Dangerous Love | 29 ♡

8.5K 192 2
                                    

         LARA yang telah mengetahui berita mengenai kehadiran semula Adriella di rumah banglo bertingkat itu, sudah mula tidak duduk diam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         LARA yang telah mengetahui berita mengenai kehadiran semula Adriella di rumah banglo bertingkat itu, sudah mula tidak duduk diam. Giginya diketap penuh geram dan dia seakan-akan berasa tidak puas hati. Baginya, kehadiran perempuan itu hanya mengacau bilaukan rancangan dia dengan ibunya. Kenapa tak mati aje perempuan tu! huh!

"Mom, Lara malaslah nak pulang! Apasal pula perempuan tu tiba-tiba aje muncul? Serupa macam tetamu datang tak diundang aje." Bentak Lara dan kaki pula dihentak berkali-kali. Tak ke bahagia rasanya kalau Adriella hilang saja dari pandangan dia tapi ini tak. Entah mana perempuan tu pergi bersorok pun dia tak tahu.

Datin Carmella menjeling malas ke arah anaknya. Tidak tahukah anaknya itu apa erti bersabar. Macam manalah plan mereka akan berjalan kalau dia asyik nak membentak aja. Aku pula yang stress nak layan.

"Heih kamu ni asyik nak membentak je kerja. Ini baru si Adriella tu muncul semula belum lagi jumpa perempuan tu. Entah-
entah Lara pula yang rosakkan plan nanti. Kamu ni tahu tak erti bersabar? Kalau kamu tak ada kesabaran macam mana mama nak teruskan rancangan ni?" Marah datin Carmella.

Lara membuat wajah menyampah. Tak pasal-pasal aku pula yang kena marah. Ibu sendiri pun bukannya nak backup anak dia ni malah dimarahi pula. Apelah!

"Ha yelah...yelah...mama fikir Lara tak boleh buat kerja senang ni ke? Easy je lah!" Lara berkata penuh meninggi diri. Siap petik jari lagi di hadapan muka datin Carmella. Sengajalah tu nak buat ibunya panas hati.

"Easy kepala otak kamu. Ni mama nak tanya dalam dua hari ni mana Lara pergi? Mama call pun jawab sepatah empat kata je. Macam sibuk setahun je kamu ni.'' Ujar datin Carmella. Lara terus beriak serius. Apahal diungkit pula perkara ni? Tak boleh ke aku tak balik rumah dalam masa dua hari je bukannya aku nak ikut perangai Adriella tu.

"Tidur rumah kawanlah. Mana lagi Lara nak pergi? Kalau duduk di dalam rumah ayah tu pun bukannya dapat manfaat. Lara bosan tau tak? Shooting pun dah tak ada buat masa ni jadi Lara nak santai sekejap je pun tak boleh ke?" Lara cuba menyembunyikan sesuatu dari ibunya. Naya kalau ibunya dapat tahu perkara sebenar. Habis dia dikerjakan nanti ada juga yang masuk hospital.

"Kawan tu siapa? Perempuan or lelaki?mama tak anggap perkara ni mudah. Jangan cuba-cuba nak buat masalah pula. Kalau mama dapat tahu yang Lara buat kerja lain siap kamu." Datin Carmella berkata dengan penuh serius. Sejahat dan seburuk pun dia namun dia tetap tidak mahu anak kandungnya terjebak dalam gejala yang boleh merosakkan anaknya.

Lara telan air liur. Terasa kelat disitu. Takut pula dia dengan amaran yang ibu dia berikan. Bukan sekali sahaja dia diberikan nasihat dan amaran seperti ini namun sudah beberapa kali. Macam mana kalau mama tahu yang aku sebenarnya buat benda lain di luar pengetahuannya? Ah!lantaklah aku nak takut apa? Aku kan anak kesayangan mama pastilah mama tak akan berani berikan aku hukuman. Getus dalam hati Lara.

"Mama ni macam tak percayakan Lara je. Ini yang Lara tak puas hati sebenarnya. Ada sahaja benda yang mama nak syak Lara buat padahal Lara tak berani pun nak buat sesuatu yang boleh conteng arang di muka sendiri. Malaslah macam ni!" Rajuk Lara yang lebih kepada kepuraan.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now