Dangerous Love | 66 ♡

4.2K 84 3
                                    

                    "PWEET...cik yang cantik molek boleh tak. Kalau-kalau saya nak beli bunga matahari cik dekat pasu hujung tu." Marquez kini nak putus asa pun ada juga. Semua kedai bunga sudah dia masuk tapi sayang sekali tidak ada yang menjual bunga matahari.

Demi Lara dia sanggup dan tetap sanggup mencari bunga itu. Dan kini dia ada nampak akhirnya hasil dari dirinya yang tidak mudah putus asa. Tapi, satu benda ni penjual tu tidak menjual bunga tersebut.

"Hello Mr.handsome. Bunga ni saya tak jual ye. Saya ulang lagi. Saya tak jual." kata si cik penjual bunga sambil memintal-mintal rambutnya.

Marquez buat muka comel gitu. Dia menompang dagu di depan kaunter itu.

"Bantu saya please. Urgent sangat ni. Awak tak kesiankan saya ke?saya penat cari satu bandar ni hanya bunga matahari ni." kata Marquez lagi.

"Awak buat apa dengan bunga ni?kalau awak bagi dekat girlfriend yang tak bertauliah saya tak akan bagi. Sebab bunga ni saya dah jaga hampir setahun. Ingat nak jual tapi buat masa ni tak. Tapi awak ni lah yang buatkan saya kesian." ujar penjual itu.

"Saya bagi dekat crush. Dia minat bunga matahari. Katanya dia tak nak bunga ros sebab bunga ros seolah-olah berbau untuknya. Dia model dan saya fikir awak mungkin kenal dia." kata Marquez lagi.

"Ha siapa tu?saya kenal tak?cuba awak sebut nama dia."

"Lara Mikayla."

Penjual bunga itu buat mulut 'O' gitu. Dia angguk-angguk kepalanya.

"Dulu saya tak minat dia tapi dalam tiga bulan lepas gitu saya dah minat dengan attitude dia. She is really inspiring me a lot dan dia layak diberikan gelaran a woman beauty with brain. Baik. Keputusan akan dibuat. Saya jual bunga ni pada awak. Good luck. Awak dan dia pun apa kurangnya sama padan gitu."

Dan akhirnya Marquez melompat kegirangan. Punyalah dia happy sampai melompat-lompat macam katak pun ada juga. Kini, bunga itu telah pun menjadi miliknya setelah dibayar menggunakan duit.

"Terima kasih, terima kasih. Awaklah penyelamat hidup ini. Sayonara!" kata Marquez lalu pergi dari situ. Tidak sabar dia mahu menunggu masa malam ni itu pun kalau dia diterima.

Jangan saja jadi macam ni 'direject, direject aja'. 

Jambangan bunga matahari diletak di tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Dalam perjalanan, senyuman Marquez alahai memang tak pernah lari kelihatan di bibirnya.

Dalam otak pula sudah mula memproses apa yang dia mahu katakan pada Lara. It's like confession something like that. Sebagai seorang lelaki yang tak kenal erti putus asa, dia mahu dan tetap mahu meluahkan perasaannya pada Lara.

Mungkin di mata orang dia macam seorang lelaki yang tidak setia, tapi dia tahu siapa dia dan dirinya?dia lebih memahami siapa dirinya dan orang lain sepatutnya tidak perlu judge perasaan dia dan kesetiaan dia.

Once dia kata dia nak Lara dengan setulus hati, maka dia akan kejar gadis itu. Kalau Lara tidak mahu menerimanya maka dia akan cuba menjauh dan terus menjauh. Jika gadis itu meminta masa untuk bersedia, maka dia akan memberinya ruang.

Dari kisah cinta Adriella dan Isaaclah yang mengajarnya untuk menghormati wanita. Mereka bukan dijadikan bahan permainan dan digunakan apabila bosan sahaja. Mereka perlukan belaian kasih sayang yang tulus dan bukannya disakiti.

Kisah mereka mengajarnya untuk menjadi lelaki yang lebih matang walau hakikatnya kadang-kadang perangai dia boleh berubah macam budak. Tapi tak apalah kan kalau budak daripada perangai macam setan.

                         JAM DINDING di bilik dikerling sekilas. Matanya digosok-gosok apabila terasa pedih di situ. Lara segera mengambil tuala mandinya dan sempat melihat mesej dari ibunya. Ala, walaupun duduk serumah tapi malam ni kan mereka ada plan jadi kena senyap-senyap.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now