Dangerous Love | 42 ♡

6.6K 161 1
                                    

                   KEESOKAN paginya, Adriella sudah bersiap-siap untuk melawat auntienya, iaitu puan Anne di rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                   KEESOKAN paginya, Adriella sudah bersiap-siap untuk melawat auntienya, iaitu puan Anne di rumahnya. Sampai sahaja di rumah semalam dia merasakan seluruh badannya sepertinya tidak sihat. Yang peliknya ini sudah masuk ketiga kali keadaan dia sentiasa sama. Muntah dan lemah badan dan terkadang kepalanya akan berpinar buat seketika.

Memandangkan puan Anne merupakan seorang nurse jadi ada baiknya jika dia ingin bertanya sendiri dengan auntienya itu apa sebenar yang terjadi dengan kesihatan dia dalam beberapa minggu ini. Nak buat research dekat google pun dia bukannya rajin sangat nak baca itu ini. Lagipun encik Google ni pun kadang-kadang tidak boleh dipercayai. Lain yang dicari lain pula yang keluar.

Lipstick dicalitkan sedikit di bibirnya agar tidak terlihat pucat. Rambutnya dibiarkan ikat sanggul dan wajah tidak perlu disolek kerana hanya membuangkan waktu baginya. Telefon terus dia masukkan dalam handbag sebelum berlalu keluar dari bilik.
Lara yang baru naik dari tangga terserempak dengan Adriella yang baru turun.

"Awalnya kau masuk kerja hari ini?bukan pukul 8 baru kau pergi kat office ke?" tanya Lara. Seawal jam tujuh ni mana pula dia nak pergi?kebanyakkan tempat beli belah mungkin masih close kecuali yang berkerja 24 hours.

"Aku nak pergi jumpa auntie Anne. Kenapa tanya?takkanlah kau hairan aku bangun seawal ini padahal sudah berkali-kali aku bangun awal pagi," balas Adriella.

"Salah ke kalau aku nak tahu?kita bukannya orang asing pun kat dalam rumah ni," ujar Lara lalu meneruskan langkahnya mendaki anak tangga semula. Adriella mengerutkan dahinya. Bukan selama ini kau layan aku macam orang asing ke?heh!

Adriella juga turut menyambungkan langkahnya semula untuk sampai di tingkat bawah. Hidangan sarapan di meja makan dipandang sama ada dia mahu memakannya mahupun tidak. Makan jelah daripada biarkan perut aku ni kosong tak pasal-pasal masuk angin nanti.

Roti yang bersalut jem strawberi diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut lalu dikunyah perlahan. Air milo hanya dibiarkan tidak diminum kerana tekaknya tidak bisa menerima minuman itu pagi ini.

"Miss Adriella, maaf. Kami tidak tahu pula yang miss tidak minum minuman ni. Kami boleh buatkan minuman yang lain untuk miss," ujar pembantu rumah dengan penuh rasa bersalah. Namun Adriella hanya menggelengkan kepalanya lalu tersenyum kecil.

"Tak perlu. Nanti saya beli minuman di luar sana. Kamu teruskan buat kerja yang lain," kata Adriella lalu mengunyah roti yang terakhir di tangannya. Sejurus itu, dia terus meninggalkan kawasan dapur dan melangkah keluar dari rumah. Flat shoes diambil dari rak kasut lalu disarungnya. Jam di pergelangan tangannya dijelingnya sekilas.

Dalam perjalanan menuju ke rumah puan Anne, Adriella sempat menghantar mesej kepada auntienya itu. Masalahnya di saat ini begitu terbeban untuk dia tanggung seorang diri. Hanya puan Anne sahaja yang dirasakan tempat yang paling sesuai untuk dia luahkan segala-galanya nanti. Tambahan pula masalah kesihatan dia yang semakin hari semakin menjadi-jadi sepertinya mual dan pening. Kadang-kadang badannya pula terasa begitu lemah.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now