PAGI YANG cerah itu, Isaac tersenyum memandang isterinya yang tertidur lena di atas badannya. Tangannya pula dengan begitu erat memeluk pinggang isterinya.
Rambut Adriella yang menutupi sedikit wajahnya diselak oleh Isaac ke tepi. Dalam keadaan yang sudah terbangun, dia merenung sedalamnya wajah cantik itu.
Adriella membuka kelompak matanya perlahan dan wajah dia dan suaminya begitu dekat ketika itu. Alamak.
Aku tidur macam mana semalam?sampaikan tertidur di atas badan suami sendiri. Aduh!
"Oh maaf, mesti awak tak selesa." ujar Adriella seraya tersenyum nipis. Isaac angkat kening.
Adriella mahu mengalihkan posisinya namun tangan Isaac pantas sahaja mendapatkan pinggang Adriella itu lalu memeluknya erat. Kini Adriella terbaring lagi di atas badan sasa itu.
"Siapa kata saya tak selesa?lagi lena tidur saya tau." Isaac mencuit hidung isterinya dengan pandangan lain macam sahaja.
Adriella mendongak lagi kepalanya memandang wajah suaminya. Ala malu pula pagi ini sebab encik suami tetiba nak bersweet bagai.
"Sayang ni dah nak dekat pukul 7. Tak nak bangun ke?pergi office." Adriella mengambil kesempatan untuk melarikan diri apabila dia rasakan tangan suaminya mula merayap di sana. Aduhai. Lihatlah makin lama makin menjadi-jadi perangai itu.
Isaac ketap bibirnya geram. Ala geram manja gitu saja. Baru nak beracting bagai dah mula takut isterinya ini. Comel betul.
"Hari ni hubby awak tak pergi kerja. Ambil cuti 5 hari untuk sambut anniversary. It's a surprise for you honey." ujar Isaac lalu mengusap pipi isterinya itu.
Adriella mengecilkan matanya. Tanpa arahan, dia menggeletek pinggang suaminya itu dengan geram. Yelah tak bagitahu pun semalam. Fikirkan tak ada kejutan besar.
"Ah stop sayang. Geli. Haha." terhambur tawa Isaac dengan tindakan isterinya itu.
Bahaya betul isteri aku ni. Hahaha.Adriella menghentikan tindakannya. Dapat dia lihat air mata Isaac keluar sebab terlalu ketawa tadi. Kan dah kena siapa suruh tak bagitahu awal-awal.
"So where we will go then?" tanya Adriella.
"Check dekat meja sana. You can see the ticket there." balas Isaac. Adriella melompat terus turun dari katil. Dah lamakan tak pergi travel ni, memanglah excited sangat.
Dia mencari tiket itu dan akhirnya jumpa pun. Details di sana dia baca dengan perlahan-lahan.
"Sayang!really?Amsterdam?" jerit Adriella bagaikan tidak percaya. Walaupun dia bukan jenis yang kaki travel namun kini dia tetiba teringin mahu pergi melancong ke luar negara bersama suaminya.
Pandai pula dia cari tempat. Dekat kota Paris pula tu yang sememangnya kota romantis. Sesuai untuk pasangan yang ingin bercuti.
Isaac turun dari katil sambil mengangguk. Tubuh isterinya terus dicempung ke udara dan mencium pipinya berkali-kali.
"Sebab dalam hidup saya, awaklah pasangan travel saya selepas ini dan selama-lamanya. Dan saya tak sabar pula kita pergi bersama-sama dengan keluarga kecil kita suatu hari nanti." ujar Isaac.
Adriella merangkul lehar suaminya dengan senyuman yang sentiasa lekang di bibirnya. Terasa dunia saat ini hanya milik mereka berdua.
"Thank you hubby. Kita nak pergi sana bila?malam ni?" tanya Adriella lagi dengan excitednya.
Isaac berfikir sesuatu sebelum memberi jawapan. "Sudah tentu. Lagipun flight kita pukul 9:00 malam. Don't worry, persiapan yang lain saya dah suruh pembantu untuk sediakannya. Awak packinglah barang awak yang penting dulu. Kalau nak minta tolong apa-apa just ask me."
YOU ARE READING
Dangerous Love [C]
RomanceP/s warning: ⚠️ DALAM PROSES PENGEDITAN #Rank No.1 in wedding #Rank No.1 in perempuansimpanan #Rank No 3 in Malay Masih layakkah untuk gadis seperti aku hidup di muka bumi ini setelah aku kehilangan semuanya. Dipergunakan semata-mata hanya kerana in...