HUJAN turun semakin lebat membasahi bumi. Badan gadis itu sudah mula menggigil akibat kesejukan kerana tiada tempat untuk dia berteduh ketika itu. Semakin lama semakin lebat air hujan membasahi bumi ditambahkan dengan guruh yang berdentam-dentum membuatkan si gadis terpaksa mempercepatkan langkahnya yang dia sendiri pun tidak pasti di manakah dia harus pergi.Hala tuju tiada. Arah juga tiada. Mungkin inilah jalan yang terbaik untuknya lalui iaitu jalan lurus yang tidak berpenghujung mungkin.
Perjalanan yang dirasakan masih panjang itu membuatkan badannya terasa lesu dan letih namun digagahkan jua untuk berjalan. Nak berteduh?tapi dimana?kalau nak duduk diluar kawasan perumahan orang sudah tentu dia akan dihalau. Bajunya pula sudah basah lencun membuatkan dia berasa sangat tidak bermaya untuk meneruskan perjalanan lagi.
Gadis itudengan pantasnya berlari menuju ke arah perhentian bas yang tidak berapa jauh dari jaraknya sekarang. Buat sementara waktu dia berteduh di tempat tersebut sementara menunggu hujan berhenti. Itu harapannya.
Dalam masa yang sama sebuah kereta hitam berhenti tepat dihadapan perhentian bas itu.
Kawasan yang sunyi ditambahkan pula dengan lampu jalan yang tidak begitu terang membuatkan degupan jantungnya semakin laju dan merasakan bulu romanya sudah berdiri tegak. Bercampur aduk perasaannya saat ini, takut dan gementar itu sudah pasti.Seorang lelaki yang berbadan tegap dan dipenuhi tatoo dibahagian tangan dan kaki mula berjalan ke hadapan dan lebih tepat ke arahnya. Perasaan takut semakin menyelubunginya dirinya di saat itu dan dia cuba ingin mengambil kesempatan untuk melarikan diri namun sudah tidak ada jalan untuk dia meloloskan diri. Lelaki yang dia tidak kenali itu lebih pantas menghalang jalannya.
''En-encik nak apa dari saya?'' ujar Adriella seraya melangkah setapak demi setapak ke belakang. Wajah milik lelaki yang gerun itu membuatkan dia tidak berani untuk memandang lama. Dengan badan yang besar,tinggi dan tegap itu sudah membuatkan dia berasa seolah-olah dunia kini bukan tempatnya lagi.
Lelaki tersebut tidak menjawab pertanyaan gadis itu malah dia terus mencempung tubuh kecil gadis itu masuk ke dalam kereta. Adriella sudah meronta-ronta meminta untuk dilepaskan dan mulai menangis ketakutan. Dia tidak berdaya untuk melawan memandangkan tangan tegap milik lelaki itu memegangnya begitu kuat.
''Lepaskan saya encik!encik tolonglah jangan apa apakan saya!saya tidak punya apa-apa yang encik nak!'' rayu gadis itu sambil menangis teresak esak. Menyesal pula dia pergi mencari kerja kosong hari ini dan pulang begitu lewat!nasib apakah yang dia dapat selepas ini?kenapa dalam hidupnya tak pernah sekali pun dapat nasib yang menguntungkan?
''Kalau kau nak selamat baik kau diam sebelum aku rogol kau!'' tegas dan kuat sahaja suara itu kedengaran di telinganya. Air mata diseka dengan pantas dan cuba untuk berdiam diri memandangkan lelaki itu sudah memberinya amaran yang begitu mengancam dan menakutkan.
Kereta dibawa dengan laju menyeberangi bahu jalan seperti mahu tercabut jantung pun ada dengan tahap kelajuan itu.
''Encik...encik bawalah kereta perlahan lahan saya tak nak nyawa saya melayang macam tu je encik,'' ujar Adriella yang terpaksa memberanikan dirinya untuk bersuara walaupun sudah diberikan amaran tadi.
PON! PON! PON!
Brek terus ditekan membuatkan tayar kereta berbunyi. Kedua-dua mereka terhantuk akibat dengan perlanggaran kecil itu.
''Fuck!'' lelaki bertatoo itu segera keluar dari kereta dan mula menuju ke arah kereta yang dianggapnya pesalah itu. Wajahnya mula kemerahan menahan marah ketika itu.
Adriella pula sudah teragak agak mahu melarikan diri kerana inilah peluang yang ada untuk dia meloloskan diri dari penculik itu. Pintu kereta dibukanya lalu dengan sepantas kilat dia melarikan diri dari tempat tersebut. Sempat dia menangkap jeritan lelaki bertatoo itu memanggilnya tetapi dia langsung tidak mahu menoleh ke belakang lagi sebaliknya membuka langkah seribu asalkan dirinya selamat ketika itu.
ADRIELLA ROSE terjaga dari pengsan. Kelopak mata dibuka dan perlahan-lahan dia memandang sekeliling tempat dimana dia berada sekarang. Rupanya dia berada di tepi jalan raya dalam keadaan tertidur. Dia cuba untuk mengingati semula kejadian semalam dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan oleh lelaki bertatoo itu.
Malang sangat nasib gadis seperti aku!entah apa tujuan lelaki itu nak culik pun aku sendiri tak tahu. Padahal aku tak berduit pun. Apapun syukur kerana aku selamat daripada berlakunya apa-apa yang mencurigakan.
Adriella segera melupakan apa yang terjadi pada malam itu kerana dia menganggap peristiwa tersebut boleh membuatkan dia trauma. Dalam hati, dia berjanji tidak akan sesekali pulang lewat dan menyusahkan dirinya sendiri. Dia kemudian cuba untuk berdiri namun seluruh badannya terasa amat sakit dan kakinya pula seakan-akan mahu patah pun ada juga.
''Aduh!'' perit di bahagian kaki ditahan semampu yang boleh. Dia terduduk semula di atas tanah dan mula mengurutkan kakinya untuk mengurangkan rasa sakit buat seketika. Sampai macam ni sekali ke aku cedera?
Setelah itu barulah Adriella meneruskan perjalanannya kembali ke rumah. Setelah mengambil masa beberapa minit berjalan kaki akhirnya dia berjaya sampai ke halaman rumahnya. Jauh juga dia berjalan kaki dari semalam, patutlah kaki rasa macam nak patah.
Rumah banglo bertingkat itu dipandangnya dengan perasaan yang bercampur aduk. Dia tahu pasti dia akan didera oleh ibu tirinya selepas ini tetapi apakan daya dia hanya pasrah. Mungkin ini adalah takdir hidupnya. Namun begitu, biarlah dia didera dengan sepuas-puasnya yang penting dia masih hidup di dalam dunia yang hanya memberikan dia sebuah keperitan dan penderitan.
Please vote and comment❤
Teruskan baca bab yang seterusnya.
Part ni memang pendek sebab author baru nak berjinak jinak dalam dunia penulisan.
YOU ARE READING
Dangerous Love [C]
RomanceP/s warning: ⚠️ DALAM PROSES PENGEDITAN #Rank No.1 in wedding #Rank No.1 in perempuansimpanan #Rank No 3 in Malay Masih layakkah untuk gadis seperti aku hidup di muka bumi ini setelah aku kehilangan semuanya. Dipergunakan semata-mata hanya kerana in...