Dangerous Love | 30 ♡

9.1K 193 5
                                    

"TUAN, pagi ini tuan ada meeting dengan dato Croft

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"TUAN, pagi ini tuan ada meeting dengan dato Croft. Saya rasa perkara ini amat penting dan tuan kena pergi. Tapi kalau tuan tak sihat saya boleh maklumkan kepada dato Croft nanti," Ailee sedar yang Isaac lebih banyak berdiam hari ini. Dan sudah tentu dia lihat lelaki itu tidak begitu bermood. Sebab apa ya? Kalau masalah peribadi yang berkaitan dengan masalah keluarga tidak mungkin, kerana lelaki itu mana pernah bersifat caring malahan kalau bersama dengan dia pun mungkin dia tidak begitu terlalu ambil berat.

Isaac menggelengkan kepalanya perlahan. Sudah tentu dia masih lagi tertekan dalam masa dua hari ini. Mana Adriella pergi pun dia tidak tahu? Apa rancangan Allen seterusnya pun dia tidak tahu? Apa lagi yang harus dia buat. Takkan nak buat penguguman satu negara ni untuk laporkan kehilangan perempuan simpanan dia. Memang gilalah namanya!

"Tak perlu. Aku masih boleh berjalan walaupun tak begitu sihat. Bagitahu dato Croft untuk tunggu aku dalam 10 minit ni. Aku nak pergi toilet dulu." Ujar Isaac dan tanpa menunggu balasan dari Ailee dia terus berlalu pergi. Namun, gadis itu lantas menarik tangan Isaac dengan cepat.

"Apa lagi?" Ujar Isaac malas.

"Tuan yakin tuan tak nak saya layan tuan?Dah lama kita tak ada waktu bersama tuan so why not malam ni saya luangkan masa dengan tuan?" Kata Ailee seraya tersenyum penuh makna. Tangan Isaac dibelainya penuh lembut sehingga di bahu lelaki itu sebelum ingin mencium bibir Isaac namun Isaac pantas mengelak ke tepi.

Bahu Ailee ditolaknya ke belakang perlahan.
Wajahnya serius. Bukan seperti dulu lagi. Kalau dulu dia suka diperlakukan seperti itu mungkin disebabkan ugutan Allen hari itu membuatkan dia ingin menjaga jaraknya dengan Ailee. Dia kena bertindak lebih awal supaya plan Allen itu tidak dapat dikerjakan begitu mudah.

"Ailee aku tak ada masa nak buat benda ni lagi. Lebih baik kalau kita bercakap perkara yang penting sahaja memandangkan ini kawasan company. Aku pergi dulu." Kaki terus dihayunkan menuju ke tempat sepatutnya dia pergi tadi. Ailee pula hanya diam menunduk.

Pelik. Itu sahaja ayat yang sering kali bermain di otaknya. Pelik kerana ini pertama kalinya Isaac seperti ingin menjauh dari dirinya. Apa yang salah? Kalau selama ini mereka okey sahaja buat perkara itu. Tak ada tolak-menolak langsung. Namun hari ini tiada angin tiada ribut Isaac seolah-olah terbawa-bawa dengan bad mood dia sehinggakan menolak tawarannya.

Ailee cuba untuk memikirkan satu hal. Sehari lepas, Adriella yang Isaac katakan kawan itu datang ke bangunan ini. Gadis itu memang terlihat bukan biasa-biasa. Mustahil kalau gadis itu tidak mempunyai hubungan lain dengan Isaac. Mana mungkin gadis secantik seperti Adriella dianggap teman sahaja oleh Isaac. Tak mungkin.

Isaac yang selesai membersihkan wajahnya dengan air lantas mengelapnya menggunakan tisu. Tali leher diperbetulkan dan rambutnya dikemaskan sedikit. Minyak wangian pula disemburkan ke baju agar terlihat segar. Selepas itu barulah dia keluar dari tandas dan menuju ke bilik mesyuarat.

Dangerous Love [C]Where stories live. Discover now