DATO Croft meletakkan telefonnya di atas meja jenis kaca yang berada di ruang tamu rumah banglonya. Dia memang lega sedikit mendengar suara anaknya itu menghubungi dia namun yang buat dia risau adakah anaknya itu berkata benar?
Setahu dia, Adriella bukan jenis yang suka berkawan dan mudah bergaul dengan orang lain lebih-lebih lagi yang dia tak rapat. Kalau setakat kenal tu mungkin dia biasa dan masih boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Tapi kali ini, dato Croft jadi curious pula. Ini pertama kali dia mendengar Adriella berkata yang dia menetap di rumah kawan. Siapa kawan yang dia maksudkan itu?
"Pengawal, tolong detect empunya number phone yang anak saya gunakan sebentar tadi. Kalau sudah selesai beritahu saya secepat mungkin sebab saya nak jumpa pemilik nombor telefon tu ASAP," ujar dato Croft. Mungkin dengan cara ini dia boleh berjumpa dan membawa semula anaknya itu pulang ke rumah. Tapi kali ini dia kembali teringat akan kata-kata anaknya yang sedikit sebanyak buat dia tertanya-tanya lagi.
"Buat masa ni Adriella tak akan balik di rumah. Jangan risau ayah, kawan Adriella perempuan. Lagipun kalau Adriella pulang di rumah yang penuh dengan manusia yang suka dera Adriella itu tak akan membahagiakan Adriella sama sekali. Mungkin sampai di sini sahaja yang sempat Adriella dan ayah bercakap dan kalau ada masa nanti Adriella call lagi. Good-bye daddy,"
Apa pula kaitan dengan ayat yang dia katakan itu?dera?siapa yang mendera anaknya itu di rumah?walaupun dia terlihat seperti tidak begitu rapat dengan anak kandung sendiri namun dato Croft tidak pernah sekali pun mendera, menyakiti mahupun memarahi anaknya itu. Apa yang dia buat selama ini bersebab dan bukan dia sengajakan.
Tak mungkin pembantu dalam rumah ni berniat jahat terhadap anak aku?tak, aku tak boleh menuduh tanpa asal usul periksa terlebih dahulu. Kalau ia memang pembantu di dalam rumah ini berbuat demikian sudah tentu pengawal memaklumkan kepada aku.
Tapi tiada langsung report yang dia dapat dari pengawalnya. Ini bermakna mungkin ada yang diam-diam melakukan kejahatan terhadap anaknya dan dia tidak boleh biarkan begitu sahaja."Lagi satu, saya nak kamu perhatikan setiap perbuatan isteri saya kalau ada yang mencurigakan," arah dato Croft lagi kepada pengawal peribadinya.
"Baik dato, saya akan buat tugasan seperti yang dato suruh. Jangan risau, saya akan selidiki kedua-dua tugas ini dengan penuh teliti," balas pengawalnya penuh hormat.
Dato Croft mengangguk dan membiarkan pengawalnya itu berlalu pergi untuk memulakan kerja seperti yang dia suruh.
Sebaik sahaja pengawalnya itu hilang dari pandangan, kini Lara pula yang masuk ke dalam bilik kerja ayah dirinya itu.
YOU ARE READING
Dangerous Love [C]
RomanceP/s warning: ⚠️ DALAM PROSES PENGEDITAN #Rank No.1 in wedding #Rank No.1 in perempuansimpanan #Rank No 3 in Malay Masih layakkah untuk gadis seperti aku hidup di muka bumi ini setelah aku kehilangan semuanya. Dipergunakan semata-mata hanya kerana in...