Dangerous Love | 3 ♡

26.8K 543 6
                                    

               KEDENGARAN suara gelak ketawa yang memenuhi ruang tamu rumah banglo itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               KEDENGARAN suara gelak ketawa yang memenuhi ruang tamu rumah banglo itu. Adriella yang telah pun terbangun dari tidur hanya menggurungkan dirinya di dalam bilik dan membiarkan mereka mahu memanggilnya ataupun tidak dia sama sekali tidak menghiraukan. Ada baiknya jika dia dibiarkan berseorangan kerana dia  bukannya penting bagi mereka.

Baru sahaja Adriella mahu menuju ke bilik air, namanya tiba-tiba dipanggil oleh ibu tirinya. Jeritan itu amat berbeza berbanding sebelum ini. Mungkin ini hanyalah lakonan semata-mata ibu tirinya apabila berhadapan dengan orang atau ayahnya. Pintar bukan?

''Adriella sayang mari duduk kat sini,'' terasa seperti mahu muntah pun ada saat itu. Bukannya dia tak tahu yang disebalik perangai ibu tirinya itu bertemankan syaitan. Wanita itu benar-benar boleh dikatakan munafik dengan lakonannya.

Adriella hanya membalas dengan satu senyuman yang lebih kepada keterpaksaan. Dia mengambil tempat duduk disebelah datin Carmella dengan janggal. Mungkin tidak begitu suka dengan persekitaran yang dia berada sekarang. Dato Croft iaitu ayahnya yang berada dihadapan pula langsung tidak dipandang olehnya.

''Malam ni ada tetamu datang di rumah jadi ayah mahu kamu bersiap-siap. Bukan seorang mahupun dua sahaja tetapi lebih dari itu. Ayah sebenarnya nak buat majlis makan makan untuk kawan sekerja ayah," ujar Dato Croft. Lara sudah tersenyum senyum penuh suka dan dalam hati berkata mungkin dia akan jumpa lelaki kaya raya malam ni. Bukannya dia tak pernah nampak yang pekerja ayah tirinya itu semuanya kacak-kacak belaka malahan orangnya pun kaya raya.


''Hm baguslah tu bolehlah buat banyak makanan malam ni,'' kata datin Carmella sambil tersenyum namun di hatinya terasa malas sangat mahu membuat kerja sebanyak itu. Dia sebenarnya seorang yang memang tidak suka membuat kerja banyak kerana dia takut jika dia meletihkan dirinya sendiri pasti wajahnya pun akan berkedut begitu cepat.

''Tak mengapa sayang saya dah ada pembantu buat semua tu jangan risau. Yang penting majlis malam ini berjalan dengan lancar,'' ujar dato Croft yang seakan akan dapat membaca fikiran isterinya ketika itu. Sesekali dia memandang ke arah anaknya, terasa kasihan pula kerana membiarkan anaknya itu tersisih.

''Ala kenapa?biarlah sayang buat makanan lebih kan bagus begitu. Kalau tak habis bolehlah kita sedekah dekat jiran-jiran yang memerlukan,'' balas datin Carmella dengan gediknya saja minta perhatian dari suaminya, dato Croft.

''Rajin sangat sayang tapi tak payah lah buat tu lagipun nanti susah susah je kan?jangan degil," hidung isterinya itu lantas dicuitnya penuh manja. Apa lagi memang giranglah hati datin Carmella ketika itu. Sayang sangat dia dekat dato Croft.

Datin Carmella akur dan ya sememangnya dalam hatinya pun mana dia mahu buat kerja sebanyak itu. Ingat muka aku ni sebijik macam pembantu nak buat semua tu?lainlah macam anak dia tu!heh!

Dato Croft mula beredar dari ruang tamu diikuti dengan datin Carmella. Dia faham dengan anak mata itu tadi jadi dia hanya menuruti kemahuan isterinya. Hanya Lara dan Adriella lagi yang berada di ruang tamu itu.

"Alamak handsomenya jejaka ni," jerit Lara yang tengah menscroll lagi gambar lelaki idamannya di instagram. Inilah kerja dia yang asyik saja nak stalker lelaki. Hatinya benar-benar telah jatuh hati dengan lelaki itu walaupun hanya dilihatnya di dalam gambar sahaja.

Adriella mengambil kesempatan untuk mencuri pandang ke arah skrin telefon Lara. Kacak, desis hatinya sebaik ternampak wajah tampan diskrin telefon itu. Segera dia mengalihkan pandangannya ketempat lain apabila Lara menutup telefonnya.

''Pompuan!teman aku kejap pergi beli baju untuk malam ni,'' arah Lara dengan pandangan yang menyampah apabila memandang Adriella. Gadis itu hanya menurut tanpa membantah langsung. Macam kerbau dicucuk hidungnya.

Skinny jeans berwarna hitam dan baju lengan panjang berwarna biru laut menjadi pilihan Adriella ketika itu. Walaupun agak simple tetapi yang penting baju itu selesa baginya. Rambut diikat seperti pony tail dan membiarkan mukanya tanpa secalit makeup. Bukannya dia pandai bermakeup bagai pun. Lagipun wajahnya yang semula jadi itu sudah mampu membuatkan orang di sekeliling terpukau dengan dia.

''Beli baju yang seksi sikit ye sayang. Ingat tau malam ni banyak lelaki yang kacak- kacak tambahan pula kaya raya,'' ujar datin Carmella seraya tersenyum dan terdapat maksud disebalik ayatnya itu tadi.

Lara terus ketawa diikuti ibunya. Pinggang ibunya dipeluk kemas.

''Ye mumy, Lara tak akan lepaskan peluang untuk malam ni dont worry. Anak mumy ni kan cantik lepas tu seksi lagi siapa yang tak nak lainlah dengan pompuan jijik tu!'' kata Lara dengan lagaknya. Datin Carmella ketawa sekali lagi mendengar kata-kata anaknya itu. Memang betul dia sokong yang anak perempuannya ini cantik ala-ala model. Eleh memang pun model!

''Bye mumy Lara pergi dulu," kedua-dua pipi ibunya terus dicium sebelum berlari keluar.













                 

                 MATA Lara sudah bersinar sinar apabila melihat pelbagai style dress dihadapannya. Terasa bagaikan nak beli satu kedai itu pun ada. Lain pula dengan Adriella, yang langsung tidak tertarik pun dengan dress yang cukup seksi dan boleh dikatakan baju yang terlalu mencolok mata.

''Miss, ada apa-apa yang saya boleh bantu?'' tanya pekerja di dalam kedai tersebut dengan sopan dan penuh lemah-lembut sewaktu bercakap.

''Takde takde pergi sana jangan nak menyemak kat sini!'' Lara memandang pekerja itu dengan tajam. Tak aman lah kalau ada pemerhati kat sebelah!haa macam pekerja nilah!

Pekerja itu sudah mula membuat muka meluat. Nak makan penampar pula perempuan ni, kata dalam hati pekerja itu. Apalagi dia pun terus beredar dari tempat itu sebaik sahaja melihat pandangan tajam milik Lara. Dalam diam Adriella hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Siap sahaja bershopping Adriella dan Lara pun terus pulang tanpa menyinggah di mana mana kedai lagi. Memandangkan waktu cepat berlalu jadi mereka harus mengejar masa tersebut agar tidak terlambat.

''Eh kau tak beli satu benda pun ke?" tanya Lara yang berasa pelik dengan Adriella. Gadis itu cuma menggelengkan kepala malas dia mahu bersuara kerana dia berasa kepalanya berpinar disebabkan Lara yang membawanya pusing satu mall siapa tak penat lainlah kalau orang yang suka sangat bershopping seperti Lara.

''Pity of you," ejek Lara dan sempat menjeling ke arah Adriella. Baguslah dia tak beli baju baru tak adalah saingan aku nanti malam, bisik dalam hatinya penuh dengan rasa kedengkian. Mulut kata yang Adriella tidak cantiklah, apalah tapi jauh di sudut hati dia sebenarnya dengki dengan Adriella.










Sorry for any typo and make sure do vote/comment🔼

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now