HARI berganti malam dan semua aktiviti harian manusia juga terhenti buat seketika. Lara hanya mendiamkan dirinya apabila berhadapan dengan ayah tirinya. Ibunya yang duduk di sebelah sudah naik darah apabila Lara memberitahu yang dia melihat Adriella bersama dengan lelaki lain namun semua itu adalah penipuannya kerana dia malas mahu bercakap banyak dengan masalah yang dia fikirkan tidak penting."Dah lah tu awak. Adriella mungkin sudah melupakan kita. Tak sangka pula yang Adriella bersikap seperti itu di belakang. Saya dah bagi nasihat berulang kali supaya tidak terjebak dengan masalah negatif tapi masih tidak mahu mendengarnya. Biarkan sajalah anak awak tu. Kalau sudah degil pandai-pandailah dia urus masalahnya sendiri," kata datin Carmella cuba untuk menyokong Lara ketika itu. Pintar juga anaknya itu kerana mengambil langkah yang terbaik ini untuk membodohkan dato Croft.
"Lara, kamu kenal tak lelaki yang keluar dengan Adriella itu?apa-apa masalah yang melibatkan anak saya, maka saya tak akan membiarkannya begitu sahaja. Kalau Adriella masih tidak ada dalam masa seminggu ini maka saya akan hubungi pihak polis. Adriella tidak akan semudah itu mengikuti orang yang dia tidak kenali dan walaupun saya tidak begitu rapat dengan anak saya, tapi saya masih menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah," kata dato Croft. Ketegasannya itulah yang kadang kala membuatkan Lara dan ibunya berasa annoying.
"Awak, awak tak perlulah libatkan masalah ini dengan pihak polis. Masalah ini berkaitan dengan anak awak tu. Kalau memang betul Adriella tu suka hati dia saja nak ikut lelaki ke sana ke sini sudah tentu hal ini akan jadi lebih besar kalau pihak polis mengetahuinya. Lebih baik suruh pengawal awak tu cari anak awak dulu. Jangan bertindak terburu-buru," ujar datin Carmella pula. Sikit-sikit nak lapor pihak polis, suami aku ni memang tak pakai otak ke?
Lara menyimpulkan senyuman sinis dalam diam. Bagus mama!bagus!kita buat kepala ayah ni pening dan kita biarkan dia tertekan dari hari ke hari. Ada baiknya kalau mati saja orang tua ni untung juga aku kalau jadi waris di company dia tu. Bisik dalam hati Lara. Harta itulah yang ingin dia dan ibunya rebutkan di masa akan datang.
Dato Croft memikirkan semula kata-kata isterinya itu. Ada betulnya juga jika difikirkan sebaik mungkin. Tapi jauh di lubuk hatinya, dia sama sekali tidak percaya yang anak kandungnya itu berperangai seperti itu. Memikirkan arwah isteri pertamanya dulu, itu sudah cukup membuatkan dia rasa bersalah.
"Awak...tolonglah, saya tak mampu untuk menahannya lagi. Saya tak nak anak pertama kita yang tidak bersalah ini tidak dapat menikmati dunia. Doktor kata ada masalah dengan kandungan dan doktor kata jika saya tidak menggugurkan anak ini maka nyawa saya akan...akan menggantikan anak kita. Awak tolonglah faham...anak kita lebih penting. Nyawa anak kita lebih penting. Selepas saya lahirkan dia, tolong jaga dia sebaik mungkin. Saya benarkan awak cari pasangan lain supaya anak kita dapat kasih sayang yang secukupnya. Janji dengan saya yang awak jangan sesekali beritahu anak kita yang saya korbankan nyawa demi dia...saya tak nak dia tahu yang dia ada ibu yang mudah berputus asa..."
YOU ARE READING
Dangerous Love [C]
RomanceP/s warning: ⚠️ DALAM PROSES PENGEDITAN #Rank No.1 in wedding #Rank No.1 in perempuansimpanan #Rank No 3 in Malay Masih layakkah untuk gadis seperti aku hidup di muka bumi ini setelah aku kehilangan semuanya. Dipergunakan semata-mata hanya kerana in...