Dangerous Love | 50 ♡

7.8K 169 9
                                    

            DUA HARI selepas sahaja Isaac telah dibenarkan untuk keluar dari wad kini dia sudah boleh menjalankan tugasan hariannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


            DUA HARI selepas sahaja Isaac telah dibenarkan untuk keluar dari wad kini dia sudah boleh menjalankan tugasan hariannya. Dan apa yang penting dia akan berbincang dengan dato Croft mengenai perkahwinannya dengan Adriella yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ini kerana dia yang mahu mempercepatkan majlis biar semua orang tahu bahawa Adriella dah bertitlekan Mrs. Lagipula Allen pasti akan buat bencana pada bila-bila masa sahaja jadi dia perlu bersedia.

Di ruang tamu rumah dato Croft kelihatan mereka yang sedang duduk mengelilingi satu meja tampaknya seperti ingin bermesyuarat. Adriella yang duduk di sebelah Isaac hanya menurut semua keputusan yang dibuat oleh lelaki itu.

Datin Carmella pula tidak membantah. Hal ini berkaitan dengan Adriella dan Isaac jadi buat apa dia mahu menghalangnya. Lagipun dia tidak kisah kalau Adriella akan berkahwin dan mendahului anaknya, Lara.
Itu lebih baik. Kalau dulu sudah tentu dia akan cemburu jika Adriella berkahwin dengan lelaki kaya raya namun sekarang, dia cuba tidak bersifat buruk. Umur sudah meningkat tua dan seharusnya dia kena berfikiran matang dan tidak bertindak seperti keanak-anakkan.

Isaac menoleh ke arah Adriella. Senyum diberikan kepada gadis itu. Di bawah meja dia menggengam erat tangan Adriella cuba memberikan kekuatan.

"Isaac kamu benar-benar dapat menerima semua yang ada pada diri anak saya?" tanya dato Croft. Rasanya dari tadi lagi sudah banyak pertanyaan yang dia ajukan pada Isaac sehingga sekarang.

"Saya ikhlas menerima semuanya dan saya janji yang saya akan menjaga Adriella sehingga akhir nafas. Walau apapun yang terjadi saya tetap akan tulus menjaganya," balas Isaac lagi. Dato Croft mengangukkan kepalanya. Dia mempercayai Isaac sama seperti dia mempercayai kepercayaan lelaki itu dalam dunia perniagaan.

"Jadi kalau macam tu bila tarikh yang sesuai kita adakan majlis perkahwinan ini?kalau boleh lagi cepat lagi bagus," kata dato Croft.

"Hari ahad ni. Saya rasa hari itu amat sesuai untuk adakan majlis perkahwinan kami lagipun tiada pihak yang terganggu mahupun sibuk. Boleh kan sayang?" ujar Isaac dan memalingkan muka ke arah Adriella.

"Sabtu tak boleh ke?" bisik Adriella perlahan.

"If you want then we can just use that date," balas Isaac perlahan.

"Baiklah kita adakan majlis perkahwinan pada hari ahad sesuai dengan keinginan kamu berdua. Jadi ada masa tiga hari sebelum majlis dimulakan dan saya ada satu permintaan," kata dato Croft.

Adriella menggaru kepalanya yang tak gatal.
Takpelah hari ahad pun okey juga tu. Betul juga kata Isaac tadi tak ada pihak yang terganggu. Dia segera memberikan isyarat pada Isaac supaya membiarkan sahaja tarikh yang telah ditetapkan itu.

"Memandangkan kamu berdua amat mencintai antara satu sama lain maka ayah sarankan untuk kahwin di church. Sesuai dengan kehendak ayah ini, perkahwinan kamu akan mendapat keberkatan dariNYA.
Ayah harap urusan kamu berdua akan dipermudahkan dan kebahagiaan akan kamu kecepi di kelak hari,"

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now