Dangerous Love | 31 ♡

8.4K 189 2
                                    

             ADRIELLA hanya mengikuti langkah puan Anne masuk ke pusat membeli belah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

             ADRIELLA hanya mengikuti langkah puan Anne masuk ke pusat membeli belah. Dia memang suka beraktivitas shopping namun tidak begitu keterlaluan lagipun gadis seperti dia mana suka berhias ataupun berfesyen. Cukup nampak kemas dan sopan sudahlah memadai bagi gadis sepertinya.

"Jom kita pergi masuk dalam kedai baju sana. They do a promotion and I'm sure that you will like it." Puan Anne sebenarnya ingin membantu Adriella menukar fashion supaya terlihat lebih moden dan bergaya. Tambahan lagi Adriella akan mengambil alih syarikat ayahnya tidak lama lagi jadi ada baiknya kalau Adriella tahu bagaimana cara berfesyen.

Biar nampak lebih bergaya begitu.

"Anything for you aunt. Adriella ikut je." Balas Adriella tanpa membantah sekali pun.
Dia tidak suka membantah jika itu adalah puan Anne kerana dia yakin apa yang puan Anne lakukan untuk dia adalah yang terbaik.

Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam kedai Fashion Style dan masuk sahaja di dalam seorang pekerja terus menyapa mereka penuh mesra.

"Selamat datang puan dan cik, kami ada buat promosi pakaian hari ini dan baju semua adalah new stock. Bolehlah puan dan cik pilih lagipun banyak baju di sini yang cocok untuk kalian berdua." Ujar pekerja itu dengan penuh ramah. Kalau sudah tugasnya untuk melayan pelanggan maka sudah tentulah dia tahu apa peranannya.

Puan Anne mengangguk sambil tersenyum.
Adriella juga turut mengukir senyum ke arah pekerja itu. Melihat sahaja pakaian yang dijual di dalam kedai itu terus bersinar mata mereka. Sungguh elegan dan berfesyen semuanya.

Mulalah puan Anne mencari beberapa pakaian yang sesuai untuk Adriella. Gadis itu pula hanya menunjukkan reaksi suka. Yang penting pakaian itu cukup kelihatan sopan untuk digunakan maka dia tidak akan menolak. Lagipun puan Anne memang tahu yang dia bukan seorang yang suka menayangkan badan mahupun suka memakai pakaian yang mencolok mata.

Datin Carmella kejap menyorokan diri di situ kejap lagi ke sana. Ke kiri dan ke kanan semula. Sehinggakan orang yang lalu lalang pun memandangnya pelik. Nasib sahaja dia memakai pelitup muka tak adalah martabat dia jatuh kerana memegang status datin.

Datin Carmella sebenarnya menjadi pengintip di saat ini. Dia ingin mengikuti gerak geri puan Anne yang membawa Adriella keluar. Rupanya pergi membeli pakaian sahaja. Tidak ada pun yang mencurigakan.

Dia memeluk tubuh sambil memandang puan Anne dan Adriella yang tidak tumpah seperti ibu dan anak. Begitu bahagia dan gelak tawa mereka itu membuatkan datin Carmella dihuni rasa cemburu di dalam hati.
Kalau dato Croft tahu akan hal ini, tidakkah dia akan turut bahagia? Bahagia kerana ada seseorang yang mampu membuatkan anak dia tersenyum dan tertawa.

"Yang ini pun sesuai untuk Adriella. Go change dekat fitting room. Auntie tunggu di sini." Gown party berwarna peach blossom dihulurkan kepada Adriella. Gadis itu sempat membelak gaun panjang melimpasi lutut tersebut sebelum masuk ke dalam fitting room. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya ke arah puan Anne.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now