Dangerous Love | 44 ♡

6.7K 161 4
                                    

                       KEJUTAN kali kedua ini mampu membuatkan lutut terasa begitu lemah untuk menampung beban

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                       KEJUTAN kali kedua ini mampu membuatkan lutut terasa begitu lemah untuk menampung beban. Isaac terpana seketika dan dia kaku buat sementara waktu. The Grand Hotel miliknya itu memanglah menyimpan privasi dan rahsia yang amat penting namun dia tidak boleh menerima kebenaran ini. Siapa pula yang begitu berani cuba menceroboh sistem perniagaannya?selama ini belum lagi pernah terjadi hal seperti ini namun ini merupakan kali yang pertama.

Apakah dugaan yang datang pada dirinya ini sebagai balasan terhadap semuanya?Isaac cuba untuk mengawal dirinya agar tidak melepaskan kemarahan di saat ini. Dia memang tidak mampu untuk menerima semua ini namun dia harus kuat. Apapun yang terjadi dia akan lalui semua itu. Sama ada masalah tadi mahupun masalah sekarang. Ailee yang faham apa yang Isaac rasakan sekarang terus sahaja mendekati lelaki itu.

"Tuan, let me handle this. I already tell the manager to check every CCTV. Mungkin musuh tuan yang berani ceroboh privasi perniagaan tuan ini. Sama ada pesaing tuan ataupun musuh paling dekat tuan," ujar Ailee. Adriella turut terkejut. Begitu terkejut dengan kenyataan itu. Semalam dia baru sahaja mendapatkan segala-galanya maklumat perniagaan Isaac itu namun dia tidak melakukan sesuatu yang buruk. Dia cuma merakam perbualan itu dan tidak bagi sesiapa pun untuk mendengarnya. Hanya diri dia sendiri sahaja. Tapi bagaimana hal ini terjadi?

Isaac cuba memahami maksud kata-kata Ailee tadi. Setahu dia semalam ketika berada di hotel dia ada menceritakan segala-galanya pada Adriella. Hanya gadis itu sahaja yang tahu semuanya malam itu dan tidak ada orang lain yang mendengarnya. Adakah itu bermaksud yang gadis itu yang menyebarkan maklumat penting itu?

Pandangan Isaac terarah ke arah Adriella.
"Ailee. You may go out now. I've something to discuss with Adriella," arah Isaac. Ailee hanya mengangguk. Dia memandang Adriella dan Isaac silih berganti sebelum melangkah keluar. Dia akan pastikan Isaac tidak akan melalui semua ini seorang diri. Dia akan berusaha untuk mencari si pelaku dan mengajar orang jahanam itu agar sedar dengan kesilapan yang dilakukan.

Adriella tidak mahu berdiri lama lagi di dalam bilik pejabatnya. Dia tidak mahu Isaac terus menerus memandangnya yang membuatkan dia merasa seperti dia pelaku dan dalang di sebalik pencerobohan itu. Baru sahaja Adriella ingin keluar, namun pantas Isaac mengunci pergerakkan Adriella dengan memeluk gadis itu dari belakang.

"Isaac what are you doing!let me go!" tangan Isaac yang memeluk badannya dari belakang itu cuba dia lepaskan namun Isaac semakin mengeratkan pelukan sehingga Adriella berasa lemah untuk melawannya.

"Awak tak buat semua ni kan?I trust you Adriella. Awak berdendam dengan saya sekali pun tapi awak tak akan pernah buat hal seperti ini untuk buat saya jatuh. You didn't do all of this right?" suara Isaac kedengaran begitu perlahan seakan-akan lelaki itu tidak mampu untuk menerima semuanya.

"I'm your enemy Isaac, how could I can't do it?if I tell that I'm the one who did it what will you do then?" balas Adriella namun yang sebetulnya bukan dia yang melakukan semua hal itu. Dia cuma ingin menguji seorang yang bernama Isaac. Bagaimana lelaki itu akan handle semuanya dan dia ingin tahu sejauh mana pengorbanan lelaki itu terhadap dirinya jika benar ayat 'lindungi' tadi dari Isaac masih wujud lagi. Dia ingin menguji sejauh mana kebenaran ayat itu dan kepercayaannya terhadap Isaac.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now