ALLEN YANG sudah disiasat oleh pihak polis segera dihantar di mahkamah untuk dijatuhkan hukuman setimpal dengan masalah yang telah dia lakukan. Begitu juga Peter dan Alvin disiasat dengan lebih lanjut kerana hanya mereka yang terselamat tadi.
Di dalam mahkamah Allen tidak mampu untuk mengalihkan anak matanya dari dato Croft. Sekian lama tidak berjumpa akhirnya mereka berhadapan juga.
Di situ kemarahan datin Carmella mendadak naik sebaik melihat wajah Allen.
PANG!
"Kurang ajar!kau akhirnya dapat balasan dengan apa yang kau buat selama ini. Tak perlu nak menipu lagi Allen. Seluruh negara tahu kau pengkhianat." hambur datin Carmella yang segera ditenangkan oleh suaminya.
"Kau wanita munafik!" balas Allen lagi dan hakim terus menghentikan pergaduhan itu.
Datin Carmella menjeling tajam ke arah Allen. Rupa-rupanya inilah wajah sebenar anak syaitan itu. Nasib baik nama yang diberi bukan Alien. Kalau tak memang serupa saja wajah kau dengan Alien.
"Maaf menganggu." tiba-tiba satu suara mencelah.
"Teruskan Dato Gray Martini." ujar dato Croft.
Allen memandang tajam ke arah dato Gray Martini iaitu rakan kongsi perniagaannya.
"Saya juga ada bukti kukuh di sini bahawa Allen Diego juga telah mengodam sistem perniagaan Isaac. Apa yang dibentangnya tempoh hari semuanya ciplak dan tiruan hasil kerja Isaac. Ini cip dan dokumen palsu miliknya."
Terbuntang luas mata Allen mendengarnya. Sial!kalau aku dilepaskan hari ini juga sudah lama kau mati orang tua.
Dato Croft juga naik terkejut. Dia memandang satu per satu dokumen perjanjian Allen dan orang suruhannya untuk mengodam sistem perniagaan Isaac. Ada tandatangan sah milik Allen di situ.
"Terbaru. Ini kes pembunuhan yang telah dia lakukan yang kami dapati melalui dua orang suruhannya." ujar seorang polis.
Tangan Allen digari ketika itu dan dia sudah menjerit-jerit meminta ingin dilepaskan.
"Peter!Alvin!kamu penipu!" teriaknya seperti orang gila.
"Dia telah membunuh seorang gadis bernama Daisy Anya Oliver dan menyorokkan mayat gadis tersebut dengan kedalaman tanah..."
"Keputusan muktamad. Allen Diego pewaris tunggal syarikat The Emerald Hotel akan diberikan hukuman gantung atas kesalahan berat yang telah dilakukannya."
Para hakim menyenaraikan satu per satu kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Allen sehingga kes yang membawa kepada kematian.
"Tidak!tidak!mereka semua berbohong!tidak!dato tolong!lepaskan aku!lepaskan aku!" teriakan Allen kedengaran kuat di segenap ruang mahkamah. Datin Carmella berasa puas hati. Puas hati kerana Allen akhirnya dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
Usai keluar dari bangunan mahkamah, banyak jurugambar dan pemberita yang berkumpul di luar bangunan itu dan mestilah para sabahat Allen akan dilontarkan begitu banyak soalan.
Dato Croft dan dato Gray terus berjabat tangan dan dato Croft ketika itu tidak henti-henti mengucapkan kata terima kasih.
"Hal ini sememangnya wajar untuk diselesaikan secepat mungkin. Saya tahu yang Allen mempunyai banyak kes dari hari ke hari dan itu sebabnya saya datang ke mahkamah." kata dato Gray.
"Dengan bantuan dato tadi, masalah ini terus diselesaikan dengan cepat. Saya juga takut sebenarnya dengan tingkah laku Allen. Lagi-lagi dia berani mahu mengancam keluarga saya. Daripada masalah ini ditangguh ada baiknya terus bawa semua bahan bukti ke mahkamah."
YOU ARE READING
Dangerous Love [C]
RomanceP/s warning: ⚠️ DALAM PROSES PENGEDITAN #Rank No.1 in wedding #Rank No.1 in perempuansimpanan #Rank No 3 in Malay Masih layakkah untuk gadis seperti aku hidup di muka bumi ini setelah aku kehilangan semuanya. Dipergunakan semata-mata hanya kerana in...