Dangerous Love | 18 ♡

10.6K 205 1
                                    

              CAHAYA di pagi hari yang menyelinap masuk dan memancar ke arah langsir bilik Isaac membuatkan kedua-dua insan yang masih berada di atas katil itu terjaga dari tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

              CAHAYA di pagi hari yang menyelinap masuk dan memancar ke arah langsir bilik Isaac membuatkan kedua-dua insan yang masih berada di atas katil itu terjaga dari tidur. Isaac memandang ke tepi perlahan-lahan dan hanya menghiraukan sahaja keadaan Adriella pagi itu.

Adriella yang tersedar Isaac seperti ingin turun dari atas katil lantas memejamkan matanya semula. Dia tidak mahu menatap ataupun bercakap dengan lelaki itu. Sakit di hatinya tidak dapat dia jelaskan pada diri sendiri lagi. Apa yang Isaac lakukan terhadap dirinya semalam amatlah menyiksakan dirinya. Lebih perit dirasai berbanding dia didera oleh ibu tirinya selama ini.

Air matanya pula sudah kering dan dia sudah penat untuk menangis semalaman.
Dia tidak tahu berapa lama lagi dia harus disiksa oleh Isaac dan berapa lama lagi dia mahu menghadap kekejaman lelaki itu.

Isaac mengambil tuala mandinya dan semua peralatan pembersih untuk dirinya sebelum masuk ke dalam bilik air. Adriella yang dilihatnya masih terlelap itu dibiarkan begitu sahaja. Malas dia mahu kejutkan gadis itu lagipun dia tak dapat bergerak pun.
Kalau nak paksa pun mungkin sakit.

Lama Adriella menunggu supaya pintu bilik mandi ditutup namun sehingga sekarang masih belum kedengaran. Pelik. Lelaki dayus tu mandi ke apa?

Adriella membuka matanya dan ingin bangun dari katil namun sakit di bahagian celah paha terasa amat perit dan itu membuatkan dia hanya mampu duduk di atas katil dengan comformoter yang dibalutkan di seluruh tubuhnya yang tanpa seurat benang pun.

Tetapi memandangkan Adriella tidak mahu dilihat oleh Isaac jadi dia harus memaksakan dirinya agar dapat keluar dari bilik lelaki itu. Malangnya dia terjatuh seperti nangka busuk di atas lantai. Adriella terus saja menggosok lututnya beberapa kali untuk menghilangkan rasa sakit.

Pada masa yang sama, Adriella memandang ke arah bilik air Isaac dan ternyata lelaki itu tidak menutup pintu sebelum mandi. Patut pun dia tunggu lama-lama tadi rupanya pintu bilik air terbuka luas dan semestinya manusia di dalamnya dapat dilihat oleh Adriella.

Pandangan dialihkan ke arah lain. Hatinya terasa panas melihat wajah Isaac itu. Bukan sahaja mampu menaikkan darah namun mampu buat dia ingin membunuh lelaki itu jika dia ditakdirkan untuk diberikan kuasa.
Nasib sahaja, tindakan itu sama sekali terlarang di dalam dunia mahupun larangan dalam agama.

Isaac menutup pili air dan segera keluar dari bilik air. Adriella yang masih terduduk di atas lantai dipandang sekilas berserta satu senyuman sinis. Sudah semestinya perasaan bersalah ada dalam hati namun dia saja yang terlalu egois.

"Good luck honey. We will do it again tomorrow. I'll give you time to rest one day," bisik Isaac perlahan dengan nada separuh mengejek. Adriella hanya memandang ke tepi dan langsung tidak ingin melihat wajah lelaki yang dia bencikan itu.

Adriella yang tidak mahu terlihat lemah terus sahaja memaksakan dirinya untuk berdiri. Pakaiannya yang bersepah di atas lantai dikutip satu per satu dengan menghiraukan Isaac yang hanya memandang dirinya ketika itu.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now