Dangerous Love | 10 ♡

25K 559 9
                                    

             KEPALA dato Croft semakin pening apabila mendapat tahu yang anaknya belum pulang dari semalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


             KEPALA dato Croft semakin pening apabila mendapat tahu yang anaknya belum pulang dari semalam. Walaupun dia tidak begitu rapat dengan anaknya itu namun terbit juga rasa kasihan pada anaknya itu. Dia juga amat risau tentang keselamatan anaknya itu. Dia sedar yang dia seorang ayah harus memikul tanggungjawab yang besar. Namun dimanakah tanggung itu menghilang selama ini?

Datin Carmella hanya menjeling melihat suaminya yang sibuk memikirkan tentang anaknya. Lebih baik lagi Adriella tu tak wujud dalam rumah ini buat bosan je dengan muka dia yang menyampah tu.

''Ala tak payah lah risau bukannya Adriella tu tak pandai jaga diri dah besar kot," ujar datin Carmella yang masih tetap mahu memujuk dato Croft walaupun didalam hatinya sudah menyumpah serana dengan dato Croft. Hais!apalah orang tua ni susah sangat nak pujuk!anak dia tu memang layak mati je, biar hidup aku lebih senang dengan Lara! Datin Carmella sudah muka membebel di dalam hati.

''Kalau pandai jaga diri pun tak semestinya dia akan selamat. Dalam dunia ni bukan satu dua orang jak tau yang kejam tapi beribu pun ada!dan saya nak awak suruh Lara tolong cari Adriella sementara saya pergi pejabat," ujar dato Croft. Datin Carmella hanya mengganguk padahal isi hatinya
terasa begitu panas. Tak layak sangat kau nak menyuruh anak aku!bodoh!

''Dah tu saya gerak dulu hati-hati di rumah,'' sempat dia berpesan kepada isterinya sebelum berlalu pergi. Datin Carmella tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi sebaliknya dia membebel di dalam hati kerana masih tidak berpuas hati dengan dato Croft.


Kalau nak sangat anak dia tu selamat pergilah cari sendiri ni orang lain pula disuruh bertuah punya orang tua!

Datin Carmella segera berdiri dari sofa lalu menuju ke bilik anaknya. Hatinya begitu benci terhadap dato Croft tadi. Mahu sahaja dilunyak kepala orang tua tu.

''Mama kenapa ni masuk bilik Lara main terjah je ish!'' Lara membentak geram dek kerana terkejut dengan tingkah ibunya yang menerjah masuk kedalam biliknya tanpa ketukan. Tak semena-mena dipandangnya ibunya itu dengan satu jelingan tajam.

''I'm your mum!tak payah nak jadi macam tuan puteri kat sini!haa!ni mama nak tanya tadi ayah kamu tu suruh pergi cari perempuan sundal tu!'' datin Carmella menjeling ke arah anaknya yang masih berbalut dengan selimut.

''Hais!tak nak lah!Lara sibuk sekarang!tak ada masa nak cari perempuan tu!buat penat je nanti!'' bentak Lara sebelum bangun dan sempat lagi memandang tajam ke arah ibunya dengan perasaan yang tidak puas hati.

''Kalau ayah kau tu tahu macam mana nanti?tak ke mati namanya?dah...dah...jangan cari alasan sekarang pergi bersihkan diri kau tu lepas tu pergi cari perempuan tu!kalau tak jumpa dalam 30 minit tak payah terus cari buat penat je!''

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now