Dangerous Love | 68 ♡

5.3K 103 6
                                    

                  ADRIELLA TARIK nafas perlahan dan dihembuskan semula. Tangannya naik memulas tombol pintu biliknya. Aku haraplah yang hadiah aku malam ni, comel macam anak aku. Amen. Ucap Adriella di dalam hati.

Saat tombol pintu dipulas, matanya tertancap pada satu benda.

"Hek eleh teddy bear rupanya. Kan apa yang aku kata tadi. Hadiah aku memang comel punya. Alahai."

Adriella ketawa girang dan tak semena-mena dia melompat memeluk teddy bear berwarna coklat itu. Eh apasal keras pula ni. Aku peluk apa ni. Dalam hati Adriella sudah tertanya-tanya.

Dia ingin melepaskan pelukan tetapi dia dikunci. Tangan teddy bear itu memeluk tubuhnya begitu erat sekali. Seperti tidak mahu melepaskan dia pergi.

Adriella sudah mula resah. Aku tak check lagi siapa yang cipta teddy bear pandai nak peluk peluk ni. Tangan dia boleh bergerak sendiri pula tu.

"Argh!ayah!auntie!Lara!ni apa ni?benda apa ni?"

Waktu itu, Adriella puas menampar kepala teddy bear itu sampailah keluar satu suara dari dalam patung itu.

"Sayang...sayang...it's me. Stop sayang. Sakit.
Saya ni suami awak."

Terhenti terus Adriella dari tindakannya itu.
Tangan di teddy bear sudah naik merangkul pinggang Adriella. Kerutan di dahi wanita itu mula kelihatan.

"Apa?suami saya?jangan nak memain." ujar Adriella.

Dan Isaac menanggalkan sut teddy bear dari badannya. Apalagi membulat besar mata isterinya ketika itu. Dengan pakaian suaminya malam itu sedondon dengannya malah makin kacak pula tu.

Oh my God!

Bayangkan seminggu suami dia tidak ada di sampingnya dan tengah malam ni tiba-tiba muncul dengan penampilannya yang cukup menarik perhatian. Ya Tuhanku. Plan apalah ni?perlu kah dinamakan plan jam 12 malam.

"Awak..." dan Adriella melompat naik di atas badan suaminya lalu merangkul leher suaminya itu. Isaac pula menahan isterinya dari terjatuh. Ah, tak adalah terjatuh sebab dia kan sasa lepas tu badan tegap lagi.

Mampu untuk melindungi isterinya tercintanya.

"I'm sorry sayang. But this is my plan. Saya nak buat kejutan dekat isteri tercinta saya dan saya fikir inilah moment yang paling saya suka. Don't cry honey, awak cantik malam ni. Haa nanti makeup tu luntur kena air mata." sempat Isaac bergurau di hujung ayat.

Adriella kesat air matanya dan dia tertawa kecil. Betapa bersyukurnya dia hari ini. Tuhan masih berikan dia peluang untuk bersama-sama dengan suaminya dan membina waktu indah bersama.

"Saya tak marah. Saya bersyukur sangat tak ada apa-apa buruk yang terjadi. You know what I really miss you that bad. Saya tak sangka family member dah rancang semua ini dari awal. Their just amazing. And you hubby, kenapa makin handsome?tak adakan nurse yang nak ngorat awak di hospital tempoh hari?"

Adriella mengecilkan matanya. Isaac ketawa berdekah. Pipi dan dahi isterinya dicium berkali-kali. Aduhai rindu pula nak bermanja dengan isterinya aku ni.

"Ada tu memang ada. Tapi saya buat tak tahu je. Saya kata macam ni. Kalau nak mengorat dekat saya, kamu bolehlah jumpa isteri saya dulu tapi itupun kalau tak nak dismack down. No lah sayang, saya tak tertarik pun dekat perempuan lain di dunia ini kecuali awak. You're the last one and you're my remedy."

Dan bibir mereka akhirnya bersentuhan.
Adriella berasa bahagia sangat di malam ini.
Bila suami dia ada di sisinya dia akan sentiasa gembira dan bersyukur. Begitu juga dengan Isaac. Dalam seminggu ini dia terpaksa berkorban.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now