Dangerous Love | 33 ♡

8.3K 181 5
                                    

                  SEGALA makanan yang dimakannya tadi dimuntahkan semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                  SEGALA makanan yang dimakannya tadi dimuntahkan semula. Kali ini badannya pula terasa tidak sihat. Kepalanya sudah berpinar-pinar sedikit namun masih dia gagahkan juga untuk berdiri tegak.

Adriella menuju ke pili air. Dapat dia lihat wajahnya di cermin jelas terlihat seakan-akan dia pucat. Wajahnya dibersihkan dan dilap menggunakan tisu. Kedua-dua telapak tangan diletakkan di atas pili air dan kepala ditundukkan ke bawah.

Mata ditutup rapat. Dalam hati dia berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya. Dia tidak mahu perkara itu akan terjadi. Dia pasti bermimpi dan ini tidak nyata. Tolonglah beritahu yang ini hanya mimpi. Aku tak nak dan aku tak bersedia untuk berhadapan dengan semua ini. Aku takut dan aku tak nak buat ayah kecewa.

Adriella mengesat air matanya perlahan. Ini bukan masanya untuk dia bersandiwara. Ini adalah masa untuk dia membalas dendam terhadap Isaac. Ini adalah masa untuk dia jatuhkan Isaac. Lelaki itu patut hilang dari bumi ini. Aku akan ingat luka yang kau bagi pada aku. Aku tahu kau sengajakan dan aku tahu kau mesti happy sekarang.

Keluar sahaja dari bilik air khas untuk wanita dengan tiba-tiba sahaja tangannya ditarik sehinggakan dia tersandar di dinding bilik air. Wajah Isaac kini tepat di hadapannya dan kedua tangannya ditahan rapat oleh lelaki itu. Adriella mula menggerakkan tubuhnya beberapa kali. Dia tidak ingin lelaki ini menyentuhnya dan dia perlu melawan kerana dia bukan lagi perempuan simpanan lelaki itu. Dia bagi ugutan pun aku tak akan sama sekali termakan.

"Kalau kau nak cuba apa-apakan aku hari ini. Aku tak akan lepaskan kau begitu sahaja. Aku dah tak kerja dengan kau lagi!Aku dah mati dalam rumah neraka kau tu! Sekarang kau lepaskan aku! Lepaslah!" Jerit Adriella penuh dalam kemarahan.

Isaac terundur ke belakang sedikit. "Tell me. What is wrong with you just now? Kalau kau tak kerja dengan aku sekali pun tapi aku tetap akan kejar kau di mana-mana. Lagi satu kenapa kau lari dari rumah aku tanpa kebenaran dari aku?" Tanya Isaac penuh tanda tanya.

Adriella senyum sinis. "Kenapa aku perlu minta kebenaran dari kau? Kau hanya tuan tak guna yang bernafsu syaitan. Kau nak tahu sangat kan? Aku benci lelaki macam kau. Aku jijik dengan kau! Aku keluar dari rumah neraka kau tu sebab aku jijik berada di tempat seperti itu!" Hambur Adriella puas. Matanya menikam tajam melihat ke arah anak mata Isaac. Dia tidak gentar mahupun takut lagi. Dia nak bunuh aku sekali pun teruskan!

"Bukan kau yang goda aku ke malam tu? Huh? Kau lorotkan tuala mandi kau tu di depan aku kenapa? Bukan kau nak sangat ke aku buat 'benda' tu dekat kau masa tu? Huh!sekarang kau kata yang kau jijik dengan aku. Jadi kau fikir yang aku tak jijik dengan kau pula? Aku sangka kau gadis alim dan memang suci rupanya dalam mimpi je." Adriella terus menolak dada bidang lelaki itu dengan kuat. Sakit hatinya apabila dianggap seolah-olah dia perempuan murahan oleh lelaki yang dibencinya sendiri.

"Kau tak perlu nak berlakon! Kau hantar aku minuman malam tu dan aku pasti kau ada letak sesuatu di dalam tu. Kau nak perangkap aku supaya kau dapat semuanya dan aku tak suruh kau pun untuk nilai diri aku. Cukup aku sendiri sahaja yang kenal siapa diri aku! Yang pasti malam tu semua rancangan dari kau. Mesti sekarang kau dah happy kan? Gembira sebab dapat buat aku menderita sejuah ini! Lepas ni muka jijik kau ni jangan pernah munculkan di depan aku lagi!" Jari telunjuk dituding tepat ke arah Isaac sebelum berlalu meninggalkan lelaki itu berseorangan.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now