Dangerous Love | 32 ♡

8.1K 197 5
                                    

            JAM dikerling sekilas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


            JAM dikerling sekilas. Datin Carmella dan Lara sudah naik geram apabila Adriella belum lagi muncul sehingga sekarang. Sudah setengah jam berlalu namun gadis itu belum lagi masuk ke dalam kereta Alphard khas untuk keluarga mereka. Seminggu telah berlalu dan hari ini merupakan majlis perasmian perniagaan di antara dato Croft dan Isaac dimana mereka akan menjadi rakan kongsi tidak lama lagi jadi mereka perlu hadir untuk meraikan bersama.

"Lambatlah perempuan tu! Tahulah dia tu cantik tak payahlah nak bersiap bertahun bagai. Dah macam kena panggang aku kat dalam kereta ni!" Bentak Lara geram.

Datin Carmella yang turut tidak ada kesabaran terus mengarahkan driver kereta itu untuk pergi. Dia tidak mahu terlepas seminit pun untuk melihat majlis perasmian itu kerana dia ingin tahu siapa sebenarnya yang bakal akan menjadi rakan perniagaan suaminya itu.

"Maaf datin, dato sudah maklumkan bahawa cik Adriella harus ikut bersama kerana dato risaukan keselamatan anaknya." Ujar pemandu peribadi itu.

"Lambat lagilah kalau macam ni! Eii geramlah! Perempuan tu nak bersiap berapa lama lagi! Suruh je lah pengawal lain hantar perempuan tu nanti. Bukannya susah pun!" Ujar Lara. Matanya kejap memandang ke arah rumah banglo itu namun masih belum melihat batang hidung gadis itu.

"Ini arahan dari dato dan saya tidak berani untuk mengingkarinya. Maaf datin, maaf cik. Mungkin sekejap lagi cik Adriella akan sampailah tu." Pemandu peribadi itu cuba untuk menenangkan kedua dua majikannya namun dia tahu yang mereka tidak boleh dipujuk begitu mudah.

Datin Carmella dan Lara menjeling sesama sendiri. Dua anak beranak itu sudah malas mahu bercakap. Kalau ikutkan hati mahu sahaja mereka tarik gadis itu keluar dari bilik namun mereka sedar yang Adriella sudah berubah begitu banyak. Kalau dulu mudah sahaja mereka perbodohkan namun sekarang terasa seperti mereka pula yang diperbodohkan.

Lima minit berlalu seorang pembantu rumah berlari ke arah kereta tersebut. Datin Carmella lantas menurunkan cermin tingkap kereta.

"Cik Adriella kata tadi dia akan menyusul kemudian kerana dia rasa tak sedap badan.
Dia nak berehat sekejap dan dia sudah maklumkan kepada dato Croft." Ujar pembantu itu.

"Okey baiklah. Driver please go now cause we don't have much time!" Arah Lara terus.
Dia pula tidak sabar ingin bertemu dengan Allen dan meminta maaf kepadanya perkara yang terjadi tempoh hari di kedai fashion style itu.

Pemandu tersebut mengangguk akur. Enjin kereta dihidupkan dan beberapa saat kemudian kereta itu terus meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan.

Adriella masih lagi tidak berganjak keluar dari tandas. Badannya terasa tidak begitu sihat malam ini. Mungkin dia masih bertenaga namun ini kali pertama dia merasakan badan dia lain semacam sahaja.
Kalau dia demam pun tak juga. Dahinya tidak panas apabila disentuh.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now