Dangerous Love | 43 ♡

6.6K 181 6
                                    

            MEJA diketuknya beberapa kali sambil melihat jam di dinding bilik pejabatnya berkali-kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

            MEJA diketuknya beberapa kali sambil melihat jam di dinding bilik pejabatnya berkali-kali. Jam telah pun menunjukkan pukul 11 pagi namun kelibat Adriella masuk di dalam officenya masih belum kelihatan. Mereka masih ada tugasan yang perlu dilaksanakan memandangkan fail untuk projek baru masih belum selesai sepenuhnya.

Nombor telefon Adriella terus dia dail. Beberapa saat kemudian hanya peti simpanan suara yang kedengaran di corong telefon. Namun Isaac masih belum berputus asa walaupun dia tahu yang telefon Adriella itu bertutup dan tidak dihidupkan. Beberapa mesej juga dihantar namun masih juga tiada balasan dari Adriella.

Isaac bangun dari kerusi dan menolak pintu kaca pejabatnya lalu keluar. Ailee yang melihat lelaki itu seakan-akan terburu buru menuju ke sesuatu tempat lantas menghalang pergerakkan Isaac. Lengan lelaki itu ditariknya perlahan.

"Tuan, are you okey?what is happening?" tanya Ailee dengan nada yang risau. Dia sedar yang semenjak kehadiran Adriella mengambil alih sementara di dalam syarikat dato Croft bermacam-macam perubahan yang dilihatnya pada Isaac. Jika dia mahu meluangkan masa dengan Isaac ada sahaja alasan untuk lelaki itu menolak. Lagipula lelaki itu seolah-olah sudah tidak menyentuh arak dan masuk di dalam kelab malam dalam beberapa bulan ini. Apatah lagi tidur dengan perempuan secara random. Nampak sungguh perbezaannya di sini.

Isaac menepis perlahan tangan Ailee. Wajahnya diraup berkali-kali, bukan sahaja ingin mencari tahu di mana Adriella sekarang namun dia risau apa yang terjadi pada gadis itu selepas pulang dari hotel semalam. Salah dia juga kerana membuatkan Adriella begitu marah akan ayatnya semalam. Agak pelik juga kenapa Adriella begitu sensitif walaupun hanya ayat biasa. Terkadang dia takut jikalau kebencian gadis itu terhadap dirinya begitu dalam. Sedalam-dalam laut cina selatan.

"I've to go and find Adriella. Aku tak nak kalau ada apa-apa yang terjadi pada dia disebabkan aku. Ailee you can go back to do your own work. I'm fine here," balas Isaac perlahan. Masalahnya harus dia selesaikan sendiri. Dia tidak mahu orang lain pula yang akan terlibat. Pandai buat pandailah tanggung sendiri. Dia bukannya lelaki yang suka berharap bukan juga jenis yang suka bertanggungjawab. Namun, kali ini dia sedar dengan kesilapan dia sendiri. Dia sedar betapa terlukanya seorang gadis hanya kerana tindakannya yang boleh dikatakan teruk seperti syaitan.

"Oh I almost forgot. Around 9 o'clock I saw Adriella at the hospital with her aunt I think.
Tapi saya tak tahu pula kalau Adriella yang sakit ataupun auntie yang ada dengan dia masa itu. You already try to call her?" tanya Ailee. Memandangkan tadi pagi dia juga ingin ke hospital kerana mahu mengambil ubat jadi tanpa sengaja dia melihat Adriella. Namun gadis itu tidak menyedari dia ketika itu. Dapat dia melihat yang Adriella seakan-akan tidak bermaya namun dia tidak yakin pula kalau gadis itu memang sakit.

"Hospital?aku dah call tapi phone dia ditutup. How could she didn't tell me if she is sick. Ailee thank you for telling me this. I have to go now," tanpa mendengar balasan dari Ailee, dia terus berlari keluar dengan secepat mungkin. Semakin mendadak naik pula kerisauan dia sekarang ini.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now