Dangerous Love | 19 ♡

9.5K 224 0
                                    

              ADRIELLA lantas turun ke tingkat bawah untuk mencari keberadaan Daisy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


              ADRIELLA lantas turun ke tingkat bawah untuk mencari keberadaan Daisy. Kalau dia tidak ternampak akan tarikh di kalender hari ini sudah tentulah dia tidak sedar yang dia sudah berada di rumah mewah ini selama empat hari. Maknanya dia sudah tidak balik ke rumah selama itu.
Apakah keadaan ayah dia sekarang dan apa apakah ayah dia merisaukan tentang dirinya?

"Adriella, awak nak cari saya ke?" ujar Daisy yang pada ketika itu sedang menyediakan makanan petang. Dia yang melihat gadis itu begitu terburu-buru turun ke tingkat bawah tahu yang mungkin ada sesuatu yang dia inginkan pertolongan.

"Daisy boleh tak saya pinjam telefon awak sebentar sahaja. Saya nak call ayah saya supaya dia tak risau keadaan saya," kata Adriella yang begitu mengharap. Keadaan dia sekarang boleh dikatakan terdesak dan sekiranya dia tidak bertindak hari ini akankah ayah dia membuat laporan mengenai kehilangan dia kepada pihak polis?

"Boleh. Awak pinjam je. Ada dekat meja sana sebelah television tu, saya tak letak password jadi senang je awak nak guna," ujar Adriella. Gadis itu lantas tersenyum. "Terima kasih Daisy," ucapnya sebelum berlalu pergi.

Telefon dihidupkan dan Adriella segera mendail nombor telefon ayahnya. Dia melihat sekilas jam di dinding ruang tamu yang sudah pun menunjukkan angka lima. Dia mahu meminta pertolongan dari ayahnya hari ini sebelum Isaac pulang. Itu adalah apa yang terlintas dalam fikirannya.

"Hello, nombor ini kepunyaan siapa ya?" suara ayahnya kedengaran di corong telefonnya. Adriella menghela nafas lega. Nasib baik jugalah dia hafal nombor telefon ayah dia kalau tak, tiada tempat untuk dia meminta bantuan di saat genting ini.

"Ayah...ayah dengar tak suara Adriella?" ujar Adriella laju.

"Adriella?ka...kamu di mana sekarang nak?ayah dengar suara kamu. Penuh jelas. Bagitahu ayah sekarang kamu kat mana?sudah empat hari kamu tak balik, ayah risau. Sudah beberapa kali ayah hantar pengawal untuk cari kamu tapi masih tak jumpa. Bagitahu ayah sekarang dan ayah akan ambil kamu sekarang ini juga," jelas kedengaran suara dato Croft itu terlihat risau dan takut. Manakan tidak risaunya menggunung kalau anak kandung sendiri menghilang dan tidak pulang ke rumah. Ayah siapa sahaja yang mahukan anak mereka berada dalam bahaya?

"Adriella dalam keadaan baik ayah. Adriella tak apa-apa cuma sekarang ini Adriella menetap di rumah kawan. Tempoh hari Adriella diselamatkan oleh kawan Adriella dari musibah dan Adriella takut pulang ke rumah," ujar Adriella. Dia mahu memberitahukan perkara yang sebenar namun tindakan terburu-buru tidak mampu untuk menyelamatkan keadaan. Jadi dia perlu mendapatkan kepercayaan dari ayahnya dulu.

"Bagitahu ayah secara terus terang. Apa yang jadi dekat Adriella semasa majlis yang ayah adakan di rumah minggu lalu. Kenapa Adriella hilang tanpa dapat dijejak ketika itu?" tanya dato Croft yang begitu ingin tahu
perkara sebenar yang menimpah anaknya. Kawan yang anaknya itu maksudkan juga harus dia selidiki. Sama ada perempuan ataupun lelaki?

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now