Dangerous Love | 22 ♡

8.8K 177 3
                                    

 

              SETELAH meminta kebenaran dari pengawal rumah Isaac untuk keluar dan memberi alasan yang dia ingin berjumpa anaknya yang sakit, akhirnya Daisy tiba di tempat biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


              SETELAH meminta kebenaran dari pengawal rumah Isaac untuk keluar dan memberi alasan yang dia ingin berjumpa anaknya yang sakit, akhirnya Daisy tiba di tempat biasa. Sebuah kelab malam yang memang hanya dikunjungi oleh orang yang mempunyai pangkat tinggi dan semestinya kaya-raya itu ditujunya kerana dia punya satu tujuan.

Lampu disco berwarna warni yang memancar ke seluruh ruang kelab malam itu sedikit sebanyak menganggu penglihatannya untuk mencari sosok tubuh seseorang atau lebih dikenali Allen. Daisy mendengus perlahan. Dia cuba mencari tempat Vip yang dimana terletak di tingkat atas dan ternyata Allen berada di situ dengan pelayan nafsu yang setia berada di sekelilingnya untuk memuaskan nafsu batin lelaki itu.

Daisy menjeling sekilas. "Allen...aku kat sini. Girl! All of you can get out now!" Arah Daisy kepada pelayan-pelayan yang tak kurangnya hot itu. Setelah mereka berlalu pergi kini hanya tinggal Daisy dan Allen di dalam bilik vip tersebut.

Sebelum berbicara Allen meneguk sekali lagi arak dengan rakus sekali. Kepalanya yang dirasakan ada pening sedikit diendahkan sahaja. Apa yang penting saat ini hanya nikmat sahaja yang dia rasakan.

"Sebelum ini kau tak laksanakan pun tugas seperti yang aku suruh. Kenapa sekarang kau tiba-tiba nak suruh aku bagi kau task untuk disiapkan?" Ujar Allen. Daisy merupakan pekerja suruhannya dan termasuk kawan baiknya. Gadis berusia 30-an itu memang terlihat masih cantik dan menarik dipandang. Disebabkan kedua-dua ibubapa Daisy meninggal dunia ketika Daisy berada di bangku sekolah dia tidak ada sesiapa lagi tempat untuk dia berteduh kecuali keluarga Allen.

Sehingga kini, Daisy masih lagi bekerja di bawah Allen supaya dia dapat meneruskan hidupnya dengan wang yang berkepuk-kepuk. Lagipun keluarga Allen begitu menyukai dirinya dan ibu bapa lelaki itu juga menganggap Daisy seperti anak mereka sendiri.

"Tempoh hari kau call aku yang kau terlepas seorang perempuan kan? Nama perempuan tu siapa?" Tanya Daisy dengan hati yang berkorbar-korbar ingin tahu.

"Adriella. Tu je yang aku ingat. Kenapa? Kau kenal perempuan tu tak?" Tanya Allen seolah-olah topik yang mereka bicarakan ketika ini begitu menarik.

Daisy tersenyum dalam hati. Aku akan bagi kau peluang Adriella. Selagi kau tak kacau Isaac selagi tu aku akan terus layan kau dengan baik. Sekarang ini aku akan selamatkan kau tapi kalau kau buat hal tahulah apa aku nak buat. Sempat Daisy bersuara di dalam hati.

"Tak adalah. Aku nak tanya je. Aku cuma nak kau bagi aku task untuk buat Isaac terima kau sebagai rakan kongsi dia untuk projek baharunya." Kata Daisy dengan bersungguh-sungguh.

"Senang je. Kau curi maklumat projek baru dia tu secepat mungkin supaya aku boleh kaji dengan lebih dalam. Lagi satu supaya presentation aku nanti nampak lebih menakjubkan. Oh lagi satu kau boleh goda dia tak? Lagipun kau suka lelaki tu kan apakata kalau kau pancing lelaki tu supaya dia terperangkap. And the last thing supaya dia dan kau akan kahwin." Balas Allen dengan senyuman jahatnya.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now