MASUK SAHAJA di tempat shooting tepat pukul 10 pagi, Lara terus menuju ke tempat kebiasaannya dia berehat.
Hari ini dia lambat sikit sampai kerana roadblock yang tak kesudahnya. Asal pagi nak pergi tempat shooting haa macam biasalah kau kena berdepan dengan perjalanan panjang.Lara melabuhkan punggung di atas kerusi lalu melihat notification yang masuk di dalam iphonenya. Ketika itu dia dapat menangkap bisikan-bisikan beberapa rakan modelling yang lain. Entahlah sama ada bisikan itu berupa ejekan atau tak dia tidak pasti.
Sedang asyik melayan sosial, seseorang memanggilnya.
"Psst...Lara."
Dia menoleh ke arah Owen. Seorang lelaki namun memiliki sifat pondan. Baik dan memang dia rapat dengan Lara sejak hari pertama Lara masuk di dunia modelling.
"Yes Mr.Owen?what can I help you?" ujar Lara lalu memasukkan iphonenya ke dalam tas tangan. Rambut blondenya diselak ke tepi lalu menyilangkan kakinya. Owen tersengih comel di sana lalu mendekati Lara.
"You know what?aww!someone give you this," kata Owen dengan muka yang punyalah main teruja. Seolah-olah dia yang dapat bunga itu padahal untuk Lara.
Lara mengecilkan matanya dan dahinya sudah berkerut di situ. Dilihatnya jambangan bunga rose itu. Erm no my type.
"Maaf, kau ambil sajalah bunga ni. Aku tak suka rose. Bau dia tu aku tak suka sebab boleh but aku pening." kata Adriella lalu menolak jambangan bunga itu perlahan.
Dia tak suka sebab Allen selalu memberinya bunga ros dulu. Dan untuk tidak mahu mengingat lelaki itu dia sudah tidak berminat akan bunga ros dan ia seolah-olah berbau busuk untuknya.
Owen sudah buat mulut yang gaya macam itik gitu. Tangannya memukul-mukul lengan Lara perlahan. Kakinya dihentak-hentak pula. Ya Tuhan, kenapalah dengan dia ni.
"Lelaki tu hensem giler. Mahu pengsan I dibuatnya. Ala you ni ambil jelah. Dia ikhlas tu kata dia malu nak bagi depan-depan. He so cute OMG. My second oppalah."
Owen meletakkan telapak tangannya di dagu dan tersenyum-senyum riang gitu. Mengingatkan wajah si lelaki yang dia jumpai tadi membuatkan dia mahu terbang di awan itupun kalau dia ditakdirkan bersayap.
Lara menampar bahu Owen. "Tak naklah. Kalau nak bagi aku bunga, lain kali bagilah bunga matahari. Sunflower. Tenang aje hati aku ni tengok bunga tu. Haa pergi cakap dekat dia. Oh lagi satu siapa ya lelaki tu?"
Ingin tahu pula siapakah gerangan yang malu-malu kucing memberinya bunga yang tersalah pilih itu. Cantik, typical bunga yang aku memang suka dulu namun kini sudah berubah.
"He is pilot. Tall. Gentleman I think. Paling penting hensem. Oh gosh!I tak boleh imaginelah kalau dia jadi boyfriend you. And more thing yes I admit that he is romantic enough." dah mula dah si Owen ni.
Lara geleng kepala. "For girl. Bukan itu yang kami seharusnya tengok. Kalau kacak tapi hati busuk macam longkang untuk apa?kalau berduit tapi perangai macam setan untuk apa?kalau romantik tapi tak hormat dekat perempuan untuk apa?"
Kali ini Lara bagaikan mahu jadi women speaker. Dia mahu mempertahankan hak wanita. 'Stand For Woman' gitu. Kini, dia nekad yang dia mahu teruskan dunia modeling kerana dia mahu mewar-warkan ungkapan tadi.
Owen terdiam sejenak. Adalagi kah yang nak aku?
"Hurm yelah Lara. I tahu and I faham you. Kejap lagi I pergi dekat lelaki itu dan cakap dekat dia seperti yang you cakap tadi. But can I ask something from you?"
YOU ARE READING
Dangerous Love [C]
RomanceP/s warning: ⚠️ DALAM PROSES PENGEDITAN #Rank No.1 in wedding #Rank No.1 in perempuansimpanan #Rank No 3 in Malay Masih layakkah untuk gadis seperti aku hidup di muka bumi ini setelah aku kehilangan semuanya. Dipergunakan semata-mata hanya kerana in...