Dangerous Love | 46 ♡

6.5K 170 1
                                    

            

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

            

             ADRIELLA dan ayahnya terus meluru masuk ke dalam hospital dan menuju ke wad vvip dimana wad itu ditempatkan oleh Isaac. Ada juga beberapa wartawan yang sedang menunggu keputusan di luar hospital dan sudah tentu berita ini berjalan dengan cepat.

Di luar wad vvip kelihatan beberapa rakan kerja Isaac, Marquez dan orang yang rapat dengan Isaac menunggu keputusan. Masing-masing cemas menunggu apa yang bakal doktor yang merawat Isaac itu katakan.

"Marquez, keputusan dah dapat belum?" tanya dato Croft yang baru tiba bersama dengan Adriella. Semua pandangan beralih ke arah mereka dan ada beberapa pekerja Isaac sudah memandang Adriella dari atas ke bawah. Ni nak pergi tidur atau nak pergi lawat orang?

"Belum diberitahu. Kami masih menunggu dato. Harap semuanya berjalan dengan baik dan tidak ada apa-apa teruk yang berlaku," ujar Marquez. Pandangannya dialihkan ke arah Adriella yang berdiri di belakang dato Croft. Comel je dengan baju tidur itu dia lihat. Namun, fikiran Marquez menerawang kembali teringat akan keadaan kawan baiknya.

Dato Croft mengangguk perlahan. Risau juga dia jika ada teruk yang berlaku pada rakan kongsinya itu. Bukan risau kerana syarikat mereka namun dia turut risau jika keadaan lelaki itu tidak pulih seperti sedia kala kerana dia baru sahaja ingin merancangkan perkahwinan Adriella dan Isaac namun ini pula yang terjadi.

"Adriella, kamu pergilah duduk di tepi tu dulu. Kita sama-sama doakan agar tidak ada apa-apa yang terjadi," kata dato Croft lalu menepuk perlahan bahu anaknya itu. Adriella memandang ke arah bilik wad Isaac sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Ailee.

Sedang dia melayan perasaan sendiri, Ailee mencuba untuk bersapa dengannya.

"Kamu bertuah Adriella. Sudah banyak perubahan pada Tuan Isaac sejak dia mengenali kamu. Saya dapat lihat segalanya di matanya. Dia kuat untuk kamu. Dia cuba buat yang terbaik untuk kamu. Dan pastinya dia risaukan kamu setiap masa. Saya tak pernah lagi melihat dia berubah sejauh ini sebelumnya. Secara jujur, saya mempunyai perasaan padanya. Saya terlalu bermimpi untuk menginginkan lelaki sepertinya. Dari dulu sehingga sekarang namun apabila melihat dia yang cuba untuk berubah demi kamu saya harus membuang perasaan saya terhadap dia. Adriella saya yakin yang kamu juga mencintai dia satu hari nanti. Saya minta sangat berilah dia peluang kedua,"

Tangan Adriella dipegang kemas oleh Ailee.
"Please Adriella. He deserve a second chance from you. Percayalah yang dalam hati dia hanya ada kamu. Kalau Adriella nak tahu dia sebenarnya berjuang dalam diam untuk kamu. Setiap manusia itu berhak dapatkan peluang kedua dan andai mereka gunakan sebaiknya maka itu tidak akan menjadi penyesalan. Only you can make him walk in the right path and teach him what is the true love means?" kata Ailee lagi.

Adriella hanya diam tak berkutik. Bagaimana harus dia menghilangkan rasa dendamnya pada Isaac jika hatinya sendiri masih terhiris dan terluka begitu perit. Jika luka itu tiada penawarnya mana mungkin ia akan bisa kembali seperti sedia kala lagi. Begitulah dengan dirinya juga. Namun, terkadang hatinya bagaikan dapat berubah sekelip jika melihat ketulusan Isaac terhadapnya. Dan di dalam hatinya berkata, jika memang dia berdendam dengan Isaac kenapa dia ada di hospital tika ini?kenapa harus dia datang melawat dan melihat lelaki itu?

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now