Dangerous Love | 17 ♡

10.9K 222 7
                                    

                  SEMUA pakaian di dalam wardrobe diselaknya satu persatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                  SEMUA pakaian di dalam wardrobe diselaknya satu persatu. Sejak tadi tiada satu pun yang menarik perhatiannya untuk digunakan. Kebanyakkan pakaian tersebut jenis yang tak cukup kain dan sudah tentu terlihat pendek dan singkat. Semua ini dibeli oleh Isaac Adler untuknya namun bukan dia yang meminta untuk membelikan. Dia cuma mahukan pakaian yang selesa dan sopan biarpun harga terlihat murah.

Adriella yang sudah jemu melihat semua pakaian itu terus sahaja duduk di penjuru katil. Pakaian yang dia pakai sekarang adalah long dress namun di bahagian leher dress itu jenis ukuran ialah square dan sudah tentu baju itu juga dibelikan oleh Isaac untuknya.

Dia memilih untuk menggunakan gaun itu pun kerana gaun itu menutup bahagian paha sampailah di bahagian bawah kaki. Sekurang-kurangnya tidak semua bahagian badannya terdedah. Cukuplah dia sengsara semalam dan dia takut jika Isaac mengulangi perkara itu terhadap dirinya.

Daisy terus menguak pintu bilik Adriella setelah mengetuk pintu itu untuk diberikan kebenaran masuk ke dalam. Dia turut kesian melihat keadaan gadis yang tidak bersalah itu. Adriella hanya diam dan sudah dapat mengagak yang Isaac pasti menyuruh Daisy untuk berjumpa dengannya.

Bahu Adriella diusap perlahan oleh Daisy. Jika dia berada di tempat gadis itu, dia sudah yakin yang dia pasti tidak dapat mengawal keadaan. Namun, dia tahu yang Adriella seorang gadis yang kuat. Apapun takdir yang telah ditentukan oleh manusia memang derita itu tidak akan pernah lari. Tiada yang sempurna menjalani kehidupan seharian melainkan Yang Maha Esa.

"Tuan Isaac nak jumpa awak. Tapi dia bagi pesanan suruh awak bersihkan diri dulu sebelum datang berjumpa dia. Adriella, dugaan yang Tuhan berikan kepada umat manusia memang indah. Jika awalnya terasa sengsara untuk dilalui namun Tuhan juga akan pastikan umatnya yang bersabar itu akan bahagia di akhirnya. Tuhan itu maha adil dan siapa kita untuk mengadilinya?Adriella kena kuat hadapi semua ini dan ingat satu hari nanti awak pasti akan bangkit semula," kata Daisy cuba memberikan Adriella kekuatan dan pada masa yang sama mahu menenangkan fikiran gadis itu.

"Saya tak pernah untuk minta semua ini. Saya tak pernah pun kacau kehidupan orang lain tetapi kenapa saya antara satu-satunya manusia yang diberikan dugaan seberat ini.
Daisy boleh tak kalau awak pinjamkan saya pakaian yang boleh menutup aurat. Saya tak nak pakai semua baju di dalam wardrobe tu," ujar Adriella dengan penuh harapan.

Daisy berfikir lama. Kalau dia bantu Adriella kali ini tidak ada masalah juga kerana masalah ini mungkin boleh dia jelaskan kepada Isaac. Dia tahu kalau dia bertindak seperti ini ada kemungkinan juga Isaac akan  memarahinya kerana semua di dalam rumah mewah ini adalah di bawah kawalan  Isaac dan sudah tentu tidak ada seorang pun yang boleh membantah.

"Saya boleh tolong awak. Mungkin perkara ini masih boleh saya jelaskan kepada tuan Isaac nanti. Sementara saya pilih pakaian untuk Adriella tu, awak pergi bersihkan diri dulu supaya tak buang masa," kata Daisy seraya tersenyum. Adriella mengangguk dan membalas senyuman Daisy itu.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now