dan menutup mata, cuba hilangkan rasa mahu ketawa.
Matanya dibuka kembali setelah perasaan itu telah pergi jauh, dan me dehem lalu duduk tegak di seat pemandu.
"Dah la, jom. Kita tak boleh lama" katanya lalu mengambil sehelai kain di tangan juga dan membukanya, lalu dilekapkan ke muka dan talinya diikat ke belakang kepala. Kepala dihulurkan, melihat cermin pantulan untuk perbetulkan niqab.
Yoongi yang disebelah memerhati dengan tekun. Dengan bibir yang dicebik, dia mengikut perbuatan Kautsar. Satu keluhan terkeluar apabila kain menutup seluruh wajahnya. Kautsar yang sedar tertawa kecil. Hujung kain ditarik perlahan, dan Yoongi menurunkannya dan melihat Kautsar dengan wajah yang masam mencuka.
"macamni, kau tarik tali dulu bagi dia terbuka. Lepas tu, yang kecik tu kau bagi tutup kening dan dahi and yang bawah tu kau letak dekat hidung. Tali tu tarik ke belakang, lepastu ikat. Tapi jangan kuat sangat sampai penyet hidung kau" kata Kautsar dan diikuti Yoongi satu persatu.
Apabila sudah berjaga dengan cubaan ke lima, mereka berdua turun dari kereta dan menuju ke mall. Kautsar yang berjalan di belakang Yoongi tergelak sendirian melihat hujung seluar jeans Yoongi yang kelihatan. Disebabkan lelaki itu lebih tinggi dari dia, jadi jubah itu hanya sampai ke atas buku lali dia sahaja. Nasih sahaja jubah itu kuat dengan Yoongi, cuma ketat sedikit katanya.
Yoongi yang sedar dirinya di ketawa menoleh dan menjeling Kautsar setajam-tajamnya. Mereka berdua memasuki butik pakaian yang menjual pakaian lelaki dan perempuan.
Pekerja yang di situ menunduk hormat sebaik sahaja mereka masuk, tetapi dapat dirasai pandangan pelik daripada mereka terhadap dua pelanggan yang berpakaian serba hitam.
Kautsar yang tidak pedulikan pandangan tersebut tanpa membuang masa mengambil bakul dan berjalan melepasi Yoongi. Matanya tajam memerhati baju yang di sekeliling. Pekerja yang mahu membantu mereka, berundur kerana aura wanita itu seperti yang tak mahu diganggu.
Yoongi hanya membontoti Kautsar dari sebelah. Sempat matanya menjeling sesiapa sahaja yang memandang pelik kepada Kautsar dan dia.
Yoongi menjengukkan kepala, dan melihat bakul yang dipegang Kautsar sudah separuh penuh. Keningnya bertaut, di dalam bakul itu ada banyak pakaian seperti untuk lelaki.
Dia memandang Kautsar yang sedang membelek baju yang tergantung. Baru dia sedar, kini mereka sudah berada di zon pakaian lelaki. Wanita itu menangguk perlahan kepada baju yang dibelek lalu mengambilnya dan letak ke dalam bakul. "Kau memang ambil baju je ke?"
Wanita itu memandang Yoongi sejenak dan angguk perlahan. Dia berjalan dan menuju ke bahagian lain, diikuti Yoongi. "kalau kecil macam mana?"
Kautsar yang tiba-tiba memusingkan badan hampir membuatkan Yoongi terjatuh kerana tak sempat berhenti. Dia berundur dua tapak secara spontan. Tangannya disilang di dada, meskipun terselindung dapat diagak dia sedang memandang Yoongi dengan bosan.
"Yoongi, aku dah berada dalam dunia menjahit lama sangat. Tengok badan kau pun aku dh tau ukuran" kata Kautsar dan menunjuk badan Yoongi dari atas ke bawah dengan jari telunjuk.
Sesuatu yang bersilau dari dalam bakul menarik perhatian Yoongi. Dia tersenyum sinis di sebalik kain yang menutup wajahnya. Tangan disilang di dada, mengikut perbuatan Kautsar dan menunduk pandang wanita yang lebih rendah dari dia.
"Habis,tu?" soal Yoongi dan menunjuk kepada kotak berwarna hitam yang di dalam bakul. Kautsar terus tunduk dan melihat ke dalam bakul.
"yang tu... Aku tak tahu. Aku just ambil" kata Kautsar, lalu menolehkan badan membelakangi Yoongi dan berjalan laju.
Yoongi tersenyum, dan berjalan mendekati wanita itu. "sure? Bukan sebab kau tengok and tahu ukuran?" soal dia dengan nada mengusik. Terus wanita itu berhenti dan sekali lagi Yoongi hampir melanggar belakang badan dia.
Dengan satu jelingan tajam, dia mengambil kotak tersebut dan melempar kepada Yoongi. "eeee blah la"
Yoongi yang di tinggal tersengih sendirian. Kotak yang ditangan di selindung sebalik tudung dan berlari dekati Kautsar. Matanya sempat perhati nama kotak tersebut.
Playboy (Men Underwear)
YOU ARE READING
[C] Gangster-myg
FanfictionIf you need to choose between a villain or superhero as a lover, always choose villain. Because superhero will sacrifice you to save the world, while villain doesn't give a fuck about the world and only save you. Btw, sila faham masalah typo.